Saturday, 18 February 2012

RCI PATI TIDAK UMUM, PANAS, PANAS,



Oleh  Brother Jack Jenggo 



Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO tentu lebih panas dari biasa apabila harapan pengumuman RCI PATI oleh PM  pada 16 Februari 2012 semasa lawatan PM Sabah tidak berlaku. Nampaknya apa yang Bernard katakan  "Ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah selama ini. Saya telah membangkitkan isu RCI pada mesyuarat kabinet sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini, tetapi ia tergantung tanpa sebarang keputusan". RCI di Sabah menjadi agenda "surprise" sekali lagi. Bila? sama-sama kita nantikan.

Musa Aman mungkin tidak akan selesa jika pengumuman RCI dibuat pada majlis yang dianjurkannya. Mungkin Najib mencari masa yang lebih sesuai dan tepat. 

Bernard terus menanti. Penantian satu penyeksaan!

Impian Bernard sebagai hero KDM dalam mempelopori isu RCI mungkin tidak disenangi oleh PBS dan lain-lainnya. Najib juga nampaknya tidak mahu menampakkan isu RCI seolah-olah dibawa oleh UPKO tetapi semua parti komponen. Musa Aman nampak banyak berdiam dalam isu RCI. Inilah strategi Musa "Berdiam" melenyapkan semua isu. Kaedah inilah yang digunakan dalam menangani isu-isu berkaitan dirinya di Sabah.

Tetapi apakah Bernard Dompok akan diam?

NAJIB PENAT BEKERJA MUSA AMAN LEBIH SELESA?

Najib terpaksa turun padang. Selamatkah Sabah.
Jangan confident sangat 
Oleh: Sukri Sidek


Najib seorang pemimpin yang bekerja keras berhempas pulas untuk menyelamatkan bala tenteranya dari BN tewas. Najib sejak dilantik menjadi PM telah banyak melakukan pelbagai transformasi untuk mengembalkan sokongan rakyat kepada BN. Kaedah turun padangnya nampak berkesan. Lantaran itu negeri-negeri kritikal BN seperti Selangor, Penang, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan habislah dikunjunginya. Para pemimpin negeri yang dilantik nampaknya tidak mampu berdiri sendiri melaksanakan tugas merampas kembali atau mempertahankan kerusi BN. Maka nampaknya Najib kelihatan begitu letih meronda Malaysia. Najib lah pemimpin yang paling melakukan banyak  'work about' berbanding pemimpin lain. 

Terbaru Najib mengadakan Lawatan Ke Negeri Sabah pada 16 Februari 2012 dan merasmikan Projek Pembangunan Sabah Ammonia Urea (Samur) di Sipitang  bernilai RM4.6 billion sebuah projek Musa Aman dan proksinya. Apakah kehadiran Najib kali ini telah meningkatkan graf sokongan rakyat kepada Musa Aman dan kuncunya?

Begitu Najib memahami masalah di negeri Sabah sekarang sehingga terpaksa turun untuk mempertahankan Sabah dan mungkin dapat menyelamatkan kedudukan Musa Aman sekarang. Ditengah kemelut pergelutan politik kepimpinan UMNO Negeri Sabah, perpecahan KDM, ketidakpuashatian presiden Parti komponen Sabah kepada Musa Aman tentulah semua ini memeningkan kepala Musa dan Najib. Bagi Musa tentulah kehadiran Najib ke Sabah memberi persepsi betapa Najib menyokong kepimpinan Musa. 


PRUke`13 mungkin tidak lama lagi sebagaimana bayangan Najib ketika berada di Sabah. Apapun politik Sabah tentu menarik. Sama-sama kita nantikan kehangatannya. 

Wednesday, 15 February 2012

SAYANG PARTI ATAU NAK JAGA JAWATAN?

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran supaya lebih menyayangi Umno dengan meletakkan jawatan daripada menyayangi jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang disandang kerana masalah peribadinya boleh menjejaskan parti.

