Monday 13 January 2014

Serangan KK di malam hari. Apakah Sabah selamat lagi?



Kejadian kira-kira 25 premis di sekitar Kota Kinabalu yang mengalami kerosakan termasuk cermin pecah apabila sekumpulan enam remaja yang menaiki tiga kenderaan melepaskan tembakan. Dikatakan tembakan menggunaan senapang angin dan peluru guli/bola besi. Nampaknya Sabah seperti belum selamat. sepertinya ada ancaman yang menanti. Bagaimana kalau serangan berkenaan menggunakan sejata api sebenar? Apakah kita bersiap sedia?

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun dipetik sebagai berkata kejadian bermula pada pukul 11.45 malam dengn melibatkan 13 premis perniagaan di Karamunsing, sembilan di Luyang dan tiga buah bank di Inanam. 

Hamza berkata polis sedang menyiasat dan melihat dari semua sudut serta tidak menolak sebarang maklumat yang disalurkan selain mengadakan sekatan jalan raya dan Ops Cantas Khas bagi menyelesaikan kes itu. 

Dalam pada itu, katanya satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Omar Mammah dan dianggotai semua jabatan polis telah ditubuhkan. 

Thursday 16 May 2013

KABINET "TIMBANGAN" HASIL RAJUKAN MCA DAN GERAKAN


SENYUM MUSA "PAKISTAN " TENGIOK KABINET MALAYSIA BILA RAMAI BUDAK-BUDAK DIA JADI MENTERI DAN TIMBALAN.-TAHNIAH


Kabinet Berimbang
Akhirnya kabinet Malaysia sudah dibentuk. Di namakan Kabiner Berimbang. Kabinet yang menggabungkan ahli politik, korporat, golongan muda, NGO dan lebih penting penguasaan 13 Menteri dari Sarawak dan Sabah. Inilah kabinet transformasi yang dimaksudkan oleh PM Najib.

Tanpa MCA dan Gerakan yang merajuk nampaknya kabinet kali ini nampak tempang. banyak kerusi Menteri kepunyaan MCA dan Gerakan di beri kepada UMNO dan parti Sabah dan Sarawak. Inilah yang dinamakan "Yang menang diutamakan yang kalah cari tempat lain, yang boleh masuk semula dikitar semula".

Aura kabinet PM Najib ini nampaknya tidak begitu di senangi oleh masyarakat Cina. Tiada satupun Menteri dari kalangan Cina (Kementerian Pengangkutan kini direzabkan). EGM MCA yang menetapkan kalah maka tidak menyertai kabinet akhirnya memakan diri. Apakah dengan cara ini masyarakat cina akan bersimpati dengan MCA?

Gerakan pula, pemimpin gerakan tidak boleh menyertai kabinet persekutuan tetapi kabinet negeri boleh. Ini dipanggil lawak "kepentingan". Hanya kerana ketuanya kalah yang menjadi mangsa ialah pemimpin yang menang diterima rakyat. 

Apapun kabinet Malaysia sudah terbentuk. Yang dilantik jalankan tanggungjawab dengan amanah dan jujur. Bukan mengkayakan keluarga dan kroni. 

Tuesday 14 May 2013

KABINET MALAYSIA BAKAL DIUMUM TERDEDAH!



Dato' sri Mohd Najib Tun Razak - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 1 tu confirmlah.
Tan Sri Muhyiddin Yassin- Timbalan Perdana Menteri

Lain-lain tunggulah jam 5 ya. Sms telah berlegar sana sini mengatakan Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Penerangan.......

YB Sabah dan Sarawak pula berharap mereka dilantik lebih ramai menjadi Menteri Kabinet. Surat khabar Berita Harian dan Utusan pun sudah membuat spekulasi. Bah tunggu sahajalah....

Monday 13 May 2013

SALLEH SAID TIDAK DISENARAI, NASIR SAKARAN DIGUGURKAN, DOMPOK REBAH 10,216 MAJORITI, VICKY LDP MERATAP- APA KAU RASA GAMAN?

