Saturday, 3 March 2012

VK LIEW Vs MPS

Apa pilihan VK Liew ada?176 tentu lebih tragis. Nasib VK Liew
Presiden LDP jika tidak dah lama bungkus

Akhirnya Datuk VK Liew Ahli Parlimen Sandakan mengenai ketidakcekapan Majlis Pentadbiran Sandakan (MPS) yang menjadi punca kekalahan calon-calon BN pada pilihanraya. 

"Memang kita tidak dinafikan ekoran kelembaban pentadbiran MPS yang kurang perhatian mengenai kerja-kerja penyelenggaraan kebersihan dan kerosakan prasaranan boleh mencacatkan nama baik kerajaan BN kerana apa yang telah dibuat yang tidak memuaskan hati rakyat. Malangnya yang terkena impak ialah para pemimpin BN," 


James orang kepercayaan Musa. Orang inilah
yang akan menyebabkan calon BN Kalah.
Mungkin benar kata-kata VK Liew
Benarkah MPS begitu lembap sekali? Jika dakwaan ahli Parlimen ini benar ini bermakna Datuk Ir James Wong yang dilantik oleh Musa Aman ini harus bertanggungjawab. Ada maklumat menyatakan MPS banyak mendapat peruntukan dari kerajaan. Namun banyak juga projek yang diluluskan oleh persekutuan dipulangkan semula kerana atas alasan tidak sempat dilaksanakan.

VK Liew Ahli Parlimen BN Sandakan wajar mengkritik Presiden MPS orang kesayangan Musa ini kerana jika tidak beliau dan calon BN lain akan tumbang dalam pilihan raya ke 13 nanti. VK Liew sendiri tentu masih di igaukan dengan majoriti tipisnya 176 Undi Sahaja. Bayangan undi calon DAP 8,121 tentu masih dalam ingatan.

Calonkan saja Presiden MPS tu sebagai ahli Parlimen atau Adun. Maka dia akan tahu bagaimana rasanya menjadi wakil rakyat. 

Friday, 2 March 2012

MUSA AMAN MUNGKIN BERSEDIA DI CALON SEBAGAI AHLI PARLIMEN?


Oleh:  AK Naddin AK Salleh


Dalam program Penerangan Perdana Zon 6 di Tawau baru-baru ini Ketua Menteri Ketua Menteri selaku PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, sekali mengulangi peringatannya dan sikap pura-puranya kepada semua anggota Umno dan parti komponen BN di Sabah supaya menerima secara terbuka siapa sahaja yang diputuskan pucuk pimpinan sebagai calon pilihan raya umum ke-13.

Bolehkah keluarga Musa menerima seadanya pencalonan seandainya Musa dan keluarganya tidak dicalonkan oleh YAB Perdana Menteri? atau di pindahkan kerusi di parlimen atau di mana-mana sesuai. 

Umum mengetahui Musa Aman, Anifah Aman dan keluargnya tidak mempunyai "base" di mana-mana kawasan melainkan menantukan sekarang Arifin Arif yang berasal dari membakut. Tapi Musa dan Anifah adalah berasal dari Beaufort. Lantaran itu kerana mereka ini tiada "base" maka keluarga Aman ini bertabur di seluruh Sabah mencari kawasan. Sebab tu Anifah Aman goyah di Kimanis. Desas desus mengatakan kawasan Sipitang, Lumadan, Beaufort turut diintai.

Kalau benar Musa Aman akur pada pimpinan parti janganlah lagi keluarganya mengugut kalau tidak di calon atau dilantik menjadi Menteri. Anifah Aman misalnya membawa TPM berjumpa PM untuk melantiknya menjadi Menteri Penuh persekutuan. Kalau tidak dilantik keluar parti. Inilah sikap hipokrit yang diulang tayang oleh keluarga Musa.

Musa pengamal politik dendam sering menyingkir musuh-musuhnya yang tidak sebulu. Yang menentangnya di pujuk dan diberi habuan projek untuk berdiam diri. Lihatlah Datuk Salleh Said yang dulu lantang mengkritik Musa sekarang apa jadi? sudah jadi budak 'jurucakap' Musa Aman. Jijik benar perangai Presiden USBO ini. Tidak konsisten sehingga membelakangkan Shafie Apdal. 

Fikir-fikirkan lah secara mendalam siapapun pemimpin kalau dalam UMNO pasti mereka akan ikut "kepala". Kalau Shafie, hajiji, rahim, lajim dan lain lain lagi yang jadi ketua semua orang akan ikut. Jadi apa yang PM dan pemimpin akar umbi takut dengan Musa. Lawan sahaja. Persepsi mengatakan keluarga Musa dipayungi oleh "Rosmah" harus dikikis. Jangan kerana cincin 24 juta yang dihebohkan maka PM hilang akal memikirkan sesuatu yang wajar untuk Negeri Sabah.


