PKR mendakwa bahawa pihak berkuasa Malaysia mendakwa dan memenjarakan suspek Manuel Karingal Amalilio yang dikehendaki di Filipina, untuk mengelak deportasinya ke negara itu.
Dakwaan ini dan beberapa persoalan telah dibangkitkan semasa kunjungan dua ahli Parlimen PKR ke Filipina untuk menyemak aktiviti Amalilio di sana.
Naib Presiden PKR, Tian Chua (kanan) dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, menyifatkan pendakwaan dan hukuman terhadap Amalilio itu sebagai satu "wayang".
"Cara Amalilio (kiri) didakwa diragui, kerana dia telah didakwa dan dijatuhi hukuman oleh majistret di sebuah hospital di Sabah," kata Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu.
Sivarasa yang juga seorang peguam, turut mempersoalkan cara di mana majistret, pendakwa dan peguam Amalilio hadir dan dengan, pada 5 Februari, fakta kes mereka telah disediakan.
"Dia mengaku salah dan dijatuhi hukuman dua tahun penjara," kata Sivarasa.