Undur saja
"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak,” kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini.

Seorang pemimpin, kata Mahathir, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur, sambil memberi contoh, dirinya sendiri yang rela berundur secara sukarela selepas 22 tahun berkuasa.


"Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan.

"Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," sindirnya.


Mahathir mengulas komennya sebelum ini yang mahu Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, supaya berundur. "Kalau kita fikir ini baik bagi parti, kita patut ambil tindakan tetapi ini terpulang kepada dia untuk membuat apa-apa keputusan," katanya.


Shahrizat terpalit dengan skandal yang melibatkan keluarganya dengan dakwaan penyelewengan pinjaman mudah RM250 juta yang diberi kerajaan kepada syarikat penternakan lembu  Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dua kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan. Ketua Umno Cheras juga menggesa beliau berundur.

Nota:
Musa Aman dan kuncu-kuncunya juga harus berundur sebelum rakyat menolak mereka. cukup-cukuplah membolot semua.



Tuesday, 14 February 2012

MUSA AMAN PASTI AKAN TURUN!

 Oleh: Yunos Maringking

suatu hari Musa akan jatuh juga!
KESTABILAN politik serta kerjasama antara pemimpin dan rakyat di Sabah membolehkan agenda pembangunan yang dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman semasa  Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2,000 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sibuga dan Gum-Gum di Sandakan. 
Musa Oh Musa, nak duduk lama lagi untuk terus memimpin Negeri Sabah sampailah mati. Mungkin Musa mahu menyamakan dirinya setaraf dengan Ketua Menteri Sarawak yang paling memerintah.
Berapa lama sangatkah seseorang itu mahu menjadi Ketua Menteri atau Menteri Besar? Khir Toyo, Shahidan Kassim, Idris Jusoh dan ramai lagi telah menerima nasibnya. Pak Lah sendiri Perdana Menteri yang bangga banyak mendapat undi dalam tahun 2004 akhirnya menjadi mangsa pada tahun 2008 apabila rakyat mengurangkan penguasaan majoriti 2/3 BN dan merampas 5 Negeri. 
Lawan Tetap Lawan
Apakah BN akan mampu mengekalkan penguasaannya dalam PRU13? Begitu juga dengan Sabah yang bangga kedudukannya sebagai "Fixed Deposit". Seperti kata Musa  yang selalu angkuh "Pembangkang tidak mampu membantu rakyat melalui janji kosong,". Apa sangat dibangga dengan kerusi BN di Sabah sekarang. Dimana-mana suara sumbang mempersoalkan wakil rakyat telah mula kedengaran. Wakil rakyat yang tidak bekerja tentu akan menerima nasibnya. 
Musa yang menyeru kestabilan tapi dalam masa yang  sama berkonfrontasi dengan rakan-rakan BN yang dilihat menentangnya. Lihatlah bagaimana Musa menekan pemimpin-pemimpin Sabah seperti Shafie Apdal, Lajim Ukin, Rahim Ismail, atau mana-mana pemimpin parti komponen yang menegurnya. 
Begitu banyak isu-isu Musa Aman ini jika diandai seperti bom jangka pastinya akan meletup bila-bila masa. Namun seperti ahli silap mata Musa Aman pandai membaca mantera agar bom yang berdetik tidak meletup lagi. Tunggulah masanya akan tiba orang yang nak berkuasa akan jatuh dengan hinanya. 

Sunday, 12 February 2012

RCI DI UMUM 16 ATAU 17 FEBRUARI? SELAMATLAH UPKO?

Oleh : Masalinus Jurih
PM akan umumkan RCI pada 16?

