Saturday, 10 March 2012

ISU SBPA PM Jadi "Flip Flop" kerana KSN dan KPPA?


Oleh: Fatimah Ubaidullah

KSN dan KPPA akan bertanggungjawab kepada pembatalan SBPA?
besarnya imej kerajaan tercalar?
PM nampak "Flip Flop" atas sebab salah nasihat mereka?

Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.

Apa agaknya yang dibisik oleh Omar Osman kepada PM?.
KSN pula jeling-jeling.
Inilah akibat kerana tidak berbincang dahulu dengan CEUPACS


Perdana Menteri berkata sebarang cadangan yang disyorkan oleh suruhanjaya yang dianggotai semua pihak berkepentingan yang bekerja menerusi prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan itu akan dipertimbang mengikut kemampuan kerajaan.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia dapat dilaksanakan segera. Penulis juga percaya dengan penubuhan Suruhanjaya ini maka perkhidmatan awam dapat diperkasakan bagi mengelakkan situasi sesuatu pelaksanaan skim dilaksanakan secara segera tanpa mengambil kira pandangan seperti CEUPACS dan orang ramai.

Pembangkang dah hentam! 
Ia bagi mengelakkan kerajaan diserang oleh pihak pembangkang disebabkan sesuatu dasar yang mengundang kritikan dan rasa tidak puas hati penjawat awam. Penulis melihat selepas saja pembatalan skim SBPA dan kembali kepada SSM kita sudah diserang oleh pembangkang mengatakan kita tidak teliti sebelum melaksanakan dasar ini. Hadiah kepada penjawat awam adalah berita yang sedap di pandang dan didengar tetapi bagaimana kesannya kepada kerajaan? Ibarat makan nangka terkena getahnya kerajaan terpaksa menelan yang pahit.

TPM Kata apa? ini bukti bahawa
pegawai yang buat perkara ini
tidak bawa kepada CEUPACS dahulu.
sekarang tanggunglah akibatnya?
Ditengah-tengah PRU13 semakin hampir kita harus melihat kehendak kerajaan untuk menang dalam pilihanraya. Jika 1.4 penjawat awam melibatkan lagi 3 juta keluarga tidak diambil kira tentu ini akan memberi implikasi kepada sokongan rakyat dari kalangan penjawat awam.

Penubuhan suruhanjaya adalah lebih adil dan lebih komprehensif bagi mengelakkan cadangan dari satu pihak sahaja khususnya dari kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau SPA.

Nasiblah PM pandai jawab dan cover.
Kalau di luar Negara siapa akan bertanggungjawab kepada keputusan pembatalan sesuatu dasar seumpama ini? Kalau KSN dan KPPA yang menasihati PM perlu bertanggungjawab dan malu. Merekalah yang memperhalusi sebelum PM membuat keputusan.

Akibat keputusan ini PM nampak “Flip Flop”. Dasar diumum dalam belanjawan belum sempat dilaksanakan dah dibatalkan. Jadillah ‘Penasihat’ bukan “Punasihat’ kepada PM. Hal-hal macam inilah yang menyebabkan kerajaan BN punah gara-gara pegawai kerajaan yang tidak memberi penjelasan yang betul. 

Siapa Menteri memiliki 70% saham Tesco?



Seorang Menteri kabinet persekutuan sekarang dikatakan isterinya memiliki 70% pegangan Syarikat Tesco (Malaysia). Jika benar mungkin boleh disemak melalui peristiharaan harta atau Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dikatakan Menteri berkenaan mempunyai rumah di London. Mungkin ada sesiapa yang berminat menyiasat. Jika benar ia pasti cerita yang menarik.


Friday, 9 March 2012

Musa Aman dah mungkin tidak boleh dikalahkan?


Oleh: Fairus Aman 

Dalam Genggaman
Musa Aman mungkin sekarang sudah mula mengukuhkan kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Ketua Menteri Sabah. Dengan siri lawatan YAB PM/Presiden UMNO dan YAB TPM ke Sabah ia sudah tentu dapat memujuk PM dan TPM untuk mengekalkannya. Apakah mustahil bagi seorang bernama Musa Aman memperolehi RM200 juta untuk menanggung kos pilihan raya di Sabah? 

Musa Aman telah menggerakkan misi lawatannya dalam siri penerangan perdana isu semasa di negeri Sabah. Dibantu oleh Biro Tatanegara, JASA dan agensi lain dibawah genggamannya apakah musuh-musuhnya berjaya menumbangkannya?

Star, UBF, SAPP, SPF, Amanah, dan lain-lain lagi yang ada ternyata sekarang di atas kertas dan realiti amat sukar untuk menewaskan Musa Aman. Tentunya situasi seperti Harris Salleh yang tumbang dalam Berjaya tidak dapat disamakan sekarang. Dr Jeffery, Yong Teck Lee dan lain-lain lagi pemimpin 'kitar semula' nampaknya adalah seperti penambahan 'rempah ratus' politik di Negeri Sabah.

Muhyiddin sejak dulu dalam genggaman Musa...Shafie Apdal
pula asyik dengan caranya.
Politik dendam, memperkayakan proksinya dan 'pecah & perintah' Musa Aman sudah cukup mengukuhkan kedudukannya dan memecahkan strategi musuh politiknya. Berapa bilion projek yang dibawa Musa Aman melalui petronas? atau juga jutaan projek melalui proksi-proksinya?

Perdana Menteri atau Presiden UMNO 'flip flop' tentu tiada pilihan selain menurut kehendak keluarga Musa Aman ini yang hari ini dikatakan telah berjaya mendampingi 'Rosmah Mansur'. Kekuatan keluarga Aman satu di Sabah dan satu di Persekutuan tentu menggambarkan kepada musuhnya jangan bermain dengan keturunan "benggali" ini. 

Jadi kepada semua musuh-musuh politik Musa Aman, anda semua jangan bermimpi menikmati berkuasa di Sabah.