Friday 13 April 2012

MUSA MASUK PERANGKAP PEMBANGKANG?





5:36PM Apr 12, 2012- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, dakwaan rasuah terhadapnya oleh laman pembocor maklumat Sarawak Report hanyalah "kitar semula" dan bersifat "semberono".




"Saya nafikan semua dakwaan ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam tempoh dua minggu, Sarawak Report yang beroperasi di London membuat dua dakwaan terhadap Musa.

Dakwaan pertama menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasatnya atas dakwanya mengeluarkan lesen pembalakan kepada adiknya Datuk Seri Anifah.

Sarawak Report mendakwa mempunyai dokumen SPRM - yang bocor daripada siasatan terhadap Chia, hartawan balak yang selalu didakwa sebagai rakan Musa - bagi mempertahankan dakwaannya.



Dakwan kedua melibatkan dakwaan anak Musa - Mohammed Hayssam dan Hazem - didakwa menerima suapan daripada Chia.

Laman itu mendakwa mempunyai dokumen rahsia daripada SPRM dan rakan di Hong Kong bagi menyokong dakwaan itu.

Sarawak Report mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan meneruskan kes itu.

Pendedahan balas semula Malaysiakini dan Sarawak Report

Laman pembocor maklumat Sarawak Report  hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.


Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia.

Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan.

Akaun bank Chia juga menunjukkannya menerima ratusan ribu dolar AS daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong Borion Enterprise, yang antaranya dimiliki hartawan balak Sarawak Ting Pek King.

"Ia menimbulkan persoalan kenapa keluarga Ting Pek King membayar sejumlah besar wang kepada akaun bank Micheal Chia? Akaun yang juga digunakan untuk mendanai anak lelaki Musa Aman di Australia," katanya.





Apabila Rafizi Ramli dan PKR membuat sidang akhbar semula dalam bentuk pendedahan baru Fasa seterusnya ialah meminta respon rakyat. Jika rakyat mengadilinya kesannya sangat besar kepada Musa Aman, adik, keluarga dan proksinya....

Wednesday 11 April 2012

BALAK TERBONGKAR SKANDAL TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH PULA MUNCUL

Kupasan terbaru blog sila klik


Timbalan Ketua Menteri Sabah, Yahya Hussin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga ahli parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob hari ini dinamakan sebagai dalang di sebalik skandal antara yang terbesar dalam sejarah negeri di bawah bayu itu.



sebuah NGO politik mendedahkan wujud salah guna kuasa apabila Ismail Sabri Yaakob bertindak memberikan penangguhan ‘khas’ kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KTKKK) untuk melaksanakan GP6 (Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi) dan GP7 (Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi). 

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah KPDNKK mengumumkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa 16 Oktober 2009, namun ia ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan menggunakan kaedah tersebut. 

Ekoran pelaksanaan itu, banyak koperasi yang belum bersedia yang majoriti koperasi milik Bumiputera dengan pelaksanaan itu dipaksa memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial hingga mengakibatkan kerugian besar. 

Dikatakan KPDNKK dan SKM bersikap dwi-standard terhadap koperasi di bawah CIMB Bank, iaitu KTKKK apabila diberi keistimewaan dan pelanjutan khas. 

Siasatan mendapati Pengerusi KTKKK adalah Datin Seri Panglima, Jouyah Md Yunin iaitu isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin manakala Ketua Pagawai Eksekutifnya pula anak mereka iaitu Norazli Yahya. 

Dikatakan surat penjelasan SKM kepada Setiausaha Jawatankuasa Portfolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2009 menyatakan pelanjutan khas sehingga 31 Disember 2011 itu dibuat selepas rayuan kerajaan Sabah yang ditandatangani Yahya Hussin dan ia juga atas arahan daripada Ismail Sabri sendiri. 

Turut didedahkan sepucuk surat oleh SKM bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi KTKKK, nombor rujukan SKM.IP. (UU)529A/1 bertajuk ‘Permohonan Melanjutkan Tempoh Pelaksanaan Model 2 Garis Panduan Koperasi Kredit Bersama CIMB Bank Berhad Oleh Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu. 