Oleh: Kakikukeko

Maaf gaman, Orang mu semua ku reject!
Musa Aman telah berjaya membentuk kabinetnya. Tiada lagi pemprotes tetapi semua YB bakal menjadi "pembuntut" dengan nya. Tiada lagi lagi pak geleng, semua pak angguk. Tahniah BN bawah Musa Aman yang begitu hebat merancang membunuh musuh politiknya. Kini tiada lagi yang perlu di risau. Malamnya penuh dengan mimpi indah paginya ke pejabat dengan mesin "duit" berjalan dengan sendirinya.

Si Salleh Said yang hebat menjadi penyalak dalam surat khabar untuk Musa Aman dengan sokongan padunya nampaknya tidak disenaraikan. Barangkali kekal menjadi Speaker. Kekallah dia berterusan begitu. 

Yang berkaitan dengan Shafie Apdal di gugurkan. Gugurlah si Nasir Tun Sakaran meneruskan legasi keluarganya dengan menjadi penjaga SEDCO. Harapnya majulah ekonomi Negeri Sabah. Adik Datuk Shafiee, Yusuf Apdal pun nampak masuk ke bakul juga. Begitulah cara Musa meletakkan semua menteri yang digugurkan dalam syarikat kerajaan negeri. Ada yang ke SLDB, SEDCO, Ketua Merinyu Projek, Lembaga Getah Sabah, SAFODA dan lain-lain lagi yang "kononnya" bertaraf menteri. 

Apa kau rasa gaman? rasa coklat, rasa setia semakin menebal? rasa dendam yang terpendam? oh banyak lagi?.

Begitu juga BN Sabah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Penampang apabila penyandang Tan Sri Bernard Dompok merangkap Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) tewas kepada calon PKR Ignatius Dorell Leijing dengan majoriti 10,216 undi. Ramalan ku benar belaka! pasti!. Dulu 2008 majoriti si Dompok ialah 3,063. Berapa tu jauhnya? Kenapa semua ini Dompok? kenapa rakyat begitu benci pada mu. Kau kata sokongan kuat. Apa sudah jadi? Itu bukti rakyat muak meludah kepada Dompok.

Nasib sama menimpa Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong, yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan.Cuma tahniah undi majoriti bertambah dari 176 kepada 1,088 undi. Tapi kalah tetap kalah. 

Di Semenanjung MCA dan Gerakan merajuk tidak mahu jawatan sebab kalah. Macam budak-budak pemimpin BN ni. Nak tutup bilik gerakanlah. Menang selama 50 tahun hanya kalah pada tahun 2008 dan 2013 dah merajuk. DAP yang kalah lebih 50 tahun  tu nampak bersyukur bila mereka menang 2008 dan 2013.

Apakah selepas ini Dompok dan Vicky meletak jawatan sebagai Presiden parti komponen masing-masing? Kesian Dompok. Budak-budaknya semua menang tapi dia kena gulung. Rasanya Dompok sepatutnya bagitahu dan umum kerana dia kalah teruk maka dia umumkan UPKO tidak perlu terima jawatan dalam Persekutuan dan Negeri kerana Presidennya kalah!..

Selepas ni mahu lobi Menteri juga ke? sudahlah. Ramai lagi pemimpin KDM di Sabah. Tidak payahlah nak mengejar semua tu. Fikirkan cara nak meletak jawatan sahajalah. 

Tan Sri Pairin Kitingan juga patut merasa malu.

Hugon Siou ini sebenarnya sudah tewas di atas kertas tetapi bernasib baik kerana adiknya Jeffrey mendapat undi 11,900 (STAR) dan PKR Stephen Sandor 7,825 undi. Jika tidak pecah undi..pasti lebih bersejarah dalam politik Sabah Hugon Siou KDM tumbang di Parlimen Keningau? mengapa agaknya semua ini terjadi? Pairin fikirkan. ini mungkin penggal terakhir beliau sebagai Presiden PBS.

