Oleh: http://kelapamawar.blogspot.com
Sejurus selepas sistem
penggiliran Ketua menteri Sabah yang diilhamkan oleh Tun Mahathir, menyaksikan
Ketua Menteri terakhir Sabah pada waktu itu ialah Datuk Chong Kah Kiat
ditamatkan, maka pengganti Chong Kah Kiat iaitu Datuk Musa Aman menjadi
'bertuah' kerana sehingga sekarang, Musa Aman mewarisi kepimpinan secara giliran
itu.Mungkin sewaktu Datuk Chong Kah kiat 'memperjuangkan' agar Musa Aman menjadi
penerus legasi sistem penggiliran KM di Sabah pada waktu itu, beliau tidak
terfikir bahawa Musa Aman akan bertindak keatas cadangan projek pembinaan patung
Mazu di Kudat, barangkali pada hemat Chong Kah Kiat dengan menunjukkan komitmen
padu ketika perlantikan Musa Aman selaku KM Sabah yang baru, Musa Aman akan
merelakan pembinaan patung tersebut. Namun semua meleset.Kerana Musa Aman tidak
boleh diperkotak katikan begitu sahaja, disebabkan beliau juga punya percaturan
politik yang sangat hebat.
Datuk Salleh Tun said,Tan Sri
Pandikar Amin dan beberapa yang lain juga tidak pernah terlintas bahawa akan
berlaku pengguguran yang mana mereka turut tersenarai pada PRU 12 yang
lepas. Namun Musa Aman bukanlah calang-calang orangnya sehingga ada pihak yang
mengatakan bahawa Musa Aman di Sabah mahu seperti Taib Mahmud di Sarawak. Mahu
berada lebih lama di tampuk kuasa. Di era Musa Aman ini bukan sedikit ahli
politik yang merasa 'tersisih'.Malah ada yang begitu lantang menentang pada
awalnya tetapi sunyi sepi pada akhirnya. Itulah kelebihan Musa Aman terhadap
musuh-musuh politiknya. Dengan kekuatan wang ringgit,segala-galanya boleh
dibereskan.
Di zaman Musa Aman inilah juga
berlaku banyak kes rampasan tanah adat milik rakyat. namun kes dan isu itu hanya
'panas' pada ketikanya dan berlalu tanpa apa-apa pun penyelesainya. Bukan
sedikit rakyat yang membawa kepengetahuanSPRM dan SUHAKAM,malah ada yang membawa
ke mahkamah, tapi sejauh mana ia menguntungkan rakyat yang terlibat?Itulah
kekuatan Musa Aman di Sabah.
Politik BN Sabah bergoncang
dengan hebatnya. Parti-parti komponen BN terutama LDP begitu tegang dengan
kepimpinan Musa Aman, tetapi Musa Aman tidak peduli kerana yang lebih utama
ialah mengatur strategi politiknya supaya terus kekal.
Sindrom penyisihan pemimpin
tertentu seperti yang berlaku pada PRU12 mula diulang tayang. sebab itu sekarang
pemimpin lama UMNO dan BN di Sabah mula berteka teki. Mereka takut apa yang
berlaku kepada rakan politik mereka pada PRU 2008 akan menimpa kepala mereka.
Sebab itu, Datuk Lajim mula melawan. Musa Aman mungkin menganggap bahawa Datuk
Lajim seperti Datuk Salleh, mula-mula melawandengan USBOnya tetapi layu dihujung
mekar dalam pelukan politik Musa Aman. Kali dalam hemat Musa Aman, sedang Datuk
Salleh dari rumpun paling majoriti kononnya boleh tidak dipedulikan, inikan lagi
hanya rumpun Bisaya yang bukan majoriti.
Datuk Musa Aman lupa bahawa
Datuk Lajim bukanlah seperti mereka yang terpedaya. Datuk Lajim punya rangkaian
akar yang kuat dengan Naib Presiden Umno dari pantai Timur yang mula mengintai
menyepak Musa Aman dari kerusi empuknya.Ramai team dalam UMNO Sabah.Sekalipun
Musa Aman berjaya membawa kemenangan BN di Sabah pada PRU 2012 nanti namun ia
tidak akan bertahan lama kerana hari-hari terakhir Musa Aman memberitahu bukan
sahaja pemimpin politik di Sabah yang mula menentangnya tetapi rakyat sudah mula
bangkit dengan INI KALI LAH slogannya.