Saturday, 18 August 2012

Jom Tukar Musa Aman!




BEAUFORT 14 Ogos: Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menghadapi situasi lebih getir selepas sambutan Aidilfitri berikutan tiga lagi wakil rakyatnya akan meninggalkan parti itu.


Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan, mereka akan berbuat demikian secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan lagi.



“Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.



“Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar,” katanya kepada Keadilan Daily.



Kata Lajim, seramai 18 daripada 35 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Beaufort turut menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.



“Beberapa lagi Ketua Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .



“Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai,” katanya.Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno BN Beaufort dan menubuhkan PPS yang menyokong Pakatan.



Pada 30 Julai lalu, Lajim digugur dari jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala keahliannya dalam Umno akan ditentukan kemudian.



Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong Pakatan.


Ini menjadikan gerakan menukar kerajaan negeri digerakkan dua komuniti terbesar di Sabah iaitu Melayu-Islam melalui PPS dan Kadazan-Dusun-Murut melalui APS.

Komentar

1.    Biarlah apapun Musa Aman, keluarga dan konco-konconya katakan yang penting ialah menumbangkan Musa Aman dengan segala cara. Tidak perlu hirau kesombongan Musa.

2.    Dengarnya baru-baru ini Dato Seri Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung UMNO dalam Mesyuarat AMT UMNO telah membelasah Musa Aman, KM Sabah kerana gagal menjaga UMNO Sabah. 

3.      Jika anda perhatikan kritikan pemimpin UMNO kepada Datuk Seri Lajim adalah dari kelompok Musa Aman seperti Anifah Aman, Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan dan proksi Musa Aman sahaja. Jika di KL mereka adalah kelompok pengampu seperti Datuk Ahmad Maslan dan Fuad Zakarsi. Datuk Lajim sedikit pun tidak menyentuh pengkritiknya.

4.      Mengapa pemimpin UMNO Sabah atau para pemimpin komponen tidak berani mengkritik Datuk Seri Lajim akibat tindakannya memprotes UMNO Sabah sehingga keluar parti? Pemimpin seperti Bung Mokhtar, Ghafur Salleh, DLL mereka dilihat berdiam. Mengapa? sebab mereka tahu Datuk Seri Lajim adalah pemimpin berpengalaman dan mereka tidak bermasalah dengan Datuk Seri Lajim. 

5. Mengapa Tan Sri Muhyiddin, TPM yang dipertanggungjawabkan menyelesaikan kes ini berdiam diri selepas Datuk Seri Lajim istihar meletak jawatan? sehingga ke hari ini tidak membuat kenyataan terbuka. Apakah ini lambang kegagalan Tan Sri atau terdapat unsur sabotaj kepada PM? Apa agenda sebenarnya?

6. Jika Datuk Seri Lajim dan Bumburing tidak memberi impak kepada BN, mengapa Musa Aman sanggup berjumpa dengan pemimpin seperti Datuk John Ghani bekas wakil rakyat Dun Kuala Penyu menawarkan wang jutaan ringgit dan jawatan agar menyertai BN. (walau sebelum ini BN tidak menerima semula kemasukan bekas Naib Ketua Bahagian UMNO ini). (Kena rujuk Dato' John Ghani). Mengapa parti SPF sanggup di beli dengan harga 13 juta agar tidak mengganggu BN? 

7.    Jika Isu RCI PTI tidak penting yang selama ini berbulan bulan ditangguh atas nasihat Musa Aman dan konconya ,mengapa PM bergegas ke Sabah dengan mengumumkan terma RCI, dan anggota RCI sehingga siasatannya dilakukan selama 6 bulan (sama ada selesai sebelum atau selepas PRU).  maksudnya? tentulah isu RCI yang Lajim dan bumburing sebut ada kesannya.  

