Saturday, 11 August 2012

JANGAN SOMBONG SANGAT



Najib turut melahirkan keyakinan BN negeri melalui barisan kepimpinannya yang hebat tidak akan goyang meskipun "sedikit berkocak" dengan segelintir pemimpin yang bertukar haluan. 


APA PUN ORANG KATA MISI UTAMA IALAH TUMBANGKAN MUSA DAN KELUARGANYA


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan wakil rakyat BN untuk melompat parti menjelang pilihan raya umum ke-13 adalah perkara biasa.

"Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya," beliau dipetik sebagai berkata.

Nazri berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa akan terapat pemimpin BN Sabah menyertai mereka tidak lama lagi.

Nazri juga berkata, tindakan Anwar menarik pemimpin BN yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum akan datang untuk menyertai pakatan pembangkang, tidak akan menjejaskan BN, lapor Bernama.

"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la...," beliau dipetik sebagai berkata.

Lajim dan Bumburing dah keluar...Bila lagi yang lain nak ikut? 




                           Senator BN- Datuk Maijol Mahap keluar BN

Sehari selepas kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah, seorang lagi wakil rakyat negeri itu, Senator Datuk Maijol Mahap dijangka akan berpaling tadah.

Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing.




Datuk Dr Marcus Mojigoh. Ahli Parlimen Putatan. Bila lagi nak keluar?

Walau sebelum ini dinafi oleh wakil rakyat ini. Namun siapa tahu akan datang. Datuk Marcus jangan main sembunyi sembunyi, nanti kena sembunyi oleh Musa Aman. Ingat tu..Yang penting Tumbangkan Musa Aman

Kalau Tan sri Bernard Dompok, faham-fahamlah mana dia nak berhenti. Dah jawatan Menteri diberi. Apa nak takut dia pun dekat kawasan bukan bagus sangat. Rakyat pasti akan tolak pemimpin Kadazan Dusun yang bermuka-muka macam Dompok ini.


ANDA SANGGUP BIARKAN KELUARGA MUSA BERMAHARAJA LELA?
KATAKAN TIDAK KEPADA MUSA AMAN DAN BN SABAH YANG ROSAK




RCI ANTARA DUA WAJAH



'saya dengar harapan rakyat melalui pemimpin BN. Sebab itulah saya tubuhkan RCI. Semua pemimpin BN Sabah mahukannya'," Najib



"Mereka berhak minta kerakyatan. Saya harap kita tak ada usaha untuk keluarkan mereka.

"RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu.- Mahathir



PM kata Sabah di Utamakan, Mahathir kata RCI tak perlu!




Perdana Menteri berkata beliau juga komited untuk membayar balik semangat muhibah yang dibawa oleh saudara-saudara timur itu ke negara ini, sepertimana komitmen Allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein dalam menggabungkan Borneo Utara dengan Malaysia bagi faedah bersama.

"Sepanjang tempoh 49 tahun yang lalu, Sabah telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia. Tahun lepas, sektor pelancongan di negeri Sabah telah menyumbang hampir RM5 bilion kepada ekonomi negara, dengan ketibaan lebih 2.8 juta pelancong, iaitu peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding tahun 2010.

Sabah dalam bahaya. PM kena selalu datang Sabahlah.
Saya nantilah..
"Pada keseluruhannya, Malaysia banyak bergantung kepada sumbangan negeri Sabah, dan oleh itu, kerajaan telah mengutamakan kebajikan negeri itu melalui Program Transformasi Kerajaan," katanya dalam entri terbaru blog beliau www.1Malaysia.com.my bertajuk 'Sabah di Malaysia - Situasi Sama-sama Menang', 

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan bekalan elektrik di Sabah agar konsisten selain membantu pengembangan MASwings daripada sebuah syarikat penerbangan khidmat masyarakat kepada sebuah syarikat penerbangan serantau bagi Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata melalui usaha berterusan kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Infrastruktur Luar Bandar pula, jalan raya di Malaysia Timur sahaja sudah membentuk 54 peratus daripada keseluruhan jumlah jalan raya di negara ini.

