Saturday, 17 March 2012

APA PANDANGAN KSN & KPPA?

Oleh : Fatimah Ubaidullah


Apa pandangan KSN dan KPPA apabila Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas membawa isu KSN dan KPPA agar mereka meletak jawatan akibat kecuaian mereka dalam membuat keputusan mengenai SBPA. 

Terbaru Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pula mendesak KSN dan KPPA bertanggungjawab dan meletak jawatan.

Ramai sangat nampaknya musuh Tan Sri Sidek ini. Rupanya mereka membenci Tan Sri Sidek ini yang sudah terlalu lama duduk di kerusi KSN. 

Kalau KPPA meletak jawatan habislah peluang Tan Sri Abu Bakar menjawat jawatan KSN yang diimpikannya itu. Tetapi Abu Bakar mungkin lebih baik berbanding Tan Sri Fuad Datuk Bandar KL. 

Renung-renungkan....


Thursday, 15 March 2012

PERIHAL KJ LAWAN ANWAR LEBIH BAIK BERBANDING ANIFAH AMAN!


- KJ boleh jadi Menteri Luar-

Alahai Anifah Aman Menteri Luar Negeri kita rasanya Menteri Luar paling lemah setakat ini. kalau dah kualiti jawapan tengok skrip.


Sidang Dewan Rakyat pada 13 dan 14 Mac 2012 menyaksikan betapa KJ lebih bijak menyerang Anwar Ibrahim berbanding Anifah Aman. Tengoklah jawapan skrip Anifah Aman dalam Parlimen. Budak sekolah menengahpun boleh menjawab kalau dibekalkan kertas jawapan seumpama itu.

Panas telinga Anifah bila lebih 15 wakil rakyat pembangkang bangun berdebat mengenai Isu Israel dan hubungannya dengan Malaysia. Terkedu dan tergagap-gagap Anifah Aman adik Musa Aman ini menjawab segala persoalan spontan YB-YB.

Tengok balik video parlimen (nanti ditunjukkan). Apakah Anifah menjawabnya? Merah padam asyik tengok skrip yang dibekalkan. Inilah kualiti Menteri kita yang ada. Pandai berniaga tidak semestinya pandai berdebat dalam parlimen. 

Bertemu buku dengan ruas.....

Gua tabik dengan KJ. (walau gua bukan orang KJ). Elok PM lantik KJ jadi Menteri Luar saja. Ketua Pemuda baru lawan Ketua Pemuda lama UMNO.....

SABAHNITE 2012 DI BOIKOT?


Program Sabah Nite 2012 yang dianjurkan oleh sekumpulan orang-orang Sabah di perantauan pada 17 Mac 2012 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor mungkin kurang mendapat sambutan di kalangan orang-orang Sabah. 

Program yang kononnya dianjurkan bersama oleh Pejabat Perhubungan Negeri Sabah begitu ironis kerana akan dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Hj. Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. 

Sudah terdengar khabar kononnya terdapat arahan orang atasan Sabah agar majlis pada 17 ini jangan dihadiri oleh orang-orang Sabah khususnya mahasiswa yang ada di Semenanjung Malaysia.   dan pelbagai usaha menghalangnya termasuk menghalang kerjasama dari kerajaan negeri juga serta penyumbang-penyumbang Majlis. Mungkin perkara ini ada kaitan dengan perasmi majlis berkenaan. 

Sabah oh Sabah.. Gajah sama gajah berperang pelanduk mati di tengah-tengah.


