Saturday, 25 February 2012

INI YANG KITA ADA KERANA MUSA?




Datuk Hasnol Ayub di lantik sebagai, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah (IDS). Mengikut rekod, Mohd Hasnol bin Ayub, 44, merupakan anak abang kandung Musa Aman iaitu Datuk Ayub Aman yang berkelulusan Diploma Lanjutan Pentadbiran Perniagaan dan MBA daripada University of Wales,United Kingdom turut menjadi Pengarah Suria Capital Berhad dan Pengarah Urusan Jahsia Construction Sdn, Jahsia Sdn.Bhd, Pengarah Sabah Port Sdn.Bhd, S.P.Satria Sdn.Bhd, Pengarah Hikmat Bumimaju Sdn.Bhd dan menjadi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah sejak 2004. sila klik


Apakah Hasnol mempunyai kredibiliti mengetuai ‘Think Tank’ Kerajaan Negeri? Sekarang beliau adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Penampang. Inilah kan pemimpin yang kita adakan. Kalau tak kerana Musa Bin Aman agak-agak keluarga Musa Aman mana ada peluang duduk di kerusi yang indah-indah?  Itu yang mereka lupa mengenai diri mereka. 


Nota:

Kita dah ketandandusan orang yang berwibawa di Sabah agaknya.


PEMUJA ANWAR DI TANGKAP BASAH


Kurang satu musuh BN di Sabah!

Dilaporkan bahawa pemimpin PKR Badrul Amin Bahrum telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang pada 2.45 petang tadi di Swiss Garden Pahang.

Badrul Amin PKR ditangkap khalwat bersama pasangannya yang bernama Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang. Zatiwani juga merupakan Isteri kepada seorang lelaki bernama Fazli Pungut.



Untuk makluman kedua dua pasangan Khalwat ini masih lagi ditahan Jabatan Agama Islam Pahang dan segala maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.



Suami wanita yang ditangkap khalwat itu juga turut sebak ketika bersama Jabatan Agama Islam Pahang dalam serbuan petang tadi. Suami wanita itu kecewa dengan pemimpin yang mengambil kesempatan diatas pengaruh yang ada pada badrul amin.



Badrul Amin yang sudah mempunyai Dua Isteri sebelum ini juga menyamakan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi.


Nota: Nampak tak jadi calon di Tawau atau di Sabak Bernamlah jawabnya.

Friday, 24 February 2012

SIAPA LELAKI MISTERI YANG MENGHANTUI ANIFAH?

dibayangi lelaki orangkitani.
Kalau dah orang luar

KIMANIS Umno Divisional Head, Datuk Anifah Aman said a group that has been campaigning for him to be replaced as the Barisan Nasional candidate for the parliamentary constituency in the coming 13th General Election is doing the bidding of a 'Tuan' (master).
Without revealing whether this 'mystery man' is an Umno member or Federal or State Minister, he said the group is doing the bidding of this 'Tuan' by conducting protests in villages to get the grassroots to support their cause.
"This group is the same that used a slogan 'Orang Kitani' (Our Brunei/Malay People) in past elections.
"However, the other races were offended and thus, this group changed the slogan to 'Orang Tempatan' (local people) in order to get the support and backing of other races living in the Kimanis area.
"This group has a 'Tuan' (master) and they are doing his bidding. This is common when the General Election is nearing," he said.

Artikel berkaitan

APABILA ORANG KIMANIS BANGUN MAHUKAN PERUBAHAN!



Wednesday, 22 February 2012

MUSA AMAN ADA JET PERIBADI?

mungkin begini?

Sekarang ni ada orang kata kerap juga nampak Musa Aman menaiki Jet Peribadi ke KL atau Singapura. Apakah Musa Aman mempunyai Jet Peribadi sendiri atau yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri?.  Jika ada Jet Peribadi dimanakah di simpan? Apakah di Singapura?. Ada yang pernah nampak Musa Aman menaiki Jet Falcon 20 Siapa punya?. Baru-baru ini Musa Aman pada 19 Februari 2012 khabarnya berada di Singapura melawat seseorang? siapa tu?. Kemudian terus ke KL untuk menghadiri Majlis Raja-Raja.


Seperti Pehin Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak mungkin penggunaan Jet Peribadi bagi seseorang Ketua Menteri adalah dibolehkan jika diisytiharkan. Untungnya jadi Ketua Menterikan....

