Bernama menyiarkan;
"Saya ingin menjelaskan Semporna dari awal-awal masuk
dan tidak pernah keluar (dari kawasan keselamatan)," katanya ketika
mengulas kekeliruan berhubung Semporna tidak dimasukkan dalam pembentukan
ESSCOM yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Musa, Pengerusi Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE),
berkata Semporna adalah kawasan utama yang dimasukkan dalam ESSCOM merangkumi
daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
Berikutan itu, Musa berharap tidak timbul lagi kekeliruan
mengenai perkara itu.
Rabu lepas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal yang juga anggota Parlimen Semporna membawa cadangan
untuk memasukkan daerah Semporna dalam ESSCOM pada mesyuarat Kabinet.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik
berkata kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk keperluan pasukan keselamatan
di ESSZONE termasuk menambah aset pertahanan bagi memantapkan operasi di zon
tersebut.
ESSZONE meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan
kepada ESSCOM. (Bernama)
Kekeliruan? Apa beza ESSCOM dan ESSZONE?
Apa yang
sebenarnya terjadi? Sehingga Dato’ Seri Shafie Apdal mengutarakan dalam kabinet?
Kalau kita menyemak media. Pembentukan Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah yang dikenali sebagai Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) disebut
merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu (5 Daerah sahaja ) diumumkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac semasa
lawatannya di Lahad Datu.
Dinyatakan Pewujudan Eastern Sabah Security Command (Esscom), kawasan
keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di timur Sabah, adalah seperti
Kawasan Keselamatan Rajang (Rascom) di Sarawak.
Kemudian Perdana
Menteri pada 25 Mac lalu mengumumkan lagi ESSZONE, Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang merangkumi 10 daerah
di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran,
Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mempunyai
matlamat jangka pendek dan panjang.
Perdana
Menteri berkata 10 daerah dibwah zon berkenaan akan ditadbir oleh satu
jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Peraturan-peraturan
Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.
Menurut
beliau, jawatankuasa dikenali Jawatankuasa
Zon Selamat Sabah Timur akan dipengerusikan Ketua Menteri Sabah dan dibantu seorang ketua
pegawai eksekutif serta anggota-anggota yang dilantik.
Shafie dan Nasir |
Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah yang dikenali sebagai Eastern Sabah
Security Command (ESSCOM) dan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) adalah
suatu yang berbeza? Apakah bezanya keselamatan khas 5 daerah yang digembar
gembur tu (sebelum ini yang tidak menyebut Semporna) dengan Zon Selamat Sabah
Timur untuk 10 Daerah?
Inilah yang
menyebab Shafie Apdal dan Nasir Tun Sakaran membuat komen berkaitan.
Persoalannya apakah ketika pengumuman Perdana Menteri pada 7 Mac lalu, Musa
Aman lupa memberi taklimat teknikal berkaitan dengannya? Atau terlepas pandang?
Tentu
kekeliruan ini akhirnya akan mengundang pertanyaan oleh wakil rakyat berkaitan.
Jika ESSZONE adalah penambahbaikan kepada ESSCOM keadaan itu sepatutnya
dimaklum dan umumkan. Bukan seolah badan yang berbeza.
I cakap dah masuk..U cakap tak masuk. |
Kadang
pemimpin ni ghairah umum sana umum sini, tapi terlepas pandang kepada beberapa
perkara. Kita boleh menyemak pelaporan media massa mengenai ESSCOM dan ESSZONE
yang nampak berbeza. Akhirnya Shafie Apdal bersuara, Musa menjawab. Umum pula
mengetahui hubungan kedua-dua pemimpin ini. Apakah itu baik untuk BN?
Seperti Musa "Saya ingin
menjelaskan Semporna dari awal-awal masuk dan tidak pernah keluar (dari kawasan
keselamatan)," katanya ketika mengulas kekeliruan berhubung Semporna tidak
dimasukkan dalam pembentukan ESSCOM yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak baru-baru ini.
Jika disemak
semua kenyataan media mengenai ESSCOM selepas 7 Mac. Berapakah daerah yang
disebut? 5 atau 10? Hanya Zon
Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE) yang menyebut 10 Daerah selepas 25 Mac.
Moralnya
YB-YB BN ni kena banyak berkomunikasi sesama mereka. Kalau kurang tanya itu yang
memandai nak bawa dalam mesyuarat kabinet. Musa Aman pula jawab sedia ada.
Entah-entah Musa Aman pun lupa yang disebut
sebelum ini.
Atau Shafie
Apdal tidak tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 25 Mac mengumumkan
pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi
asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)?