Datuk Maximus Ongkili Timbalan Presiden PBS (bakal pengganti) ini pun perlu fikir dirinya kenapa pencabar terdekatnya hampir menewaskannya dengan majoriti 842. Dengan calon STAR (2,228) dan SAPP 444. Syukurlah kau Maxi. Begini ke tahap seorang Menteri Persekutuan dan Timbalan Presiden PBS. Jadi ukurlah baju di badan sendiri. Kenapa? kalau bukan kerana nasib kau dah dibakul sampahkan. Tentu ia sejarah menarik di Sabah..Presiden PBS dan Timbalan PBS kalah!....


Saturday 11 May 2013

KABINET SABAH PENUH DENGAN MACAI MUSA, NASIR TUN SAKARAN DI GUGURKAN



Musa Aman, Ketua Menteri Sabah sampai mati. Perangainya yang sama macam Harris Salleh belum lagi menguburkan keududukannya. Rakyat Sabah masih tunduk dengan "gula-gula' nya. Selepas Rahim Ismail kini  Datuk Nasir digugurkan. hebat Musa Aman!!!! Barangkali alasannya Musa dah lantik Datuk Ramlee Marhaban dalam kabinetnya...Jadi......nasir duduklah kau ya di SEDCO tu bertaraf Menteri.


Kota Kinabalu: Lima muka baru antara 11 anggota Kabinet Sabah yang dibentuk selepas Barisan Nasional (BN) menang majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Menteri Belia dan Sukan), ADUN Karambunai, Datuk Jainab Ahmad (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna), ADUN Paginatan, Datuk Siringan Gubat (Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat) dan ADUN Melalap, Datuk Radin Malleh (Menteri Pembangunan Luar Bandar). 

ADUN Tanjong Kapor, Datuk Teo Chee Kang dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas iaitu portfolio baru diwujudkan bagi menggantikan Kementerian di Jabatan Ketua Menteri yang sebelum ini dijawat ADUN Senallang, Datuk Nasir Sakaran yang digugurkan. 

Bagaimanapun, Nasir dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Sabah (Sedco) baru yang bertaraf menteri.

Akhirnya Musa menggugurkan Datuk Nasir Tun Sakaran - mengakhiri legasi Dinasti Sakaran dan orang -orang Dato' Seri Shafie Apdal di negeri Sabah. Nampaknya sumbangan Tun Sakaran membantu kempen Parlimen Silam tidak memberi markah tambahan buat Datuk Nasir. Apakah penggal ini adalah penggal akhir Datuk Nasir?

Musa Aman juga telah melantik proksinya Datuk Ramlee Marahaban seorang kontraktor jutawan sebagai Pembantu Menteri Kewangan untuk membantunya dalam Kementerian Kewangan Sabah. 



Kabinet Sabah 2013

Ketua Menteri/Menteri Kewangan
Datuk Seri Panglima Musa Aman

Timbalan Ketua Menteri (TKM)/Menteri Pembangunan Infrastruktur
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

TKM/Menteri Pertanian & Industrial Makanan
Datuk Seri Panglima Yahya Hussin 

TKM/ Menteri Pembangunan Perindustrian
Datuk Raymond Tan

Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan
Datuk Hajiji Haji Noor

Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar
Datuk Masidi Manjun

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Radin Maleh

Menteri Tugas Tugas Khas
Datuk Teo Chee King

Menteri Pembangunan Sumber & Kemajuan Tek. Maklumat
DPG Siringan Gubat

Menteri Belia & Sukan
Datuk Haji Tawfiq Datuk Hj Abu Baker Titingan

Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna
Datuk Hajjah Jainab Hj Ahmad Ayib

Assistant Ministers

Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri
Datuk Yong Oi Fan
Datuk Ellron Angin
Datuk Hj Arifin Arif