Wow slogan yang kontroversi!..Musa Aman kalau sebut ini kalilah meruap dada





Tuesday, 13 March 2012

Pengorbanan Sharizat dan Tak campur tangan PM




Oleh: Arman Budiman


Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Salleh Ismail (suami Shahrizat) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta milik syarikat itu. Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan mengikut Akta Syarikat 2001 kerana melakukan kedua-dua perbuatan itu tanpa kebenaran mesyuarat agung. Salleh mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin RM500,000. Beliau dituduh menyalahgunakan RM9,758,140 untuk membeli dua unit kondominium dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat milik keluarganya, National Meat Livestock Corporation Sdn. Bhd


Peletakan Jawatan Shahrizat sebagai Menteri


Bukan sedikit yang memuji sebagai satu pengorbanannya kepada kerajaan dan parti. Dan tidak sedikit juga yang menyindir serta memerli tindakan Shahrizat. Begitulah dalam politik pandangan pelbagai 'warna'. Najib PM pun memuji juga. 

petikan:

Media massa, antara lain, memetik Mohd Najib sebagai berkata bahawa Shahrizat “mengorbankan diri demi Kabinet dan Umno.” Untuk itu, Mohd Najib memuji beliau. 
Perdana Menteri memberi tahu pemberita di Pekan petang semalam yang tindakan Shahrizat meletakkan jawatan apabila tempoh pelantikan beliau sebagai Senator berakhir 8 April ini adalah tindakan tepat.
 Mohd Najib menambah, walaupun tidak ada bukti setakat ini yang Shahrizat melakukan apa-apa kesalahan, tetapi kerana isu NFC telah mencetuskan kontroversi dan pertikaian, beliau bersedia mengundurkan diri daripada kerajaan.



 KADIR Jasin menulis dengan penuh sindiran persoalan yang dikemukakannya.



1. Perdana Menteri tidak campur tangan sama ada Shahrizat kekal dalam Kabinet atau meletakkan jawatan;
 2. Shahrizat mengambil pilihan “mengorbankan diri” demi Kabinet dan Umno” bukan kerana didesak oleh sesiapa;
 3. Kita tidak akan tahu sama ada Perdana Menteri telah mengambil keputusan sama ada menyambung atau tidak tempoh pelantikan Shahrizat sebagai Senator selepas 8 April ini; .
 4. Adakah peletakan jawatan Kabinet akan mengurangkan pengaruh Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno atau mengurangkan tekanan ke atas pergerakan itu bagi mempertahankan kewibawaan ketuanya?;
 5. Adakah anggota Kabinet lain yang ada masalah kewibawaan kerana mereka sendiri atau kakitangan mereka dibabitkan dengan kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan mengikut jejak Shahrizat; dan
 6. Adakah Perdana Menteri akan menggugurkan watak-watak bermasalah seperti itu daripada senarai calon “winnable” (calon boleh menang) beliau dalam pilihan raya umum yang menjelang?

Rasanya banyak lagi perkara lain selepas kita tahu perkara ini.

1. Rasanya isu kepimpinan UMNO di Terengganu belum lagi selesai?
2. isu kepimpinan Perlis juga belum selesai?
3. isu kepimpinan Negeri Perak juga belum selesai?
4. isu Sarawak juga belum selesai?
5. Isu kepimpinan negeri Sabah juga belum selesai? Musa Aman terus berkuasa?
6. Isu Kepimpinan negeri Kelantan juga belum selesai?
7. Isu Kepimpinan Negeri Selangor juga begitu?

Nampak Najib terlalu bermain game "playsafe". Program turun padangnya begitu kerap sekali, transformasinya begitu menyerlah. Daim kata Najib dalam landasan yang betul. Najib bergerak sendiri dengan gagah dan semangatnya. Tapi wakil rakyat BN sedia ada di kawasan ada yang dah ditolak, ada yang dah lupus tarikh, ada yang tidak turun padang, ada yang sangat-sangat dibenci. Jadi dilema rakyat dalam PRUke13 nanti ialah sama ada mahu mengundi BN atas Gambar Najib atau gambar calon BN mereka. Kerana yang bekerja dan berkhidmat untuk sebagai wakil rakyat nanti ialah 'wakil rakyat mereka di kawasan' bukan Najib di Parlimen Pekan sana. Jadi Rakyat dalam dilema. Gambar dacing dan Najib mungkin tidak berkesan lagi seumpana dalam 2008, Poster Abdullah Badawi dicetak lebih banyak berbanding poster calon.

Jadi.....