Katanya golongan miskin luar bandar juga telah menerima beribu-ribu rumah baru atau yang dibaik pulih, kesemuanya dilengkapkan dengan kemudahan asas bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

"Secara keseluruhannya, NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar memanfaatkan 27 daripada 32 kumpulan etnik di Sabah, dengan perbelanjaan sebanyak RM3 bilion bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan di negeri itu," katanya.


MAHATHIR KATA RCI TAK PERLU



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC' di Sabah, tidak perlu.

"Mereka berhak minta kerakyatan. Saya harap kita tak ada usaha untuk keluarkan mereka.

"RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu.

"Pembangkang akan mengatakan perkara ini dimanipulasi dan jika tidak kerajaan yang akan dipersalahkan," katanya.

Selain itu, bekas perdana menteri yang berkhidmat kira-kira 22 tahun itu berkata, beliau sebelum ini juga pernah didakwa menjadi dalang memberikan kerakyatan kepada pendatang asing.

"Saya dituduh kononnya untuk bawa orang ini. Kita tak payah bawa, mereka datang sendiri. Mereka bukan orang asing. 

"Mereka dah tinggal di Sabah sekian lama. Mungkin mereka rasa Sabah lebih selamat sebab itu mereka tinggal di sana," katanya lagi.


-----

Nampaknya kenyataan Tun M ini sudah mula merosakkan hasrat PM untuk menawan hati  rakyat Sabah melalui pengumuman terma RCI.. Apa dah jadi?

Sunday, 5 August 2012

Kegagalan Muhyiddin Menangani Isu?


Oleh: Khairuddin Omar


Keluarnya Datuk Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing daripada Barisan Nasional adalah satu lagi kegagalan BN menangani masalah ‘rumahtangga’ mereka dalam parti.

Menurut sumber yang boleh dipercayai Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri adalah orang yang dipertanggungjawabkan menyelesaikan masalah tuntutan pemimpin BN khususnya Datuk Seri Lajim dan Wilfred. Sikap acuh tak acuh dan pandang mudah Najib dan Muhyiddin telah memakan diri. Najib menganggap Lajim sebagai sahabat lama dan Muhyiddin pula menganggap Lajim seteru Musa. Muhyiddin orang yang dipertanggungjawabkan oleh Najib telah gagal melaksanakan misinya.

Minta turunkan Musa Aman memang saya tidak boleh.
Lain-lain seperti nak jadi calon atau minta gugurkan
calon lain OK. Tapi gugur Musa tak boleh. Dia banyak duitlah!
Tuntutan agar kepimpinan Negeri Sabah diubah (Asal Bukan Musa Aman) bagi mengukuhkan BN tidak layan. Sikap kroni dan nepotisme yang melampau telah menyebabkan rakyat Sabah muak dengan kepimpinan sekarang. Banyak janji tidak ditepati dan Musa hanya mengenyangkan juak-juaknya.

Kenapa Muhyiddin gagal menangani masalah Lajim dan Wilfred? Sikap memandang rendah dan melekehkan orang lain adalah sebahagian dari puncanya. Kalau benar Muhyidin mampu melaksanakan tanggubjawabnya hal keluar parti tidak akan  berlaku. Sekarang ni “senjata dah makan tuan”. Umum mengetahui Muhyiddin adalah pro Musa sejak dahulu sehingga adiknya Anifah Aman boleh dilantik sebagai Menteri Luar Negeri.

Apa yang yang mereka tahu ialah perangai nak memancing orang dengan janji manis agar  bersama BN. Akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Lawan tetap lawanlah jadinya.

