Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Umno mungkin tewas sekiranya jentera peringkat bahagian masih belum bergerak aktif kerana menunggu calon diumumkan.
Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata jentera berkenaan sepatutnya sudah digerakkan walau pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.
"Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa mungkin kita akan kalah.
"Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Tambahnya, Umno masih lagi mengalami masalah memandangkan ahli parti menurutnya hanya mahu individu tertentu dipilih sebagai calon pilihan raya.
"Masalah Umno ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa.
"Masalah Umno ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa.
Kalau di Sabah...tengoklah wakil rakyatnya... dan calon-calon yang bakal kononnya "winnable candidate"...
Ada yang bukan asal tempat sendiri. Ada yang terpaksa bersaing dengan Ketua Bahagian. Ada ketua bahagian tapi tidak jadi calon. Ada yang mempunyai undi majoriti yang tipis, Ada yang bayar cukai 20 juta, ada yang panas baran, Ada yang berhadapan dengan kes-kes tertentu. Ada pula kaki segala kaki.......Dan Banyak lagi. yang rasa dia adik CM, ipar, biras, menantu CM tentulah mereka sangat selesa. Tapi belum tentu jugakan. Agak-agak di bawah ini ok ke? sila beri undi anda........ok ke ko!