Friday, 26 April 2013

GEGAR! KENAPA NAJIB TAKUT LAJIM UKIN DI SABAH?


Oleh: Pemerhati Kuala Penyu



Kehadiran Najib Tun Razak ke Kuala Penyu baru-baru ini yang dilaporkan oleh pelbagai media kononnya 50ribu orang, sekejab 15 ribu orang dan bermacam-macam lagi angka. Apapun kehadiran Najib di Parlimen Beaufort sudah dijangka dan bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi warga Parlimen Beaufort. 


Apapun  bagi pengundi 30,097 Parlimen Beaufort (Dun Klias15,338 dan Dun Kuala Penyu  14,759) mereka lebih tahu apa yang berlaku di Beaufort. Ditengah-tengah BN mempunyai kemenangan kerusi yang banyak dalam PRU, Kuala Penyu pernah mencipta kejutan apabila menumbangkan calon BN, Datuk  Wences Anggang (UPKO) dan memberikan kepada Calon Bebas Datuk John Ghani pada ketika itu. Kali ini Datuk John Ghani kembali bertanding sebagai calon PKR di Kuala Penyu. Begitulah uniknya Kuala Penyu... mereka boleh mengundi sesiapa yang mereka rasa boleh bekerja dengan mereka bukan yang kaya atau gila kuasa yang mereka sukar dampinginya. Bagi mereka kehadiran Najib, TPM dan Musa Aman di Kuala Penyu bukan sesuatu yang menghairankan dan tidak lebih dari satu penghormatan untuk mereka melayan sesiapa sahaja pemimpin yang datang. Sesuatu yang luar biasa apabila rakyat dan pemimpin menjadi pembangkang maka kawasan itu mendapat perhatian.  Bagi mereka yang datang dan beri duit ambil...ambil sahaja. "Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari yang penting peti undi-undi adalah rahsia. Apakah pengundi Parlimen Beaufort lupa dengan apa yang Dato' Azizah lakukan semasa menjadi ahli Parlimen?...mungkin TIDAK. 

MACAM NI RUPANYA WAJAH KUALA PENYU. FIRST TIME AKU DATANG SINI. OPSS INI PENGUNDI  KUALA PENYU KE BEAUFORT? SABAR-SABAR SAYA AKAN SALAM. MAKLUM FIRST TIME.

Najib oh Najib. Rekod kehadiran Najib di Parlimen Beaufort  sesuatu yang boleh dicatat dalam Malaysia Book of Record kerana sejak beliau merasmikan Persidangan UMNO Beaufort ( Timbalan Presiden UMNO ketika itu) hanya sekali beliau datang menjenguk Beaufort. Kini semasa menjadi PM, Najib telah hadir kali kedua di Parlimen Beaufort, dan lagi luar biasa kali pertama sepanjang hayat PM hadir di Kuala Penyu. 

Menurut sumber dari Beaufort, Najib yang sejak menjadi TPM pernah di jemput ke Kuala Penyu bagi merasmikan Jambatan Sitompok Kuala Penyu namun tidak pernah menghadirinya atas sebab-sebab tertentu. Hanya selepas Datuk Seri Lajim keluar dari BN, maka muncullah wajah Najib bagi merasmikan jambatan tersebut. Begitulah bila dah takut dan wajah sebenar pemimpin UMNO. Bila berkuasa mereka pandang enteng, bila dah hampir nak hilang kuasa dan dekat pilihanraya maka muncullah mereka. Sesuai dengan situasi " masa kempen janji  macam-macam bila dah berkuasa batang hidung pun tidak nampak. Rakyat juga yang derita". 


