Oleh: Kakikukeko
|
Maaf gaman, Orang mu semua ku reject! |
Musa Aman telah berjaya membentuk kabinetnya. Tiada lagi pemprotes tetapi semua YB bakal menjadi "pembuntut" dengan nya. Tiada lagi lagi pak geleng, semua pak angguk. Tahniah BN bawah Musa Aman yang begitu hebat merancang membunuh musuh politiknya. Kini tiada lagi yang perlu di risau. Malamnya penuh dengan mimpi indah paginya ke pejabat dengan mesin "duit" berjalan dengan sendirinya.
Si Salleh Said yang hebat menjadi penyalak dalam surat khabar untuk Musa Aman dengan sokongan padunya nampaknya tidak disenaraikan. Barangkali kekal menjadi Speaker. Kekallah dia berterusan begitu.
Yang berkaitan dengan Shafie Apdal di gugurkan. Gugurlah si Nasir Tun Sakaran meneruskan legasi keluarganya dengan menjadi penjaga SEDCO. Harapnya majulah ekonomi Negeri Sabah. Adik Datuk Shafiee, Yusuf Apdal pun nampak masuk ke bakul juga. Begitulah cara Musa meletakkan semua menteri yang digugurkan dalam syarikat kerajaan negeri. Ada yang ke SLDB, SEDCO, Ketua Merinyu Projek, Lembaga Getah Sabah, SAFODA dan lain-lain lagi yang "kononnya" bertaraf menteri.
Apa kau rasa gaman? rasa coklat, rasa setia semakin menebal? rasa dendam yang terpendam? oh banyak lagi?.
Begitu juga BN Sabah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Penampang apabila penyandang Tan Sri Bernard Dompok merangkap Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) tewas kepada calon PKR Ignatius Dorell Leijing dengan majoriti 10,216 undi. Ramalan ku benar belaka! pasti!. Dulu 2008 majoriti si Dompok ialah 3,063. Berapa tu jauhnya? Kenapa semua ini Dompok? kenapa rakyat begitu benci pada mu. Kau kata sokongan kuat. Apa sudah jadi? Itu bukti rakyat muak meludah kepada Dompok.
Nasib sama menimpa Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong, yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan.Cuma tahniah undi majoriti bertambah dari 176 kepada 1,088 undi. Tapi kalah tetap kalah.
Di Semenanjung MCA dan Gerakan merajuk tidak mahu jawatan sebab kalah. Macam budak-budak pemimpin BN ni. Nak tutup bilik gerakanlah. Menang selama 50 tahun hanya kalah pada tahun 2008 dan 2013 dah merajuk. DAP yang kalah lebih 50 tahun tu nampak bersyukur bila mereka menang 2008 dan 2013.
Apakah selepas ini Dompok dan Vicky meletak jawatan sebagai Presiden parti komponen masing-masing? Kesian Dompok. Budak-budaknya semua menang tapi dia kena gulung. Rasanya Dompok sepatutnya bagitahu dan umum kerana dia kalah teruk maka dia umumkan UPKO tidak perlu terima jawatan dalam Persekutuan dan Negeri kerana Presidennya kalah!..
Selepas ni mahu lobi Menteri juga ke? sudahlah. Ramai lagi pemimpin KDM di Sabah. Tidak payahlah nak mengejar semua tu. Fikirkan cara nak meletak jawatan sahajalah.
Tan Sri Pairin Kitingan juga patut merasa malu.
Hugon Siou ini sebenarnya sudah tewas di atas kertas tetapi bernasib baik kerana adiknya Jeffrey mendapat undi 11,900 (STAR) dan PKR Stephen Sandor 7,825 undi. Jika tidak pecah undi..pasti lebih bersejarah dalam politik Sabah Hugon Siou KDM tumbang di Parlimen Keningau? mengapa agaknya semua ini terjadi? Pairin fikirkan. ini mungkin penggal terakhir beliau sebagai Presiden PBS.
Datuk Maximus Ongkili Timbalan Presiden PBS (bakal pengganti) ini pun perlu fikir dirinya kenapa pencabar terdekatnya hampir menewaskannya dengan majoriti 842. Dengan calon STAR (2,228) dan SAPP 444. Syukurlah kau Maxi. Begini ke tahap seorang Menteri Persekutuan dan Timbalan Presiden PBS. Jadi ukurlah baju di badan sendiri. Kenapa? kalau bukan kerana nasib kau dah dibakul sampahkan. Tentu ia sejarah menarik di Sabah..Presiden PBS dan Timbalan PBS kalah!....