Monday, 8 April 2013

MAMPUKAH ANIFAH AMAN KEKALKAN PARLIMEN KIMANIS?

Oleh: Gigi Geraham Kimanis


Satu lagi tempat kubu BN/UMNO di Parlimen Kimanis bakal di tumbangkan dalam PRU13. PR melalui PPS dikatakan akan mengetengahkan calon tempatan "orang kampung" di Kimanis untuk merampas kerusi Parlimen P.176.

4789 undi lawan majoriti 5453
Apa rakyat Parlimen Kimanis hilang cerdik?

PRU12 menyaksikan BN walaupun memenangi parlimen ini dengan majoriti 5,453 tetapi calon BEBAS, Jaafar Ismail memperolehi 4,789 undi dan PKR, Ismail Bungsu dengan undi 1,615 undi. ( Jumlah 6,404 undi). 

Senario PRU13 mungkin kali ini berbeza dengan isu calon orang luar dan isu-isu keluarga AMAN di Negeri Sabah pastinya angka majoriti BN bakal menyusut atau "digulung". 

Peperangan di Kimanis ialah peperangan wakil rakyat bukan orang asal dengan calon tempatan. Atau peperangan antara taburan wang dengan semangat orang tempatan menggulingkan orang luar yang membolot segalanya di Kimanis.

Kita akan lihat sejauh mana kematangan pengundi Parlimen Kimanis apakah sanggup memilih orang luar "dengan taburan wang" atau orang tempatan yang gigih.  Sama-sama kita saksikan.

Jika Jaafar Ismail calon PPS/ PR  bertanding tentu kali ini lebih sengit. Adalah tidak betul menyatakan BN sangat kuat. Jaafar Ismail tentu dapat merampas kerusi ini. 

Jangan biarkan keluarga "AMAN" berleluasa dan bermaharajalela di tempat anda sehinngga anda merempat dibumi sendiri. Anifah Aman sendiri tidak mempunyai tempat di daerah kelahirannya Beaufort. Sebab apa? rakyat Beaufort tidak mungkin menerima pemimpin seperti Anifah Aman. 

Apakah rakyat Parlimen Kimanis ini bodoh tidak berfikir? "Jangan Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan" . Lihat apa jadi dengan Datuk Karim Bujang.....wakil rakyat veteren yang dipinggirkan. Apa yang Karim dapat?

Sunday, 7 April 2013

TRAGEDI KUARI RUNTUH DI TANJUNG BATU KUKUSAN TAWAU SALAH SIAPA?



Penduduk di Kampung Tanjung Batu, Tawau telah hidup dalam ketakutan selama bertahun-tahun. Rayuan mereka tidak pernah diambil kira. Banyak kemalangan di kuari yang mengakibatkan kematian kehidupan yang tidak berdosa dari Kuari Otentik, tetapi tiada perintah yang pernah dikeluarkan untuk menghentikan kuari dari operasi. Akhirnya...



TAWAU 6 April - Lebih 60 penduduk daripada 12 keluarga terselamat apabila beberapa bongkah batu besar menghempap rumah mereka yang terletak bersebelahan dengan lereng bukit di Kampung Tanjung Batu Kukusan, Tawau. 



Dalam kejadian yang berlaku kira2 jam 11:45 pagi, bongkah-bongkah batu berkenaan bergolek ke bawah bukit dan menimpa rumah penduduk berkenaan selepas berlaku gegaran akibat letupan bahan peledak yang digunakan memecahkan batu di kuari itu.


Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata;

“Setakat ini polis merekodkan 65 mangsa daripada 12 keluarga daripada rumah terbabit dalam kejadian ini. Namun tiada kematian berikutan penduduk sempat menyelamatkan diri selain beberapa individu cedera.

“Siasatan awal mendapati runtuhan disebabkan letupan dilakukan pekerja kuari sehingga satu bongkah batu bergolek menimpa kawasan perkampungan penduduk yang terletak di lereng bukit,”


Polis mengarahkan pihak pengurusan kuari menghentikan operasi serta-merta bagi memastikan kejadian bongkah batu gergasi bergolek sehingga menghempap 11 rumah penduduk di Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu 

Siapakah syarikat yang melaksanakan projek kuari di kukusan ini?

Otentik Quarry, which operates on a piece of forest reserve of the Kukusan Forest Reserve, is located at the centre of a very populated area of Tanjung Batu in Tawau. There are more than 200 families living at the foot of the mountain or nearby. The distance between the residential area and the quarry is less than 500 metres. The quarry is only a few kilometers away from Tawau town. 




Selama ini kerana bimbangkan keselamatan dan kesihatan penduduk telah membuat banyak aduan kepada banyak pihak berkuasa tempatan, negeri dan juga untuk peringkat persekutuan. Pelbagai jawatankuasa ditubuh  untuk melindungi hak-hak mereka. Malangnya, tiada siapa yang mendengar dan tiada siapa mengambil apa-apa tindakan. Ahli-ahli politik didekati hanya memberikan janji-janji kosong.


Seperti biasa pemimpin BN kita. Terhantuk baru tengadah.

Selepas kejadian,  Pengerusi Barisan Nasional Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman datanglah "terhegeh-hegeh" melawat sekaligus menyampaikan sumbangan kepada mangsa rumah ranap akibat ditimpa oleh bongkah batu di Tanjung Batu Bukit Kukusan Tawau. Pemilik Kuari ini tentu bukan calang-calang orang jika sehingga sekarang kekal melakukan kerja kuari. Bila dah runtuh.........

Macam biasa bila dah kena baru datang- wakil rakyat DUN pun baru muncul.Taktik lama

Apa pula komen  Musa Aman mengenai syarikat yang melaksanakan Kuari ini?

Apa pula komen Jabatan Geologi? 

Apakah pula tindakan JTU Sabah yang mengeluarkan lesen kuari (batu & pasir), permit carigali dan pajakan perlombongan di negeri Sabah khususnya lesen syarikat kuari ini sehingga melakukan kerja-kerja letupan di kawasan berdekatan penduduk?

Apakah ini di bawah jawatankuasa Bencana Alam di Negeri Sabah?

Apa pula laporan EIA oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai mengenai pelaksanaan kerja-kerja kuari? 

Banyak benda nampaknya kena di bongkar? Apakah syarikat ini ada kaitan dengan pihak-pihak tertentu sehingga lesennya di kekalkan sehingga sekarang walau jelas berhampiran dengan penduduk kampung?

Tentunya panas. PRU datang. Apakah pengundi akan menunjukkan jalan?




KALAU MEREKA DI CALON "JANGAN UNDI"


Wahai Rakyat Sabah!!!




Kalau calon-calon ini di calon oleh BN semula. Jangan undi mereka ini. Mereka ini adalah penjilat tahi Musa Aman. Tahi yang busuk mereka kata wangi. 

Begitu juga dengan para pemimpin parti komponen BN dari kadazan dusun yang pengecut seperti Bernard, Kurup, dan Pairin yang hanya "pak angguk". 

Kita perlukan pemimpin baru. Bukan sampah macam di atas. Pemimpin bermusim. Mari tolak mereka. Sila jangan undi atau rosakkan undi anda. Mari ke arah rakyat yang cerdik. Bukan di momok dengan lambang. Jangan beri kepada wakil rakyat "Filipin", "pemabuk" "sikaya raya" dan perasuah... Aku janji mereka 4 tahun lalu pun tak tunai lagi.