Bernard mendesak ditubuh sebelum pilihan raya
KERAJAAN Persekutuan telah membuat keputusan tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok yang juga Presiden UPKO.
"Ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah selama ini. Saya telah membangkitkan isu RCI pada mesyuarat kabinet sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini, tetapi ia tergantung tanpa sebarang keputusan.
"Saya membangkitkan lagi isu ini pada mesyuarat kabinet terakhir (8 Feb) dan kabinet kemudiannya telah membuat keputusan. Perdana Menteri akan menangani seterusnya," 
Parti KDM di Sabah ialah PBS, PBRS dan UPKO. Masyarakat Kadazan Dusun Murut yang selama ini berharap RCI Pendatang Tanpa Izin Sabah di wujudkan melihat tiga parti utama mereka di Sabah. Siapa yang dapat memperjuangkan isu ini. Apakah Bernard Dompok boleh menjadi hero dan kedudukannya  akan selamat sebagai pejuang wakil KDM? Begitu mendesak sifatnya. Seperti kata Dompok "Sudah pasti sebarang Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dibuat sebelum pilihan raya umum diadakan." . 
PBRS juga sokong
tunggu
penggumuman PM
PBS yang dahulunya parti yang kuat tetapi sekarang  seolah"Segan Mati tak Mahu" terpaksa hidup dicelah telunjuk Musa Aman nampak bingkas bangun untuk turut sama memperjuangkan RCI. Pada Jumaat lalu ayam tambatan Pairin Kitingan,  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dipetik berkata tidak mustahil Perdana Menteri akan mengumumkan perkara itu di Sabah minggu depan.
PBRS di bawah kepimpinan Joseph Kurup juga mengintai ruang untuk mencadang RCI. Bezanya oleh kerana Joseph Kurup walau Presiden Parti tetapi selaku Timbalan Menteri bermakna peluangnya untuk bersuara dalam Mesyuarat Jemaah Menteri tidak berlaku. 
Dah terlalu tua bersuara?
Mari bersatu tumbangkan BN
Dicelah-celah ini muncul pula Jefry Kitingan (STAR) dan Yong Teck Lee (SAPP) berjuang untuk RCI. Ini telah menambah tekanan pada parti KDM. 
Oleh itu Parti KDM tiada pilihan maka mereka perlu mendesak menubuhkan RCI  begitu kuat sekali. Pemimpin UMNO pula berbelah bagi dan "playsafe" membuat kenyataan mengenai RCI. 
Tentu ini satu lagi perkara yang memeningkan Musa Aman. YAB Perdana Menteri juga nampaknya perlu membuat keputusan. sama-samalah kita nantikan keputusan PM. 
RCI? Bikin Panas!


PROJEK AMONIA APAKAH KESAN ALAM SEKITAR DAN RADIASI DIPERJELASKAN KEPADA RAKYAT?

Oleh: Orang Sipitang


Beginikah wajah sebenar Kilang Amonia Sipitang?


Projek Pembangunan Sabah Ammonia Urea (Samur) di Sipitang  bernilai RM4.6 billion dikatakan akan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Namun sebelum pelaksanaannya apakah Laporan EIA dan kesan radiasi Amonia di sekitar kawasan projek telah diumum dan diperjelaskan kepada rakyat?

Kesan Radiasi Amonia 100 meter apakah diperjelaskan
kepada Rakyat?
Apakah kita tidak belajar dengan kesan pencemaran radiasi yang pernah berlaku di negara kita dan juga negara lain? Peristiwa Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994 mungkin boleh menjadi iktibar. Hal-hal seumpama ini sepatutnya diperjelaskan keoada rakyat. Suara rakyat perlu didengar dahulu sebelum dilaksanakan. 

Siapa yang untung dalam Samur? sila klik 
Kronologi Kejadian Asian Rare Earth di Bukit Merah


Rakyat Mesti bertanya kepada PM.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sipitang dan merasmikan  Projek Urea dan Amonia (SAMUR) pada 16 Februari 2012. Pembangunan tetap pembangunan tetapi kesan pelaksanaan projek ini harus di maklum kepada rakyat.


Bangga betul pemimpin dengan Projek Urea dan Amonia ini. Megah berjalan.
Kalau di Semenanjung Malaysia dah lama rakyat berada di atas jalan raya
membantah dan ingin tahu maklumat. Fixed Deposit lah katakan.