Tahupun bahaya BN. Kenapa kerana Musa Aman seorang
susah BN nak buat keputusan. Kalau BN berkubur kerana Musa
masa tu menyesal tidak berguna.
Jika bermula 12 Ogos 2002 ramai ahli Parlimen BN Sabah beralih arah kepada PR (sama ada dalam APS atau PPS) bermakna akan bertambah parahlah lagi masalah Sabah. Masa itu barulah Najib, Muhyiddin dan Musa akan faham mengapa pemimpin BN protes kepada BN Sabah. Kena ingat mereka keluar BN bukan semasa mereka menang dalam PRU ke13 tapi semasa mempunyai segala jawatan. Mereka melompat secara bermaruah.

Najib memikul beban sendirian

Apa yang pasti Najib memikul beban ini berseorangan. Setakat hari ini tiada pula komen dan ulasan dari Muhyiddin mengenai isu Datuk Lajim dan Wilfred ini. Berdiam diri dan membungkam seribu bahasa akibat kegagalannya melaksanakan arahan Najib tentu menghantuinya sampai bila-bila?

Atau apakah ini strategi Muhyiddin membiarkan Najib lumpuh perlahan-lahan? Atau Najib ada perancangan lain menunjukkan rasa sedihnya dan membiarkan sahabatnya Lajim bermain di Sabah bagi menggugat kepimpinan Musa. Nak TUKAR Musa, Najib tidak berani.

Selepas ni bila dah parah kedudukan Najib. Datanglah Muhyiddin sekali lagi. Najib Kena undur sebelum rakyat tolak BN. Itulah yang berlaku pada Pak Lah. Tidak begitu?

Musa kata 20% Royalti minyak ‘tak logik’. PR kata Logik





Oleh: Yusof Seruji

Ketua Menteri Sabah, Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.

Kita tengok pula fakta-fakta berkaitan yang mungkin Musa sengaja sembunyikan. Kalau Musa tak respon bermakna tidaklah penting sangat. Tapi apabila dalam ucapan dan sesi temubual medianya  kerap kali menyebut mengenai royalti sebagai janji “bulan bintang” maka elok PPS, APS ataupun Pakatan Rakyat menumpukan juga isu ini.

1.               PETRONAS meraih keuntungan sebelum cukai RM90.49 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, meningkat 34.5 peratus daripada RM67.3 bilion yang dicatatkan tahun lalu. Ia didorong peningkatan pendapatan sebanyak 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion berbanding RM210.8 bilion tahun sebelumnya.   Dalam tempoh kajian, firma minyak negara mencatat keuntungan bersih RM63.01 bilion, meningkat 38.5 peratus daripada RM45.49 bilion yang diraih pada tahun kewangan sebelumnya. 

2.               Pada tahun 2012, Petronas dijangka menerima RM14.734 bilion dari sumber minyak Sabah manakala Sabah hanya akan menerima RM0.775 bilion dan itu pun tidak disimpan atau dilabur untuk generasi Sabah akan datang. Sambil itu, gas Sabah akan disalurkan melalui Saluran Paip-gas Kimanis-Bintulu yang kini sedang dibina dengan kos RM3.5 bilion untuk diproses di Bintulu dan tidak banyaknya ditinggal untuk penggunaan di Sabah.

3.       Pada tahun 1976, pihak Kerajaan Sabah telah menandatangani menyerahhak kesemua 100% sumber minyak dan gasnya. Kerajaan juga telah bersetuju menolak bayaran royalti minyak sebanyak 5% dan menggantikannya dengan persetujuan menerima bayaran tunai yang diperuntukkan dibawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974.

4.      Jika Sabah tidak menolak bayaran royalti 5% tersebut, hari ini, Sabah berhak menerima 10% daripada hasil minyaknya, iaitu 5% royalti minyak dan 5% bayaran tunai. 


5.           Minyak di Blok L & M telah pun diserah oleh Kerajaan Pusat ke Brunei tanpa sebarang pampasan kepada Sabah. Penyerahan dua telaga minyak yang sepatutnya memberi hasil royalti kepada Sarawak dan Sabah. Kalau 320 bilion hasil yang ada pada telaga itu, Kalau 5 peratus, (maka) jadi 16 bilion akan diperolehi. Jadi ia satu kerugian yang besar kepada Sarawak dan Sabah.

