Nampaknya bacaan saya PKR akan terus mendedahkan isu berkaitan Musa Aman menjadi benar. Kali ini plot drama Musa,Micheal Chia dan derma 40 juta semain berkembang dengan baik.
Kita petik beberapa jalan cerita dan skrip drama ini dalam beberapa blog yang telah disiarkan. Mungkin Borneobullet.blogspot.com dan Sabahkini.net tentera upahan.... akan membantu menyelamatkan keadaan.
Hubungan antara kedua-duanya didakwa adalah dalam bentuk kenderaan SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh anak sulung Nazri, Nedim.
Dakwaan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini, yang menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal (foto bawah).
Katanya, dalam satu kes rasuah berprofail tinggi dan pengubahan wang haram sebelum ini yang didakwa melibatkan seorang ketua menteri dan orang yang membersihkan nama ketua menteri
"Jika ini bukan (rasuah), saya tidak tahu apa itu," kata Rafizi dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya, terdapat persoalan konflik kepentingan di mana Nazri harus mengambil tanggungjawab politik dan moral.
Berikutan ini, pemberita bergegas ke pejabat
Nazri untuk
mendapatkan komennya di mana beliau menafikan sebarang konflik kepentingan.
mendapatkan komennya di mana beliau menafikan sebarang konflik kepentingan.
Nazri menjelaskan bahawa jawapan bertulisnya kepada Parlimen mengenai perkara
itu datangnya dari Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM). Di samping itu, secara berseloroh, beliau
berkata, apa yang berlaku antara Chia dan anaknya tiada kena mengena dengannya
kerana anaknya sudah dewasa.
"Itulah antara anak saya dan Michael Chia ... Jika dia mahu beri Hummer atau Ferrari, itulah urusan Michael Chia."
Ada sesiapa yang nak mengucapkan tahniah?
Lain-lain