Sunday, 19 February 2012

MT UMNO PADA 23 FEBRUARI 2012, WAKIL MT SABAH MESTI BERANI BERSUARA!

Empat MT yang diberi mandat. Jadi jalankan kerja

Mesyuarat bulanan MT UMNO akan diadakan pada 23 Februrai 2012 (Khamis) di pejabat UMNO jam 8.00 pm. MT UMNO dari Sabah mesti berani menyuarakan pendapat mereka. 

Suasana berterus terang sebelum ini yang menyaksikan pertelingkahan lidah "Face to Face" antara Musa Aman dan Lajim Ukin mesti diteruskan agar isi hati dan menyampaikan maklumat sebenar dapat dilakukan. MT UMNO dari Sabah harus berhenti dari mengampu ketua. PRUKe13 dah hampir jadi segala isu mesti diselesaikan secara dalaman UMNO. 

Apakah Lajim Ukin akan menghentam Musa Aman lagi?
Bagaimana dengan Shafie Apdal? Bung Mokhtar ?
Bung Mokhtar yang terkenal lantang mesti berani menegur Musa Aman. Shafie Apdal Naib Presiden jangan mengambil jalan tengah dengan kaedah "playsafe". Pemimpin UMNO mesti menyuarakan hal sebenar. 

UMNO Sabah mesti ada pemimpin yang berani bersuara untuk mencipta suasana "check and Balance" yang selama ini mencerminkan Musa Aman terlalu berkuasa dan tidak boleh ditegur. MT UMNO mesti membincangkan isu ini dalam MT pada 23 Februari ini.

1) RCI PATI yang belum diumumkan. Apakah kesannya kepada rakyat Sabah, khususnya terhadap perjuangan rakan-rakan parti komponen BN di Sabah.

2) Kerusi-kerusi panas di Sabah yang telah dikenal pasti. Perbalahan parti komponen, isu parti baru yang mungkin boleh menggugat, sikap pemimpin yang gemar hentam rakan.

3) Kedudukan UMNO Sabah di bawah kepimpinan Musa Aman yang telah lama, apakah kesannya kepada rakyat Sabah?  



RCI PATI MUNGKIN TIDAK JADI, TAPI ORANG YANG DAPAT MY KAD BAKAL BERTAMBAH?


Oleh: Orang Sabah Prihatin


Tertera Sijil Kelahiran lewat "Penama". Nombor Siri adalah
sama dicatat dalam Kad di bawah di ruangan No.Mykad SBXXXX/XX 


Ditengah RCI seperti "SURPRISE" nak di tubuhkan. Ada pihak yang telah memberikan info - Seorang pemegang passport Filipina (nanti ditunjukkan kemudian) telah mendapat Sijil Kelahiran Malaysia yang didaftarkan pada September 1991.


Persoalan:

1)    Apakah  terdapat pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang terlibat memberi cabutan Sijil Kelahiran (Pendaftaran Lewat) kepada pemohon? Tidak diteliti?

2)     Mengapa si “penama” mempunyai kad keahlian dari sebuah  
 pertubuhan terkenal di Sabah dan kad ini perlu di bawa oleh  si “penama” semasa berada di semenanjung. Apakah kelebihannya?

3)    Apakah kaitan sebuah pertubuhan di Sabah yang dinyatakan oleh “penama” ini ? kerana dalam kad keahliannya (siri number XXXX) jelas tertera nombor Sijil Kelahirannya.

4)    Sedangkan si “penama” jelas mempunyai Passport Filipina. Apakah ini satu usaha mendapat my kad?

5) Apakah terdapat pemimpin tertentu mendalangi kemungkinan kegiatan pemberian taraf kerakyatan?

Kad yang dimiliki oleh si "penama" Kenapa kad ini disimpan kalau dia bukan warganegara asal yang memang "penama" tidak layak sebagai keahliannya? Apakah ini kad khas untuk di Semenanjung saja? 

atau ada pihak lain yang mungkin telah MENYALAHGUNAKAN NAMA PERTUBUHAN ini untuk kepentingan PIHAK tertentu. Kita khuatir jika ada pihak mengambil kesempatan. Ada info menyatakan perkara ini sudah dilaporkan kepada seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Muka Depan. No Mykad adalah sama
dengan nombor Sijil Lahir "Penama"

Muka Belakang Kad


 Nota: Passport akan dipaparkan kemudian...