Thursday, 18 October 2012

SUMBANG 40 JUTA DAN "TAK KENAL PENYUMBANG?"




Nampaknya Drama politik Sabah kali ini melalui episod baru. dari episod blog, media hinggalah ke dewan parlimen. Masing-masing bertahan dan menyerang. 

DULU

"Saya nafikan semua dakwaan ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia,"

"Malangnya terdapat pihak di luar sana yang akan terus mengitar semula tuduhan-tuduhan seperti ini apabila pilihan raya semakin dekat"

"Bagaimanapun Musa menambah bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa jika perlu namun menegaskan pada masa sama mahu memberikan fokus kepada negeri pimpinannya."

DAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu. 


"Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan. 



"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini, Khamis

KINI


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tiada masalah bagi Umno Sabah untuk menerima "sumbangan" berjumlah RM40 juta daripada seorang individu.

"Tiada masalah dengan sumbangan. Ia bukan kesalahan.


"Kalau nak jadikan kesalahan kita kena buat undang-undang," katanya ketika menjawab satu soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri itu memberi alasan, tiada kesalahan dengan transaksi seperti itu memandangkan tiada undang-undang untuk menghalang sumbangkan kepada parti politik.


Maka, sesiapa saja boleh menyumbang sebanyak mana yang mereka mahu, katanya lagi.

Jutawan balak Sabah Michael Chia pada 2008 ditahan di Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya, sebelum lelaki itu berjaya berlepas dengan pesawat ke Malaysia.

Chia ditahan dan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram.

Chia memberitahu penyiasat rasuah Hong Kong ICAC bahawa wang tersebut adalah untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.


Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.


Nazri dalam jawapannya di Dewan Rakyat, sehari sebelumnya berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang itu merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Musa.

Renung- renungkan

1. "Saya nafikan semua dakwaan ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia,"

2. wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

3. UMNO tak kenal penyumbang? Kalau orang lain dapat sumbangan, rasuah lah, agen asing masuk Malaysialah..tapi kalau UMNO dapat sumbangan...oh itu hak UMNO untuk menerima sumbangan. Tidak boleh didedahkan.

4. Bukankah alasan tak kenal, kemudian penyumbang RM40 yang kononnya tidak perlu didedahkan itu satu perkara yang terkena batang hidung sendiri. Kadang pemikir yang cari "alasan" ini bodoh sangap. Pendek akal. Bila dah tak tahu cara nak jawab maka " itulah sumbangan". 

5. Buat banyak -banyak lagi alasan macam ini. Boleh orang guna balik jawapan macam ini. Selepas ini kalau pembangkang terima dana luar"....jawab macam ni itu suka hatilah penyumbang adalah rahsia, apa salah mereka menyumbang?...