Saturday, 31 March 2012

UMNO BAHAGIAN BEAUFORT TOLAK AZIZAH?

oleh: Haji Hussin

Kurang Keras Tapi Cukup Panas?

Apa mesej yang cuba ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Beaufort apabila Setiausaha Bahagian Beaufort mengumumkan UMNO Bahagian Beaufort tidak mahu mencadangkan Azizah Mohd Dun sebagai calon Dun Klias Beaufort? 

Musa dan Azizah bertemu- Kenapa pula Nurnikman
pemimpin buangan ini turut sama? 
Nampaknya polemik politik Bahagian Beaufort berterusan lagi sejak Azizah Mohd Dun menentang Lajim Ukin sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort semasa pemilihan 2 tahun lalu. Azizah yang dikatakan sebagai tunggangan Musa Aman bertarung merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian telah tewas dan hampir tewas sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian dengan jumlah 40 undi.

Semua orang tahu Azizah memang tidak sebulu dengan Lajim Ukin. Lantaran itu majoriti AJK Bahagian UMNO Beaufort sangat tidak menyenangi Ketua Wanita UMNO ini yang ghairah mahu menumbangkan Lajim Ukin yang dianggap Janang Gayuh oleh kaum Bisaya di Sabah.

Permusuhan Musa Aman dan Lajim Ukin di Sabah bukanlah sesuatu yang baru dan asing. Sejak Lajim Ukin digugurkan sebagai Timbalan ketua Menteri oleh Musa Aman, dan usaha menjatuhkan Lajim dengan pelbagai cara termasuk terbaru mengarahkan semua Pegawai Daerah di Parlimen Beaufort tidak menjemput Timbalan Menteri itu merasmikan majlis kerajaan (seperti penyerahan BR1M DLL) dan peruntukan PPN Sabah di Beaufort dibekukan. Kerja siapakah ini?

Kenapa Azizah mempersoalkan peruntukan PPN Sabah yang dikatakan tidak wujud dipohon oleh Lajim Ukin ini? Apakah niat sebenarnya sehingga arahan pembekuan oleh Musa Aman? (Sila semak dengan Matusin Pengarah PPN Sabah mengenai arahan ini). 

Arahan ini dikatakan telah diselesaikan apabila YAB PM mengarahkan projek pembangunan seperti masjid dan kemudahan infrastruktur di teruskan. Apakah Musa dan Azizah menganggap Lajim Ukin ini bodoh?

Mereka bukan seperti  Jumat Idris yang mengampu. Dapat
projek KKLW berjuta tapi menjilat Musa Aman. 
Oleh itu kemelut yang berpanjangan ini tentu ada sebabnya. Justeru pengumuman oleh SU Bahagian UMNO Beaufort itu bukanlah sesuatu yang menghairankan dan menjanggalkan tetapi sudah dijangka. 

Apakah UMNO Bahagian Beaufort takut dengan Musa Aman?

Apakah agaknya reaksi SB, BTN, Kemas dan JASA di Beaufort? 4 agensi dibawah ketiak Musa ini tentu tidak akan berpihak kepada Lajim Ukin dan kumpulannya. Baca saja komen di Facebook sewenangnya mereka menganyang Lajim, SU Bahagian dan UMNO Beaufort kerana mendedahkan di media massa secara terbuka.

Apa pilihan? Kalau sudah semua sumber Musa Aman kuasai? Hanya yang bermuka-muka dan tidak ikhlas dengan UMNO sahaja akan takut dengan Musa Aman. 

PM kena dengarlah..Kalau orang dah tidak suka jangan letaklah jadi calon. Kalau kalah yang menyesal UMNO juga. 


Kenyataan Balas Pengikut Azizah


Kata Munah orang kuat Azizah.


“Umno Bahagian Beaufort tidak wajar membuat kenyataan sedemikian kerana hanya presiden parti yang berhak menentukan calon.

“Apapun persepsi segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab kami yakin Ketua Wanita Beaufort bersedia dipanggil oleh YAB Presiden untuk memberi penjelasan atas apa sahaja perkara yang berlaku di Bahagian Beaufort sekiranya diperlukan,” katanya.

Bukan tidak bertanggungjawab tapi dah tidak tahan dengan perangai Kak Azizah ni yang asyik pentingkan diri sendiri. Mesyuarat Bahagian pun tidak hadir mentang-mentanglahdia orang Musa Aman dan Menteri Penuh Sabah. Info yang kita dapat keputusan tidak membuat pilihan Azizah diputuskan bersama dalam mesyuarat pun telah dimaklumi oleh Azizah sendiri dan beberapa orangnya yang mengangkat undi tangan. Bagi saya kenyataan terbuka SU Bahagian ini adalah wajar biar Azizah ini sedar siapa dia. 

Rupanya mereka ini faham kuasa PM yang menentukan calon. Baguslah selagi kefahamannya  bukan Musa Aman atau semua Ketua Menteri/ Menteri Besar di negara ini.