Jika Musa Aman dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Libaran ia adalah amat baik untuk meleraikan kemelut kepimpinan BN di Sabah bagi mengelaknya BN berkubur di Sabah seperti mana berlaku kepada Haris Salleh dan Pairin Kitingan. Ini memberi peluang kepada pemimpin BN lain menjadi Ketua Menteri yang baru. 




BADRUL OH BADRUL!!!

Badrul amin bercakap banyak? 
Penasihat Menteri Besar Selangor Dr Badrulamin yang terkenal dengan kata-kata" mufti Perlis bapak Setan" dan Anwar Imam Mahdi akhirnya menerima "paku buah keras". 




Kes Khalwatnya sangat mencelarukan. 

1) Dibelasah dam dikurung oleh 20 orang lelaki dibawa oleh suami berkenaan

2) Tidak mahu membuat laporan polis.

3)Hotel menafikan terdapatnya 20 orang samseng pada malam itu. CCTV membuktikannya

4) Enggan mendapatkan rawatan di hospital kerana cedera di belasah

5) Badrul kata pembantu diberi rasuah supaya tidak jadi saksi kes khalwatnya.

6) yang paling menggerikan...." badrul kata dia buat kaunseling jam 2 ke 3 pagi" tanyakan para pakar kaunseling agak-agak masa ni sesuai ke kaunseling" ini masa Qiamullail dan zikir munajat saja...

6) Begitu lama hal rumatangga si siteri orang yang dikaitkan dengan Badrul hanya selepas kes ini si isteri memohon cerai dari suaminya. alahai............

Sama-sama kita saksikan drama ini. Siasatan JAIP tentu akan menemukan jawapannya. Cumanya siasatan polis tidak dapat dilakukakan kerana Badrulamin tidak melaporkan polis. Apa yang nak ditakutkan Badrul..


Tuesday, 28 February 2012

SIAPA YANG KENA?


Berita Harian 28 Februari 2012 melaporkan..


Kalau Begitu ....kes-kes seperti ini mungkin berkaitan.


KELUARGA KITINGAN BERPERANG SIAPA YANG UNTUNG?


Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, TIMBALAN Ketua Menteri dan adiknya   Datuk Dr. Jeffrey Kitingan akhirnya berperang secara terbuka dalam media Sabah. 


Apa dah jadi dengan dua pemimpin KDM ini? Politik punya pasal adik beradik tidak sehaluan. Macammana lah agaknya mahu menumbangkan Musa Aman kalau hal-hal seumpama ini tidak dapat dibendung. Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan?berapa banyak parti yang disertainya? Jadi bolehkah anda rakyat Sabah menaruh kepercayaan kepada 'orang' seperti ini?


Musa Aman juga yang senyum memerhati bagaimana KDM berjaya dipecahkan. Pairin hadir mewakili Musa Aman dalam Majlis Penerangan Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan di dewan masyarakat di Keningau. Dalam Majlis ini Pairin menyelar adiknya? bijak ke? 

Kemudian Jeffrey membuat serangan balik kepada Pairin menceritakan pula drama pembohongan Pairin abangnya. Baguslah adik beradik dah menelanjangkan sendiri cerita peribadi mereka?

Mampukah PBS mengukir kemenangan? Apakah UBF dan STAR akan jadi pilihan? kerana pergolakan ini turut mencerminkan sikap pemimpin KDM di Sabah?

Musa juga yang bijak. Pairin pula kena getahnya.

Sunday, 26 February 2012

A & A di Kimanis mula terkial-kial?

Politik UMNO bergolak di Kimanis.Kubu BN ini yang diterajui oleh Adik Musa Aman dan menantunya bergolak kerana isu "politik orang tempatan" yang mahukan calon kelahiran tempatan bertanding di Parlimen Kimanis. Arifin Arif menantu Musa Aman mungkin agak selamat kerana berasal dari pimping membakut. Namun itu bukan juga jaminan. Selaku Pengerusi SEDCO yang dilantik oleh Mentuanya banyak projek SEDCO dilluluskan di membakut. Isu SEDCO memonopoli lesen pasir mungkin sedikit memberi impak yang tidak baik.

Bagi Anifah Aman pendatang Kimanis walaupun  berjaya membawa PETRONAS di Kimanis ia belum tentu memberi talian hayat kepadanya. Rakyat Kimanis pasti melihat apa kesan projek ini kepada mereka secara keseluruhannya. Karim Bujang Adun Bongawan yang nampaknya orang paling tersepit adalah wakil rakyat paling rugi dalam sejarah perkhidmatannya. Paling lama tetapi sekadar wakil rakyat biasa yang kurang mendapat tempat.