APA YANG NAJIB, MUSA DAN BN TAKUTI BERLAKU LAGI. PERHIMPUNAN PERDANA PAKATAN RAKYAT PADA 27 APRIL 2013 (SABTU) BERSAMA ANWAR IBRAHIM DI PARLIMEN BEAUFORT DENGAN LAUTAN MANUSIA. PENGUNDI PARLIMEN BEAUFORT TAHU SIAPA PEMIMPIN YANG SEBENAR MEMIMPIN MEREKA. MISI PR TETAP SATU "MENUMBANGKAN BN. KEPADA AGENSI S
EPERTI SB, MIO, BTN, JASA, KEMAS , THINK TANK MANA-MANA SILA BUAT LAPORAN DENGAN BETUL. JANGAN LAPOR DENGAN MENGAMPU NANTI BURUK PADAHNYA. INI KALILAH!!!

Rekod Tan Sri Muhyiddin Yassin turun di Parlimen Beaufort sebanyak 2 kali juga mungkin boleh disenaraikan dalam Malaysia Book of Record dan kali pertama beliau menjejakkan kaki di Kuala Penyu (berucap mengutuk Datuk Lajim) adalah petanda Kuala Penyu pernah dilawat oleh dua pemimpin utama (PM dan TPM) negara. Sayangnya semua itu selepas Datuk Seri Lajim keluar dari BN. Jika tidak maka sampai kiamatlah dua pemimpin UMNO/BN ini tidak akan menjejakkan kaki mereka di Kuala Penyu.

UNDILAH CALON TERBAIK- BUKAN SEKADAR MAHU BN YANG TERBUKTI GAGAL DI KUALA PENYU. INGATLAH YANG MISKIN RAKYAT. YANG KAYA IALAH PEMIMPIN BIDAN TERJUN.  


Apabila gentar dan takut maka disitulah PM mengumumkan projek bekalan air Beaufort sebanyak 226 juta yang selama ini semasa Datuk Seri Lajim sebagai ahli parlimen di pohon berkali-kali bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang sentiasa terputus di Kuala Penyu. Jika dahulu Musa Aman, KKLW dan PM berkata "sabarlah peruntukan dan dana belum mencukupi untuk projek ini, kita akan masukkan dalam Rancangan Malaysia seterusnya".   Begitu juga sejak Azizah Mohd Dun menjadi ahli parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Tempatan tidak pernahlah pula Azizah berjaya menyelesaikan masalah bekalan air di Kuala Penyu itu, malah jalan-jalan raya di Beaufort dan Kuala Penyu kekal tidak dibina (ada jalan  dari sebelum merdeka tidak dibina). Hanya semasa Datuk Seri Lajim semua itu wujud. Itulah hebatnya Datuk Seri Lajim, berani dan berdiplomlasi menyelesaikan masalah rakyat. 

Sekali lagi! Hanya selepas Datuk Seri Lajim menjadi Ahli Parlimen Beaufort begitu banyak yang berubah. Atas sikapnya yang berterus terang, menyuarakan kepada PM pada masa itu, dan juga menyelesaikan dengan menteri-menteri dan jabatan berkaitan. Ini membuktikan betapa dalam BN pun kalau pemimpin itu dungu, tidak "perform" dan berkesan  maka pembangunan tetap terbantut. Dato' Azizah Mohd Dun menjadi Ahli Parlimen terbukti masalah tersebut itu berlaku. Jasa Datuk Azizah hanyalah projek penanaman Kelapa tepi jalan dari Menumbok ke Kuala Penyu (pokok mati) itu sahaja yang diingati oleh rakyat Beaufort. 

Kehadiran PM dan TPM ke Beaufort hanya mencerminkan satu perkara yang jelas iaitu kegagalan Musa Aman untuk meraih sokongan dan menyelesaikan masalah Beaufort.  Malah di Sabah umumnya. Kerana beliau gagal maka terpaksalah meminta bantuan Najib dan Muhyiddin turun padang. Beruntung parlimen-parlimen yang Musa Aman rasa khuatir tercicir oleh BN seperti Tenom, Kimanis, Papar, Lahad Datu dan Kota Belud. Penubuhan PPS oleh Datuk Seri Lajim dan APS oleh Datuk Wilfred Bumburing ternyata telah memberi kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat di Sabah apabila calon-calon mereka diberi peluang bertanding. Matlamat yang sama " Tukar dan Tumbang BN" mengukuhkan ikatan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kalau Musa Aman yang datang berkempen dan bersuara maka rakyat meluat dan tidak datang. Maka tiadalah laporan 50 ribu orang itu. Kesian yang hadir adalah rakyat biasa kadang bukan pengundi asal di kawasan tersebut. Apalah gunanya datang beramai-ramai tu kalau bukan pengundi di kawasan itu?....Najib oh Najib jadi Kuli Bataklah kau oleh si Musa Aman itu. 


