Sunday, 3 June 2012

KENAPALAH DATUK SALLLEH?


Apa dalam kepala Salleh? 

"Terlajak kata boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya" Inilah yang disamakan Salleh dengan kata-katanya bahawa perkara 20 tidak sah lagi. 

Entah apalah yang berlegar dalam kepala pemimpin UMNO merangkap speaker Sabah ini? ditengah UMNO menghitung kekuatannya dan bergelut dengan isu PATI/RCI tiba-tiba Salleh menggemparkan Sabah.

Masyarakat Kadazan Dusun yang memperjuang RCI ternyata bengang dengan kenyataan Salleh ini. Strategi politik Salleh ini nampak ke belakang. Sepatutnya dia diam dan buat kerja dari mempersoalkan mengenai perkara 20.

Bila dah terlajak barulah kelamkabut berkata kenyataannya diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu. Bijak sangatlah Salleh. Nampaknya radius penolakan bumiputera Sabah kepada BN semakin bertambah. 

Apabila Lajim dan Maximus menyambut dan mempertahankan perkara 20....tentulah mereka memikirkan sesuatu untuk kebaikan bumiputera Sabah berbanding mereka yang berfikir "Oto" untuk menambahkan undi..alahai