“Dalam surat ini menyatakan SKM dengan persetujuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada KTKKK untuk penangguhan khas pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang diluluskan Lembaga Pengarah SKM dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat,” 

Dikatakan KPDNKK dan SKM bersifat dwi-standard apabila ratusan koperasi Melayu Bumiputera lain terpaksa berdepan risiko gulung tikar ekoran pelaksanaan GP6 dan GP7 tidak membenarkan mereka menggunakan model tiga tetapi dalam masa sama hanya membenarkan KTKKK menggunakan model itu melalui pelanjutan khas.


Tuesday 10 April 2012

SKANDAL BALAK MAKIN TERBONGKAR?


oleh: Anif bin Osman

Sinar Harian

Pembangkang mendakwa mempunyai bukti berhubung skandal penyelewengan balak dan dana rakyat yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Menteri Luar dan Peguam Negara.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, mereka mempunyai dokumen urus niaga, penyata bank dan surat pengakuan seorang lelaki yang sanggup menjadi saksi yang dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Strategi pembangkang dibawah modus operandi pendedahan seumpama ini nampaknya sentiasa mendatangkan kesan sebagaimana mereka mendedahkan NFC dan lain-lain kes.Benar atau tidak benar mungkin satu persoalan tetapi cara menyampai di media dan blog ternyata tidak mampu menutup atau menahan dari perkara ini disebar luaskan.


Saya menjangkakan jika mereka berterusan dengan kaedah pendedahan secara dramatik dokumen yang mereka ada (jika benar) ia tentu akan memberi kesan kepada UMNO Sabah amnya khususnya Musa Aman dan keluarganya. 



Lambat laun YAB PM akan terpaksa juga menoleh kes ini jika hentaman berterusan dengan pendedahan baru hari demi hari. Siapa sangka Sharizat Jalil boleh berundur. Mencipta persepsi itu ternyata mudah

klik sini berkaitan

Kita lihat sejauhmana mereka berjaya menepis pendedahan ini. Jika  Musa Aman dengan kaedah "silent' sebelum ini berjaya melenyapkan isu tentang diri, keluarga dan proksinya kini gelombang blog dan media cetak memainkannya bertubi-tubi. Seperti NFC akhirnya TV terlibat sama. Apakah asakannya mampu ditepis? Permainannya bermula apabila Anifah menafikan dirinya melalui Malaysiakini.com ... Hebat pancingan dan strategi Pakatan Rakyat. 

Pandangan: Musuh Musa Aman bukan sedikit di Sabah tu. 

Anifah NAFI DISIASAT SPRM

Oleh : KUEK SER KUANG KENG, Malaysiakini.com

MENTERI LUAR, Datuk Seri Anifah Aman mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau secara rasuah telah menerima lesen balak daripada abangnya yang juga ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

MP Kimanis itu berkata, dakwaan 'terdesak' itu telah diada-adakan oleh pihak berkenaan.

Dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Ditanya sekiranya beliau telah disiasat SPRM, Anifah menafikan perkara itu dan itulah kali pertama beliau mendengar mengenai dakwaan seperti itu.

Beliau mengulas laporan laman web Sarawak Report, Khamis lalu yang mendakwa mendapat dokumen bocor SPRM yang mendakwa demikian.

-----------

Betulke dia tak tahu? Kalau tak tahupun memang sepatutnya tidak tahukan. namanya penyiasatan. Teringat semasa dulu mengenai hal yang Anifah tak tahu.



Zoom


Oh tidak..Memang tak jangka dan tidak tahu.
Bukankah ada yang tahu? siapa agaknya orang yang datang ke rumah PM bersama TPM pada malam sebelum pengumuman itu?..

Ialah masa nak lantik sebagai Timbalan mana Anifah aman mau. Dah asyik jadi timbalan je. So tolaklah jawatan. Tapi bila menteri.......erm..boleh tolak ke? itu beza orang yang ada prinsip dan tidak.. Syabas Ghafur Salleh..and bukan Datuk Salleh..

Sunday 8 April 2012

Aman brothers involved in Sabah timber graft?


Menarik kupasan sebuah blog....

Foreign Minister Anifah Aman has been a secret beneficiary of lucrative timber licences in Sabah thanks to his elder brother, Chief Minister Musa Aman, said Sarawak Report.


According to Sarawak Report, the documents form part of a major investigation by the MACC into timber corruption after an agent and nominee for Musa Aman, Michael Chia, was caught attempting to smuggle RM16 million out of Hong Kong in 2008.


The whistleblower website said it has in its possession leaked Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) documents showing its investigators had concluded that the Sabah chief minister had corruptly issued timber licences to his brother worth tens of millions of ringgit.