Jika PM datang ke Parlimen Beaufort. Ketua Umum PKR juga akan datang ke Parlimen Beaufort pada 27 April 2013 (Sabtu). Kita saksikan siapa yang hadir esok. Rakyat akan tunjukkan sokongan mereka. Ayuh TUKAR BN di Parlimen Beaufort.



Thursday, 25 April 2013

KOTA MARUDU BAKAL MILIK PAKATAN RAKYAT!


KUASA RAKYAT

Oleh: Pemerhati Kota Marudu

Dalam PRU 2004 Maximus Ongkili hanya memperolehi majoriti 3,189 dan tahun 2008 dengan majoriti 4,198. Jika pada tahun 2008 calon PR Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau boleh mendapat undi 7,830 dan Roslan Mohd Zain (Bebas) boleh memperolehi undi 1,109 tentu Maximus Ongkili BN pada tahun 2013 tidak boleh duduk diam dan memandang rendah betapa 8,939 pengundi benci dan rasa tidak puas hati rakyat Kota Marudu
kepada Maximus.
 

Pakatan dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Tuaran dan Beaufort. 8 kerusi lagi yang diintai Pakatan ialah Sandakan, Putatan, Sepanggar, Tawau, Kota Marudu, Tenom, Keningau dan Penampang. Selain itu Kimanis, Kota Belud, Sipitang dan Pensiangan yang turut mempunyai isu-isu tempatan turut di masukkan dalam senarai yang boleh ditawan.



Kali ini kita meninjau Kerusi Parlimen Kota Marudu yang bakal melihat pertembungan penjuru antara BN, PR, STAR dan SAPP. Walaupun pertembungan PR, STAR dan SAPP 3 pembangkang di kawasan Kota Marudu ini dilihat merugikan namun persaingan lebih tertumpu antara Maximus Ongkili (BN) dan Maijol Mahap bekas Naib Presiden UPKO pemimpin berasal dari Kota Marudu ini.

Maximus seorang ahli Kabinet Persekutuan yang juga Timbalan Presiden PBS  tidak boleh memandang rendah dengan keupayaan Maijol Mahap bekas Senator di Parlimen yang banyak bersuara ini. Maijol sudah membuktikan kehadiran rakyat Kota Marudu di kediamannya semasa pengumuman beliau keluar BN.



Suara-suara lantang Maijol sebelum ini mengenai RCI dan NCR (Tanah Adat) membuka mata rakyat mengenai usaha-usaha membela rakyat. Misalnya isu tanah adat di Kota Marudu yang di ceroboh oleh syarikat-syarikat gergasi yang mendapat kebenaran kerajaan Negeri (Musa Aman) untuk membangunkan tanah milik rakyat yang diduduki sejak turun temurun oleh mereka.

Begitu juga dengan RCI, hanya beberapa hari Maijol Mahap meninggalkan parti, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak mengumumkan RCI. Gimik-gimik politik BN ini akhirnya terpaksa dibuat bagi meredakan kemarahan rakyat bagi menyiasat tentang projek IC di Sabah. 

Dalam PRU 2004 Maximus Ongkili hanya memperolehi majoriti 3,189 dan tahun 2008 dengan majoriti 4,198. Jika pada tahun 2008 calon PR Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau boleh mendapat undi 7,830 dan Roslan Mohd Zain (Bebas) boleh memperolehi undi 1,109 tentu Maximus Ongkili BN pada tahun 2013 tidak boleh duduk diam dan memandang rendah betapa 8,939 pengundi benci dan rasa tidak puas hati rakyat Kota Marudu kepada Maximus. 