Rasanya dah tiada penjelasan kepada Presiden parti. Mungkin Presiden pun dah maklum mengenai Azizah anak Mohd Dun ini. Siapa tak kenal keturunan Mohd Dun di Beaufort? Apa sumbangan besar mereka kepada anak bangsa Bisaya di Beaufort semasa menjadi wakil rakyat?




Friday, 30 March 2012

KALAU UMNO TAK SEDAR LAGI!

Oleh: Pemuda Baru Masuk UMNO

Tentu ada yang tidak kena bila Tun M bekas PM dan Presiden UMNO menegur UMNO agar menerima golongan profesional dalam UMNO agar UMNO tidak ketandusan pemimpin di masa akan datang. 

Pembangkang seperti PAS dan DAP mereka dah lama menerima profesional dalam parti mereka sebab itu ramai calon mereka seperti doktor, peguam, jurutera, profesor menjadi calon dalam pilihan raya.

Teguran Tun M ini mungkin berasas untuk UMNO fikirkan. Bukan sahaja golongan profesional tetapi golongan muda yang semakin hambar untuk jadi ahli parti UMNO. Jangankan nak jadi AJK atau pemimpin pemuda yang rata-ratanya keluaran Kelab UMNO Luar negara itu nak jadi ahli umno pun orang muda 'jijik'.Itu belum masuk golongan alim ulamak yang tidak mahu masuk UMNO. 

Di Sabah walaupun ahli UMNO paling ramai dari Negeri itu cubalah tengok dan siasat berapa golongan profesional dibawa bersama. ADUN pun ada yang bekas pemandu teksi, ada kasanova dan melepak di Hyatt 24 jam dan macam-macam lagi rupa. 


Ketua Pemuda UMNO Sabah misalnya yang disyor baru Musa Aman itu berucap pun tak pandai. Tergagap-gagap. Macam mana pemuda nak kedepan. Selepas Japlin Akim kelemahan Pemuda UMNO di Sabah diwarisi lagi oleh Hj Ag Kadim Tan. Selain dari jadi lembu ditarik hidung Musa Aman apa lagi yang hebat dilaksana oleh pemuda? Bagaimana Sabah nak kekal jadi Fix Deposit?

Kerja-kerja Ketua Pemuda di Sabah ialah datang ke KL cari menteri-menteri dan timbalan minta projek atas alasan mahu menjalankan kewajiban sebagai pemimpin muda.Cuba selidiki sekarang di Sabah berapa ketua-ketua pemuda di Sabah yang kaya-raya hasil projek KKLW dan anugerah projek Ketua Menteri?

Mereka lupa kerja paling asas iaitu datang ke kampung-kampung berjumpa orang kampung pun jarang mereka buat. Jadi orang kampung pun meluat dengan UMNO.

Perangai pemimpin Tertinggi UMNO pula kalau dilihat pemuda UMNO tu seolah-oleh tidak berada dalam radar mereka, cepat-cepatlah dipaksa letak jawatan. Tengoklah isu Azman bekas ketua pemuda Sabah yang diminta letak jawatan Musa Aman sebab tidak sebulu atau dilihat pro Shafie Apdal. Baru saja dilantik menjadi pengerusi pada anak syarikat Risda dan Musa Aman melenting. Pencacai dan penghasut Musa pula tidak henti-henti minta Azman di pecat segera. Kelam kabut dan sesak nafaslah Khairy Jamaludin Ketua Pemuda UMNO Malaysia membuat keputusan agar Azman digantikan. APakah situasi ini tidak real? Ala saya pun boleh akses juga dengan KJ ni. Saya tahulah.

Jadi macammana UMNO nak berkembang. Kalau dilihat pula pemimpin UMNO yang nampak menyaingi Musa Aman, didendam dan tanam sampai pemimpin itu susah lagi nak naik semula atau dibakul sampahkan saja asalkan kurang kuasanya. Anda boleh melihat sendiri siapa yang menjadi mangsa..



Masanya akan tiba jika segala bukti sudah tidak boleh dinafi. Itulah yang terjadi kepada Khir Toyo. Setelah tiada kuasa siapa lagi yang mahu membantu. Simpanlah kekayaan berbilion ringgit itu dahulu. Tuhan pasti akan tunjukkan suatu hari nanti segala yang dilakukan itu. 

Tun M pernah berpesan. "Berhenti semasa sedap". Tetapi berapa yang sanggup? itulah yang terjadi kepada Pak Lah... akhirnya hukumannya UMNO 2008 kehilangan majoriti 2/3. Apakah Najib juga mahu menerima nasib yang sama?

Contoh Lagak Menteri Besar
tidak boleh diikut.
Kuat ke Perak ni? menangpun
orang dah tahu caranya. Cukup-cukup
UMNO ni dari berlagak kuat
Satu lagi Ketua Menteri atau Menteri Besar di Malaysia ni jangan berlagak nak tunjuk terlalu berkuasa. Mentang-mentanglah Pengerusi Perhubungan UMNO/ BN Negeri maka sewenang-wenangnya lah mereka seolah-oleh menjadi pemegang utama senarai calon PRU13. Anda hanya sebagai pengerusi bukan penentu, yang menentu ialah Perdana Menteri. Kekadang yanCg jadi Menteri Besar tu menangpun kerana nasib dan kedudukan negeri pun bukanlah kuat sangat. Tapi lagak macam kuat tu dipalu seluruh negara. 

