Friday, 20 April 2012

MUSA, ANIFAH DAN SHAFIE SIAPA SET UP?


Dalam bulan ini nampaknya Musa Aman,Anifah dan Shafie Apdal menjadi pilihan untuk isu politik negara. Pilihanraya yang semakin hampir dan lawatan YAB PM ke Sabah pada 20 dan 21 April 2012 disajikan dengan isu terbaru skandal Shafie Apdal yang telah di dedahkan oleh PKR.

Selama 2 minggu Sarawakreport mendedahkan penglibatan dua beradik dengan balak dan hubungan Micheal Chia dengan Musa Aman melalui transaksi akaun Micheal Chia dengan  anak-anak Musa Aman.

Kini minggu yang hangat ini isu Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang dikaitkan dengan artis Zahida Rafik menjadi bualan. Benar atau tidak sudah menjadi tidak penting. Tetapi yang jelas permainan persepsi telah berjaya mempengaruhi rakyat. Malah isu Musa Aman telah ditenggelami oleh isu Shafie Apdal ini.

Siapakah yang "Set Up" semua ini? Nampaknya isu semakin banyak. Apakah ini akan mengundang masalah kepada UMNO dan BN? Apa pula reaksi PM? Apakah Musa Aman yang dikatakan seterus Shafie akan tertawa? Semua ini akan menjadi polemik lagi minggu depan. Sama ada isu Sarawakreport mengenai Musa akan menjadi hit atau Shafie Apdal? Tunggu dan Lihat.

Sembang- Selalunya rakyat Malaysia ni jauh lebih suka dengan cerita skandal dengan wanita. Apatah lagi kalau melibatkan artis. 

Tuesday, 17 April 2012

LAWATAN PM KE SABAH 20 DAN 21 APRIL TERAKHIR SEBELUM PRU13?


YAB Perdana Menteri, Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan ke Sabah pada 20 dan 21 April 2012. Ketua Menteri Musa Aman akan membawa Najib melawat Sandakan terlebih dahulu sebelum 21 April 2012 akan merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM 2012) di Dewan Serbaguna KOmpleks Sukan KOta Kinabalu. 

Menungan PM
Lawatan ke Sabah 20 April ini dijangka lawatan terakhir Najib sebelum mengumumkan pembubaran parlimen bulan Mei ini. Dengan isu-isu terbaru Musa Aman dan adiknya yang didedah oleh PKR dan Sarawak Report, lawatan kali ini mungkin boleh dianggap bantuan pimpinan tertinggi untuk BN Sabah.

Apakah Sabah akan selamat? mengikut laporan kajian politik JASA dan BTN BN akan kembali mengukuhkan semula dalam PRU13. benarkah? Dengan report BTN (Ibrahim Saad, Pengarah BTN Sabah) dan Abdul Manap (JASA Sabah) yang berat sebelah terlalu pro Musa apakah ini akan menyamai laporan PRU12 di Kedah dan Perak.

Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.





Sunday, 15 April 2012

MENANTI SERANGAN BARU PEMBANGKANG DI PARLIMEN


Selepas pendedahan Sarawak Report dan Malaysiakini dijangka Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) bersama dengan bukti-buktinya akan membuat sidang akhbar di parlimen minggu hadapan mengenai isu Musa dan hubungannya dengan Micheal Chia dan mendesak kerajaan menjelaskan perkara ini. 

Jika itu berlaku kita lihat reaksi BN BBC seperti Bung Mukhtar dan Dato' Seri Tiong (Bintulu). Apakah terdapat mereka yang akan mempertahankan atau membela atau mungkin seperti isu Sharizat, Bung menggesa meletak jawatan. 

Sama-sama menanti. Jika meneruskan isu ini bermakna pembangkang menjangka isu ini boleh dibawa bersama dengan PTPTN sekarang.

Sekadar memerhati kerenah orang!