Kali ini tahun 2013 pengundi Kota Marudu ialah 42,197. Apakah 8,939 pengundi ini akan kembali kepada BN atau pengundi PR akan bertambah? Dengan isu-isu yang berlaku di Kota Marudu, sikap wakil rakyat yang jarang turun ke Kota Marudu, tentu rasa tidak puas hati rakyat makin membuak betapa bencinya mereka kepada pemimpin parti komponen seperti PBS dan UPKO yang kini sudah termakan telunjuk Musa Aman UMNO. Syarikat-syarikat besar yang merampas tanah adat melalui kelulusan Ketua Menteri telah menghalau dan memusnahkan tanaman rakyat Kota Marudu yang dimiliki sejak turun-temurun. 



Begitu juga kerusi Dun Matunggung yang diwakili Jelani Hamdan dan di Dun Tandek calon PKR Parlimen tahun 2008 Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau bertanding. Apakah Sarapin Magana (BN- majoriti 2,982) dan Lasiah Baranting (BN- Majoriti 2,237) mampu bertahan kerana lawan mereka dalam PR bukan calang-calang. 

Apakah mereka akan mengundi BN? sama-sama kita nantikan apakah keinginan rakyat?Sejauh mana undi meningkat dan menurun di Parlimen dan Dun. 5 Mei akan menjawab segalanya. 

Wednesday, 24 April 2013

ANAK KAMPUNG BENCI MUSA AMAN -TAK NAK BN

Dengarkan lagu Anak Kampung Versi Tak Nak BN





 AYUH RAKYAT SABAH. TOLAK BN, 
TOLAK MUSA AMAN
JANGAN BIARKAN KELUARGA MUSA AMAN REMBAT SEMUA HASIL DALAM NEGERI INI
JANGAN BIAR TANAH DAN KAMPUNG TERGADAI

Monday, 22 April 2013

ANTARA MARUAH MUSA AMAN DAN KEKALAHAN BN DI BEAUFORT


Oleh: Hassan A


Rekod pencapaian cemerlang dalam PRU ke-12 dengan majoriti 10,914 tentu membayangi Datuk Musa Aman untuk menentang Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin di Parlimen P.177 Beaufort. Sebagai Janang Gayuh kepada suku kaum Bisaya yang terbesar di Parlimen Beaufort, Musa Aman mempertaruhkan Dato' Azizah Mohd Dun di Parlimen dan Isnin Aliasnih di Dun Klias.

Maruah Musa Aman lebih utama dari BN!!! Walau apapun Beaufort kamu-kamu yang dipilih jadi calon mesti buat kerja

Pertembungan PRU ke 13 kali ini adalah antara maruah Musa Aman untuk mempertahankan dirinya dari dimalukan oleh Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj Ukin. Lantaran itu sejak Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin keluar parti UMNO/ BN dan menubuhkan NGO Pakatan Perubahan Sabah (PPS) menyertai Pakatan Rakyat, Musa Aman tidak berhenti bimbang sehingga terpaksa membawa YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berkali-kali ke Parlimen Beaufort. Sesuatu yang pemimpin pusat jarang lakukan khususnya YAB PM dan TPM datang berkunjung ke Parlimen Beaufort. Begitulah tingginya tahap kebimbangan Musa Aman dan sanggup mempertahankan demi maruahnya. Malah sanggup berjanji kepada rakyat memancing undi. Sedangkan selama ini Musa Aman inilah yang menghalang kemajuan dan pembangunan Beaufort sehingga menyekat projek pembangunan yang baik supaya tidak kelihatan di bawa oleh Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin. 