Belia & Sukan
Masiung Banah

Kementerian Kewangan
Datuk Ramlee Marahaban
DSP Michael Asang

Pembangunan Infrastruktur
Datuk Bobby Ahfang Susan
Datuk Ghulam Haida

Kerajaan Tempatan & Perumahan
Datuk Zakaria Idris
Datuk Joachim Gunsalam

Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat
Datuk Hajjah Hamisah Samah

Pertanian & Industri Makanan
Datuk Musbah Hj Jamli
Datuk Hj Sairin Karno

Pembangunan Perindustrian
Datuk Bolkiah Ismail

Pembangunan Luar Bandar
Datuk Nilwan Kabang

Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar
Datuk Pang Yuk Ming
Datuk Kamarlin Ombi

Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna
Pn. Anita Baranting

Monday 6 May 2013

RAHSIA KEMENANGAN BN TERDEDAH!



PANAS : Seorang Makcik Menuntut Duit Setelah Mengundi Calon BN Di Pejabat UMNO Baling




MARI LAH MARI MARI MEMBERI, KEKALKAN KEMENANGAN 
PADALAH BN



Yes...
Di Sabah tuntutan bayaran pengundi seumpama ini adalah biasa. Pengundi biasanya akan datang ke rumah calon bagi menuntut segala tuntutan seperti tambang, saguhati, dan lain-lain. Apa maksudnya?  Selain tu mereka wakil calon akan datang rumah ke rumah untuk memberi wang bagi mengundi.Apa maksudnya? hadiah, saguhati, cenderahati atau rasuah? Kesian rakyat Malaysia yang mengundi. Dengan hanya RM30 hingga RM160.00. Tergadai Negara. PR jangan mimpi mahu menang jika RM tiada. 

Segalanya atas muka bumi ini "Wang".

MUSA KEMBALI KUKUHKAN TEMBOLOKNYA, RAKYAT TERUS DIGULA-GULAKAN, PRESIDEN LDP DAN UPKO TUMBANG, SAPP DAN STAR RASAKAN PENGAJARANNYA, TSUNAMI CINA DI MANA-MANA, PR TERUSKAN PERJUANGAN


Kepada pejuang PR. Jangan berputus asa. Teruskan perjuangan. Fixed deposit BN di Sabah semakin berkurangan juga berbanding sebelum ini disapu semuanya. Masanya akan tiba rakyat akan menolak BN. Kalah dalam Pilihanraya bukan bererti kalah dalam perjuangan. 

________


Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di Kota Kinabalu hari ini.


Angkat sumpah berkenaan juga menandakan ia penggal keempat Musa mengetuai kerajaan negeri sejak pelantikan pada 2003 mengikut sistem penggiliran.

Musa menjadi ketua menteri selepas mengetuai kemenangan BN pada pilihan raya umum 2004.

Selepas pilihan raya umum semalam, BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN.

Bagaimanapun, BN Sabah kali ini kehilangan 12 kerusi DUN berbanding tiga pada PRU 2008.

Sementara PKR berjaya menembusi tujuh kawasan DUN iaitu Api-api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparuli, Klias dan Inanam.

DAP pula yang sebelum ini memiliki satu kerusi DUN, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas. Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor.


Tahniah Ignatius. YB muda yang berjaya menumbangkan Presiden UPKO.
Selepas ini Presiden UPKO akan hilang dari radar.Impian rakyat Sabah. Sekarang ni PBS dan PBRS pasti bersyukur simulut cibai ni tumbang!  


BN Sabah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Penampang apabila penyandang Tan Sri Bernard Dompok merangkap Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) tewas kepada calon PKR Ignatius Dorell Leijing dengan majoriti 10,216 undi.

Saya tumbang kali ini. Tsunami Cina akhirnya
membuang saya. Rehat selepas ni.

Nasib sama menimpa Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong, yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan.

Liew, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ditewaskan oleh calon DAP, Wong Tien Fatt dengan majoriti 1,088 undi.