Mutakhir ini
Masalah bekalan Elektrik di Sabah bakal selesai sebagaimana penjelasan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia. Ia adalah reaksi beberapa pemimpin Sabah semasa pertemuan bersama YAB TPM ke Sabah baru - baru ini.
Apa kata Menteri ini dulu Berita Harian
" Jika usaha itu gagal, pada masa itu kamu boleh pecat saya. Tindakan tepat yang perlu saya lakukan ketika itu ialah meletak jawatan kerana SAIDI adalah penanda aras dan termasuk dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian saya,” katanya. "
Sekarang... Target telah dicapai namun....
Mungkinkah ini jalan penyelesaian?
by S.CONNIE PEARL SUIL
Posted on February 17, 2012, Friday
KOTA KINABALU: Sabah dan Wilayah Persekutuan
(W.P) Labuan bakal mendapat tambahan kapasiti penjanaan sebanyak 300 MegaWatt
(MW) daripada sumber gas asli setelah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan
Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) memeterai perjanjian pembelian tenaga di sini
kelmarin.
Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd
(SESB), Ir. Hj. Abd Razak Sallim berkata dalam usaha penambahan kapasiti
penjanaan baharu itu, sebanyak RM129 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan
projek pembinaan talian penghantaran sejauh 50 kilometer (KM).
“Projek itu akan dibina dari Stesen Janakuasa
Bebas (IDP) Kimanis hingga ke Pencawang Masuk Utama (PMU), Kolopis
Penampang,” katanya di majlis menandatangani Power Purchase Agreement di antara
SESB dan KPSB.
Menurutnya, permintaan tinggi tenaga elektrik
yang pernah direkodkan pada beban puncak adalah sebanyak 830MW pada 28
Jun tahun lepas.
“Oleh itu, apabila projek ini bermula, ia akan
memberi impak positif terhadap peningkatan daya harap, kestabilan rangkaian
Grid Sabah dan W.P Labuan.
“Selain itu, mutu penghantaran dan pengagihan
bekalan elektrik kepada pengguna dapat dipertingkatkan dan seterusnya
menyumbang kepada penurunan gangguan bekalan elektrik,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai
Eksekutif Petronas Gas Bhd, Samsudin Miskon berkata perjanjian pembelian tenaga
itu merupakan salah satu inisiatif dalam rancangan kerajaan terhadap Pelan
Pembangunan Induk Bersepadu Kuasa Elektrik.
Katanya, rancangan 300 MW kapasiti itu dirancang
akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu setiap fasa mempunyai kapasiti 100 MW.
Beliau yang juga Pengerusi Kimanis Power Sdn Bhd
berkata, tarikh operasi komersial (COD) pertama disasarkan pada 1 Disember 2013
dan akan mencapai kapasiti maksimum pada 1 April 2014.
“Dijangka apabila siap, projek ini akan
menyumbang kira-kira 25 peratus elektrik daripada jumlah permintaan elektrik di
Sabah.
“SESB telahpun memberikan sokongan penuh dalam
projek yang dapat mengurangkan kos penjanaan elektrik ini serta bagi
meningkatkan kecekapan melalui teknologi yang unggul,” katanya.
Samsudin turut berharap agar perjanjian itu juga
akan menjadi kerjasama serta usaha dalam meningkatkan pembangunan ekonomi dan
sosial yang seterusnya menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di
negeri ini.
Turut hadir di majlis itu, Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Pangiran Hassanel Hj. Pengiran Mohd. Tahir;
Timbalan Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Dr. John Arrifin Hj. Abdul
Samad; Ahli Lembaga Pengarah Kimanis Power Sdn Bhd, Sukri Ibrahim dan Pengarah
Urusan Kimanis Power Sdn Bhd, M.Ali Ibrahim.
Nota:
Mungkinkah Kimanis Power boleh menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Sabah menggantikan SESB? Agak-agak siapa punya Kimanis Power ni?