Jika Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin sebagai wakil rakyat Parlimen Beaufort tidak bertegas dan memainkan peranannya di peringkat pusat semua pembangunan yang dibawanya tidak mungkin akan berlaku. Tetapi suara dan ketegasannya yang membawa kita kepada semua ini. Lihatlah berapa ramai wakil rakyat BN di luar sana yang bertahun-tahun menjadi wakil rakyat tetapi kawasan mereka ketinggalan. Mengapa? sebab peranan mereka tidak berkesan. Jadi bukan faktor BN tu penentu kemajuan, tetapi wakil rakyat yang berkesan.

Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin dan John OT Ghani semasa penamaan calon bersama rakyat jelata yang tahu dirinya sebagai pemimpin berjiwa rakyat

25 kerusi Parlimen di Sabah, belum tentu dapat di pertahankan oleh BN. Tetapi Musa Aman amat khuatir sehingga memberi tumpuan yang lebih di Parlimen Beaufort. Umum mengetahui sikap dingin Musa Aman sejak dahulu dengan Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin yang sentiasa lantang memberi teguran dan kritikan terhadapnya. 



Kita akan sama-sama melihat keputusan PRU ke 13 selepas 5 Mei 2013 nanti. Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin wakil rakyat yang mesra rakyat dan sentiasa turun padang serta berjasa kepada rakyat tentu akan mendapat simpati rakyat untuk kekal bersamanya. Umum mengetahui sikap dan sifat sebenar calon BN sekarang Dato' Azizah Mohd Dun (kemaruk kuasa sehingga menentang Datuk Lajim sebagai Ketua Bahagian) dan Pemangku Ketua Bahagian Beaufort Isnin Aliasnih (dikatakan panas baran, pernah menghulur senjata), tidak mesra rakyat juga sentiasa menikam dari belakang terhadap ketuanya. 

Rakyat dan pengundi di Parlimen Beaufort hari ini banyak berpura-pura menyokong BN kerana khuatir diugut oleh pemimpin BN di Parlimen Beaufort yang sudah tidak tertahan lagi mahu berkuasa. Oleh itu ayuh rakyat Beaufort kita tegakkan keadilan di Parlimen Beaufort. Segala jasa Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin terus tersemat dan perlu diterjemah dalam peti undi. Jika pemimpin BN memberi dana ambil, jika mereka berjanji dengar sahaja dan yang lebih penting ialah matlamat kita bersama KEKALKAN Datuk Seri Hj Lajim Hj Ukin sebagai wakil rakyat dan TUMBANGKAN BN. Dengan cara ini sahaja maka Datuk Musa Aman, Dato' Azizah Mohd Dun dan Isnin Hj Aliasnih dapat disingkirkan. Apakah rakyat Parlimen Beaufort mahu melihat campur tangan Musa Aman di Parlimen Beaufort? Bagi masyarakat Bisaya apakah kita tidak sedar dengan permainan orang luar untuk memecah belahkan bangsa kita yang kecil? Apakah melalui calon BN bangsa kita ini dapat dijamin masa depannya sedangkan kita sendiri tahu tentang sikap tamak mereka.

Percayalah dua beradik ini tidak akan pernah AMAN terhadap
Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin. Masanya akan sampai mereka akan
bertapak di Beaufort. Kalau bukan mereka keluarga-keluarga mereka. Amat penting bagi mereka calon-calon BN di Beaufort pro mereka. Sedarlah yang kaya raya adalah mereka tapi rakyat Beaufort sedang di "gula-gulakan". 

NAJIB PENING

Pening, pening, pening


UNDI PKR BERMAKNA 
UNDI DATUK SERI PANGLIMA HJ LAJIM HJ UKIN.

Sunday, 21 April 2013

Calon BN Dun N.26 Kuala Penyu Pernah di siasat SPRM


Fatimah Hj Bakar


Disiasat SPRM




Wences pernah menyingkir Limus di Kuala Penyu. Kini Limus menjadi calon atas pilihan Presiden  UPKOnya. DOMPOK membalas budi tanda terima kasihnya kepada Limus selama ini membantunya. 