6.               Tujuan royalti minyak adalah bermatlamat membasmi kemiskinan sekaligus memberi manfaat majoriti rakyat di empat negeri pengeluar minyak, seperti 'Malaysian Borneo(Sabah/Sarawak)', Namun  sejak beberapa tahun lalu Sabah,Sarawak, Kelantan dan Terengganu di antara lima negeri paling tinggi mencatatkan kadar miskin dan kemiskinan tegar, meskipun mempunyai kekayaan sumber minyak.

7.      Pakatan Rakyat menegaskan semua negeri pengeluar minyak di Malaysia akan menerima royalti minyak 20 peratus jika gabungan itu mentadbir negara ini. Berbanding Lima peratus royalti sekarang.


Fakta Lain:


1.            Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, di atas tanah seluas 101.17 hektar merupakan komponen Projek Bersepadu Minyak dan Gas Asli Sabah-Sarawak yang sedang dilaksanakan oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas). Komponen lain dalam projek bersepadu berkenaan ialah pembangunan lapangan minyak dan gas di luar pantai Sabah dan pembinaan Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP).Projek SSGP akan melibatkan pembinaan saluran paip gas sepanjang 500 km (90 km di Sabah dan 410 km di Sarawak) melalui jalan darat yang akan menghubungkan SOGT di Kimanis, Sabah, dan Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak.

2.                  Kroni siapa paling banyak dapat projek ni?

3.                  Projek kilang baja urea ammonia Sabah (Samur) di kawasan seluas 67 hektar yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Sipitang bernilai RM4.6 bilion  merupakan projek usaha sama Petronas Chemical Group (PCG) dijangka siap pada 2015.

4.                  Sekali lagi proksi dan kroni Musa mana paling banyak dapat?

 Mungkin sebab itulah Musa Aman kata royalti minyak 20% tak logik!! Petronas pula setiap tahun umum untung saja. Rakyat tengok sajalah..Yang Sempat diberi BRIM 500. Kesian rakyat Malaysia. 

KM Sabah: Janji royalti minyak 20 peratus 'tak logik'

Senang nak kempen bila Musa kata royalti 20%  tidak logik. Dia dan keluarganya kaya raya dengan duit Petronas
tapi rakyat tidak dapat apa-apa. Jalan Raya macam tu juga. 

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.

Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini, Musa berkata wang dari hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.

"Itu janji yang tidak logik, sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur, kita sedar sejak sabah bersama-sama membentuk Malaysia, kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagai infrastruktur termasuk sekolah hospital, jalan raya dan sebagainya."


Nota:

Bertambahlah lagi rakyat Sabah marah dengan jawapan seperti ini. tidak begitu. Dahlah projek petronas dari Kimanis hingga SAMUR yang berbilion ringgit di Sipitang di belasah oleh keluarga Musa Aman lepas tu cakap pula royalti 20% tidak logik.

Nampaknya Musa Aman amat takut isu Royalti minyak dan PATI ini. Faham-faham. 

Najib ke Sabah umum terma RCI tapi Bumburing dan Lajim Kata patut dah lama umum

11 Ogos 2012 Najib akan ke Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen keluar BN, Najib dikatakan akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu. Wilfred Bumburing dan Lajim kata dah terlalu lama isu PATI ni. Sepatutnya dalam siri lawatan Najib ke Sabah dah lama umum. Sekarang baru nak umum terma sesuai. Nasi dah jadi bubur...Bagi Musa dan Shafie Apdal mereka tak apa kalau tak umum RCI sebab kawasan mereka ni paling ramai PATI. Kalau Najib dapat nasihat dari punasihat macam Musa Aman inilah jadinya. Najib dah diberitahu sejaj dulu agar membuat perubahan. Tapi tak nak dengar. sekarang dah parah barulah menyesal.

Musa Aman pula muka sombong bila BN dah goyang

Muka Najib yang resah - BN Sabah Bergoyang