8.   Kesimpulannya Musa Aman dan konco-konconya takut dengan keadaan di Sabah sekarang. mereka takut dengan bayang-bayang sendiri. Kehadiran lebih 7 ribu ketika pelancaran APS, Bumburing, lebih 15 ribu di Kediaman Datuk Seri Lajim dan 10 ribu di majlis Senator Dato' Maijol Mahap di kediamannya di Kota Marudu. Sedangkan kehadiran YAB Perdana Menteri di Kimanis yang disediakan untuk 20 ribu orang banyak khemah yang kosong. Berusahalah Musa Aman dan Anifah mempelawa semua UMNO datang dan orang ramai dengan menyediakan peruntukan yang besar mengupah orang ramai datang.... 

Thursday, 16 August 2012

Pakatan Rakyat menggesa Menteri Luar Letak Jawatan

Katakan TUKAR kepada Keluarga Musa Aman.

Pakatan Rakyat menggesa Menteri Luar, Datuk Anifah Aman meletakkan jawatan atas dakwaan pengabaian tugas dan gagal untuk mengendalikan hal ehwal luar negeri dengan betul.


Menurut Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong, sekretariat Pakatan bermesyuarat malam tadi dan sebulat suara bersetuju bahawa Anifah tidak mampu menjalankan tugas.

Katanya, cakap-cakap dalam lingkaran diplomatik bertiup kencang bahawa Anifah lebih suka duta pertemuannya dibuat di Sabah dan bukannya di ibu negara.

"Dia bersembunyi di Kota Kinabalu dan malah meminta duta China menemuinya di sana," kata Liew dalam sidang media hari ini.

Liew juga mendakwa Malaysia, tidak seperti sebelum ini, gagal membuat pendiriannya berkaitan perkara penting antarabangsa seperti konflik Syria serta masalah Rohingya dan Palestin.

Apakah kenyataan di atas tidak betul? 


Cuba banding. Bagaikan panggang jauh dari api. Kelibat Menteri Luar sekarang ternyata prestasinya jauh lebih teruk dari yang terdahulu. Kalau dahulu Rais dan Syed Hamid Albar ada saja isu antarabangsa yang Malaysia kedepan. Agaknya Anifah aman orang yang tiada kedudukan dalam UMNO ini sesuai jadi Menteri penuh? Siapalah yang melobi Menteri macam ini. bagi Timbalan Menteri tidak mahu sanggup meletak jawatan, tapi Menteri terus saja ditibainya. dikatakan dapat jawatan Menteri pun main ugut dan gunakan Tan Sri Muhyiddin melobi saat akhir. 

Tuesday, 14 August 2012

HEBAT KE BERNARD DAN UPKONYA?



KOTA KINABALU : Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang, terutama pada pilihan raya negeri Sabah.

Katanya berdasarkan sokongan rakyat, Sabah kekal sebagai kubu kuat BN dan sejajar dengan itu, beliau menyeru mereka, terutama masyarakat Kadazandusun Murut (KDM), supaya terus bersama BN demi kebaikan mereka.
“Memang tidak diragukan bahawa BN kuat di Sabah, tapi tidak boleh dinafikan akan ada cabaran di kawasan bandar dan sub bandar.

“Tapi, saya yakin BN akhirnya akan menang pada pilihan raya akan datang,” katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Ramadan 1 Malaysia di Kompleks Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Kepayan, dekat sini malam tadi.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Utama dan Komoditi, menyangkal dakwaan bekas Timbalan Presiden Upko, Datuk Wilfred Bumburing bahawa 40 peratus pemimpin UPKO meninggalkan parti itu untuk menyertai Pakatan.

Dulu di Parlimen Ranau sudah hampir tenggelam. Apabila rakyat menolaknya di Ranau maka beliau ke Parlimen Penampang. Apakah hebatnya Bernard di Penampang? Realitinya....

TAN SRI BERNARD DOMPOK  HANYA MAJORITI 3,063
EDWARD YANG NYAWA NYAWA IKAN

PETER DALAM BAHAYA

Pengajaran: Jangan sombong nanti kalah,