BERSARA SAJA APA NAK TUNGGU LAGI!

Mengenai MAHB.


1. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM574.138 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 berbanding RM474.964 juta yang dicatatkan pada 2010.


2. Perolehan operator lapangan terbang itu meningkat 11.6 peratus kepada RM2.754 bilion berbanding RM2.468 bilion yang direkodkan sebelumnya.


Ada orang berkata cara berniaga MAHB ini sesiapa jadi Pengerusi dan Pengarah Urusan tetap akan dapat untung berbeza dengan perniagaan Malaysia Airlines System (MAS) yang paling banyak risiko. Sebab itu kalau nak banding MAS dan MAHB bagaikan langit dan bumi. Satu pihak berniaga menerima duit, satu pihak mencari duit. Jadi MAS tak akan pernah untung selagi cara operatornya tidak menyaingi Airasia. 

Sebab itu Airasia bengang dengan MAHB, pelbagai sewa nak kena bayar menggunakan kemudahan MAHB. 

Berbalik cerita di atas mengenai Tan Sri Bashir Ahmad, Pengarah Urusan MAHB yang menyuarakan nak bersara kerana kontraknya tamat pada jun ini. Orang kita ni kalau ada ketua nak bersara situlah kita nak kata elok sambung dan macam-macam lagi. Kalau dah ornag nak bersara biarlah bersara lantik orang baru. Orang baru nak naik pangkat juga. 

Sepatutnya Pengerusi MAHB Tan Sri Dr Aris Othman pun yang dah tua dan sakit ghout ni perlu bersara dah. Berilah peluang kepada orang lain pula.

KLIA2 yang dijangka siap 2011 dah panjangkan lagi 2012 mungkin 2013 baru siap. Apa nak bangga sangat dengan pencapaian untung MAHB. Kota Kinabalu Airport (KKIA) yang menelan belanja lebih 1 bilion itupun belum siap dan dah di tunda siap berkali-kali. 

Nota:

Sudah-sudahlah ganti saja Bashir Ahmad itu. Arit Osman pun sama.




Wednesday, 28 March 2012

40 ribu tiada sijil lahir dan mykad di Dun Senalang Semporna?

oleh: Yusir Markiman

Anifah ni cakap je...tegur abangnya lah...maaf Kimanis mungkin ramai
juga begini..tengokkan jumlah pengundi Kimanis.

Bayangkan 40 ribu orang tiada sijil lahir, lewat daftar sijil lahir dan tiada mykad. Benarkan di Dun Senalang banyak lagi  yang tidak berdaftar? 

Jarang benar nampak mereka berdua atas pentas. 
Marahlah semua pihak. Ada yang minta ditangguhkan dan ditentukan terlebih dahulu dengan segala cara. Anifah Aman yang sejak dulu berdiam pun bingkas bangun join sebakul mempersoalkan. Entahlah isu tiada my kad ini sejak abangnya memerintah sehingga sekarang barulah kedengaran suaranya membela rakyat kononnya.

Lebih ironis yang tiada my kad dan sijil lahir ini diisukan di Dun Senalang di bawah Parlimen Semporna. Apakah ini satu maksud mencerminkan di Parlimen Semporna ramai sangat tiada kad pengenalan dan mendapat projek Kad Pengenalan? terkena juga Menteri Luar Bandar selaku ahli parlimen di kawasan itu.

Kalaulah dikatakan Ahli Parlimen menyokong semua permohonan itu memang akan bermasalah menteri itu. Nampaknya serangan kepada Dato' Seri Shafie Aphdal secara tidak langsung ini sangat mengena. Kita tengok silat Shafie Aphdal pula....


Persoalannya mengapa Anifah Aman menyerang dalam media secara terbuka?


Silat Nasir. Ini Kalilah Keluarga Sakaran vs Aman



Tuesday, 27 March 2012

SIAPA KSN BARU?


Apakah benar selepas isu SBPA reda perkhidmatan KSN akan ditamatkan? Isu SBPA telah jelas mencemarkan imej Najib.Khabarnya Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan akan menjadi KSN dan Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang sekarang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam akan menjawat jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan MOF. Siapa pula akan jadi KPPA?

Apakah isu SBPA Tan Sri Abu Bakar telah menjadi kambing hitam yang telah memungkinnya tidak akan menjadi KSN? kerana Abu Bakar adalah KSU paling lama berkhidmat di Kementerian Pertahanan. Kenaikannya sebagai KPPA telah mencerminkan bahawa Abu Bakar bakal menjadi KSN.

Walaubagaimanapun peluang masih terbuka kepada orang lain menjadi KSN. Seperti misalnya Tan Sri Fuad Datuk Bandar Dewan Bandaraya KL.