Pernahkah anda mendengar kes bekas Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim  -ADUN Usukan dan Pembantu Menteri infrastruktur Negeri Sabah (sekarang PRU13 digugurkan), yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009? (sila klik) dan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan mengenai politik wang melibatkan ketua pemuda UMNO Khairy Jamaludin. Japlim Akim di bebaskan dengan jaminan.



Japlin Akim adalah antara pemimpin Umno yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno sebelum pemilihan itu tahun 2009. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga pengerusi Umno Sabah pula ketika itu mengumumkan Japlin kekal sebagai ADUN Usukan dan jawatan timbalan menteri yang disandangnya walaupun lembaga disiplin telah mendapatinya bersalah terbabit dalam politik wang. Begitulah uniknya politik Malaysia. Bersalah dalam parti politik tidak mengapa kerana jawatan mereka dalam kerajaan akan dikekalkan.Ekoran itu, keahliannya Japlim Akim dalam Umno digantung selama tiga tahun.


Menariknya Japlim Akim ditahan bersama seorang kontraktor tempatan, Limus Jury, Pengarah Syarikat Perwira Progresif Construction Sdn Bhd ketika itu yang kini adalah Calon Dun N.26 Kuala Penyu Sabah. Walaubagaiman pun Limus ketika itu bebas diikat jamin.


Japlin dikenakan ikatjamin RM100,000 manakala Limus Jury dibebaskan dengan ikatjamin RM300,000. Kedua-duanya dibebaskan dari balai polis Karamusing pada kira-kira jam 6.15 petang. SPRM ketika itu gagal melanjutkan permohonan tahanan reman ke atas Japlin dan Limus Jury selama empat hari lagi selepas mendengar hujah dari kedua belah pihak di prosiding yang diadakan di balai polis tersebut.

"Kedua-duanya ditahan oleh pasukan SPRM dari Putrajaya tanpa pengetahuan SPRM negeri dan dipercayai berkaitan dengan ‘politik wang' sewaktu pemilihan Umno bulan lalu," kata satu sumber.

Persoalannya bagaimana BN memilih calon yang mempunyai track rekod dengan Siasatan SPRM?. Apakah BN sudah ketandusan pemimpin yang berwibawa sehingga terpaksa melantik kontraktor yang kaya raya untuk menjadi calonnya dalam PRU13?

Apakah rakyat Kuala Penyu tidak bimbang melantik wakil rakyat seperti ini yang hanya akan sibuk sebagai ahli perniagaan? Dan dikhuatiri jarang balik ke kawasan?





Lain-lain artikel

Malaysiakini. SPRM: Ketua Pemuda Umno Sabah diikatjamin

idhamlim

Kenapa dun Usukan perlu wakil rakyat baru


GEMPAR SHAHRIZAT LEMBU DATANG BEAUFORT!!




Parlimen P.177 Beaufort di gemparkan dengan kehadiran Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato' Seri Shahrizat Jalil. Menyedari hakikat Beaufort adalah kerusi panas maka Shahrizat atau di gelar Shahrizat Lembu terpaksa turun padang membantu kudanya Dato' Azizah Mohd Dun yang kini bertanding di Beaufort.

Apa Beaufort dapat dengan Shahrizat? Bukti Azizah dengan Shahrizat  memang pemimpin tidak boleh pakai. Tumbangkan Azizah maka tumbanglah BN.

Dengan isu NFC yang berkaitan dengan keluarganya, pengundi Beaufort nampaknya ingin bertemu secara real pemilik projek keluarga bekas Menteri bernilai RM250 juta ini.

Kesian orang Beaufort. Dapat apa?

Shahrizat yang tidak dicalonkan di Parlimen Lembah Pantai memberi ruang kepada Dato' Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin nampaknya tidak perlu lagi membantu Raja Nong Chik berkempen di Parlimen Lembah Pantai sehingga terpaksa berkempen di tempat lain.  

Ayuh...Ayuh...Ayuh
Beaufort! Ingat Datuk Seri Lajim Ukin. Undi Datuk Seri Lajim Ukin