SEKOLAH KU, JALAN SEKOLAH KU, SAMPAH KU SYURGA KU.
Ada rakan Facebook hantar mesej seperti ini
SK Pekan Semporna 2..
hanya kurang 2 meter ke pusat pelupusan sampah daerah semporna...
huhuhu..nda masuk tv pun.. tapi kalo kes di kelantan... masuk tv plak.. padahal nda dekat sekolah
Berapa lama?
Kenapa masalah sejak tahun 1990 ini tidak pernah selesai? Apakah arahan wakil rakyat hanya hangat-hangat tahi ayam?
Kenapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) gagal mengatasi masalah ini?
Syabas Naib Presiden UMNO..... Mana TV1, TV2, TV3, Astro ni? takut buat liputan kah? atau Sekolah ni sepatutnya di lawat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.
Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.
Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.
Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.
Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.
Apa telah terjadi? pegawai kerajaan kini sudah berani untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan secara terang-terangan. Jika dahulu pengawai kerajaan secara diam-diam memprotes melalui undi semata tetapi kini mereka berani berdepan dengan media malah hadir dalam majlis dan kempen kerajaan.
Mejar ni memang berani- KEPALA BATAS: Seorang Pegawai TUDM Mejar Zaidi Ahmad, membuat laporan polis ekoran dakwat yang dicalit dijarinya sewaktu mengundi awal semalam, hilang apabila dibasuh.
Zaidi yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara DiRaja Malaysia Butterworth, berkata, beliau terkejut apabila mendapati dakwat di jari telunjuk tangan kirinya luntur dan kemudianya hilang apabila dibasuh dengan air sabun.
Begitu juga dakwat yang dicalit pada tangan isterinya Shafinah Abdul Hamid turut luntur apabil dibasuh dengan sebuk pencuci pinggan magkuk.
Mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai, Seberang Perai Utara pada pukul 10.58 pagi tadi.
Seorang lagi yang turut membuat laporan polis ekoran kejadian serupa adalah Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim.
"Selepas menjalankan amanah sebagai pengundi pada pukul 12.30 tengahari dan balik mencuci untuk melihat sendiri adakah dakwat tersebut kekal ataupun tidak. Dalam pukul 1.00 tengahari ianya terjawab, " katanya pada media.
Kesediaanya membuat lapuran polis sambungnya, membuktikan dirinya telus, berani mendedahkan ekoran itulah prinsip ketenteraan.- Harakahdaily.net
Lautan manusia di Putrajaya semasa kempen Husam Musa- Tentu di dalam ni ada pegawai kerajaan
Fenomena ini nampaknya berlaku dimana-mana. Di Sabah penjawat awam ada yang berani berkempen dan yang bersembunyi pula akan melakukannya dalam bentuk undi. Ada yang diugut dengan perpindahan tempat bertugas, turun pangkat dan lain-lain lagi tetapi mereka tetap berani. Melengkapkan misi "Tumbang BN" dan menukar kerajaan BN kepada PR adalah lebih utama.
Keluarga En. Ginsos Tubong yang telah menerima bantuan rumah PPRT di Kampung Bundu Apin-Apin telah diarah mengesongkan rumah PPRT kerana menyokong parti pembangkang STAR. Arahan ini telah dibuat oleh AJK Bahagian PBS (BN). Ini adalah satu dari bukti bagaimana para petugas BN yang diarahkan oleh pihak tertentu untuk menjaga kedudukan mereka. Tempat-tempat lain juga wujud, ada yang dipaksa pasang bendera BN dan diugut kalau tidak sokong segala bantuan kerajaan sebelum ini ditarik balik.
Kepada Pakaran Rakyat (PR) sila berkunjung ke rumah En. Ginsos Tubong untuk membela dia. Misi utama ialah menumbangkan BN. Tapi hanya melalui PR hasrat ini boleh dicapai bukan melalui STAR parti kecil yang tidak boleh berbuat apa-apa. Para Pengundi jangan takut ugut dan pandangan orang lain. Tetapkan dalam hati. Sokong Pakatan Rakyat.
Terimalah satu hakikat dan betapa UMNO/BN sedang "bercakap-cakap" dikedai kopi atau di warung-warung betapa "Rakyat" kini bangun untuk menumbangkan BN. TV1, 2, 3 dan Astro barangkali tidak menyiarkannya tapi rakyat di kawasan amat sedar dan arif mengenainya. Undi protes jauh lebih besar kali ini. BN bersiaplah dengan sokongan rakyat.
Himpunan Perdana Pakatan Rakyat 27 April 2013 di Beaufort dengan ribuan rakyat
PR akan memenangi Parlimen P.177 Beaufort (Dun Klias dan Kuala Penyu). Musnahlah ego pemimpin BN di Beaufort. Parlimen Papar, Kimanis, Keningau pasti dalam genggaman.
Anwar di Parlimen Kota Marudu
Dalam PRU 2004 Maximus Ongkili hanya memperolehi majoriti3,189 dan tahun 2008 dengan majoriti 4,198, dengan kenaikan 1,009 undi sahaja pada seorang yang bertaraf Menteri Persekutuan. Jika pada tahun 2008 calon PR Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau boleh mendapat undi 7,830 dan Roslan Mohd Zain (Bebas) boleh memperolehi undi 1,109 tentu Maximus Ongkili BN pada tahun 2013 tidak boleh duduk diam dan memandang rendah betapa 8,939pengundi benci dan rasa tidak puas hati rakyat Kota Marudu kepada Maximus.
Anwar di Parlimen Sepanggar (Dun. Inanam)
Gelombang Rakyat: Rakyat menyokong PR di Parlimen Sepanggar. Ribuan rakyat di Inanam.
Pertandingan 4 penjuru di Parlimen Sepanggar tentu lebih sengit. Apakah Jumaat Idris dari BN boleh merampas semula kawasan ini? Nama-nama seperti Jeffrey Kumin @ John(DAP/PR) dan Chin Hon Kiong (SAPP) tentu akan menggegarkan lutut Datuk Jumat Idris Ketua Bahagian Sepanggar ini. Dengan kekayaan Datuk Jumat ini mampukah dia menang?
ANWAR DI PARLIMEN PENAMPANG
Rakyat bangun. mereka sedar Dompok perlu di singkirkan. Tidak senang duduk sekarang Dompok!
1. Tan Sri Bernard Giluk Dompok (BN) (13,400)
2. Anthony Tibok (Bebas) (696)
3. Livired Missih @ Willybroad Missi (Bebas) (404) 4.Edwin @ Jack Bosi (PKR) (10,337)
Majoriti: 3,063
TAHUN 2013
DENGAN PENGUNDI 43,502 KERJASAMA PAKATAN RAKYAT, TIDAK MUSTAHIL BERNARD DOMPOK BOLEH DITUMBANGKAN SEPERTI PRESIDEN SUPP TAN SRI DR GEORGE CHAN HO NAM DI DUN PIASAU SARAWAK KEPADA CALON MUDA
LING SIE KIONG DAP.
PAKATAN RAKYAT DI PARLIMEN LIBARAN
Juslie Ajirul tidak lagi akan mendapat kemenangan dengan mudah. Sahar Saka (Bekas AJK Bahagian dan Mohd Serman Hassinar AMK Sabah tentu tidak akan memberi ruang kepada orang kuat Musa Aman ini.