Thursday 9 February 2012

APABILA ORANG KIMANIS BANGUN MAHUKAN PERUBAHAN!

Oleh: Tukang Tembak

Gerakan Transformasi Kepimpinan (GTK) mahu Anifah Undur

Rakyatnya tolak Anifah- “Sebab utama kami menuntut agar Datuk Anifah diganti ialah kerana dia bukan dari Kimanis,” Kata  En. Ag. Mohd. Rizam  penganju“Sudah sampai masanya bagi seorang rakyat Kimanis sendiri mewakili kawasan kami. Cara di mana satu kawasan pilihanraya diwakili oleh orang luar sudah ketinggalan dan sepatutnya tidak lagi harus diamalkan oleh Umno. Cara ini adalah satu penghinaan bagi rakyat Kimanis, seolah-olah Kimanis tidak mempunyai seorang pun yang layak menjadi ahli Parlimen kami sendiri.”

Bangun menentang Anifah. Walau Petronas berpengkalan di Kimanis. Siapa punya lor? Ada AJK Bahagian Kimanis dapar manfaat? 
SELAMA 2 penggal keluarga Aman berkuasa Di Sabah tidak ada sesiapa yang berani menentang bersuara. Pemimpin UMNOnya bungkam membisu seribu bahasa. Kini rakyat Sabah mula sedar. Orang Kimanis bangun menuntut Perdana Menteri melakukan sesuatu. Jika YAB PM menyebut "winnable candidate" apakah ini suara kehendak akar umbi yang mahukan  calon "winnable candidate" dari kalangan calon tempatan? 

‘Beratus-ratus’ ahli Umno di P. 176 Kimanis sedang menuntut agar seorang calon baru ditandingkan mengganti tempat Datuk Anifah Aman bagi menjadi wakil kawasan itu dalam pilihanraya akan datang.

Dalam satu interbiu di sini, para pemimpin kumpulan yang menggerakkan apa yang mereka panggil Gerakan Transformasi Kepimpinan, berkata mereka menuntut perubahan ini kerana Anifah, yang juga Menteri Luar Malaysia, sudah terlalu lama menjadi Ahli Parliamen kawasan Kimanis, dan sudah sampai masanya beliau diganti. Mereka memaklumkan sudah tiga demonstrasi telah dianjurkan untuk menyuarakan tuntutan ini, pertama di Dewan Kg. Pimping pada 21hb Januari yang lalu, yang kedua di Dewan Lama Pekan Bongawan di hari berikutnya, dan yang ketiga selama dua hari pada 23 – 24 Januari di Dindong, Kg. Bambangan, Membakut

En. Ag. Kamis Ag. Ahmad, yang menjadi ahli Pemuda bahagian, dan telah mempengerusikan penganjuran demonstrasi pertama di Pimping berkata kehadiran adalah sekitar 500 orang, sementara En. Ag. Mohd. Rizam yang mengetuai penganjuran bagi demonstrasi di Pekan Bongawan berkata lebih kurang 700 orang telah menghadiri. Demonstrasi ketifa , mengikut ketua penganjur, En. Asno amat Muda, telah dihadiri oleh lebih kurang 300 ahli Umno. Semua peseerta demonstrasi telah menandatangani buku pendaftaran.
Apabila ditanya kenapa tuntutan untuk perubahan ini dibuat, Rizam berkata Anifah sudah terlalu lama menjadi Ahli Parlimen Kimanis dan sudah sampai masa beliau diganti. “Beliau telah mewakili Kimanis selama empat penggal,” katanya. “Sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Kimanis bermula di tahun 2004, beliau telah menjadi ahli Parlimen Beaufort, yang ketika itu merangkumi Kimanis, bermula tahun 1999.”
Kimanis adalah kawasan majoriti pengundi Brunei (lebih kurang 58 peratus), dengan kumpulan kedua terbesar adalah pengundi Kadazandusun (38 peratus) dan yang lain orang-orang China dan lain-lain kaum. “Kami tidak cerewet apa identiti kaum Ahli Parliamen kami asalkan dia berasal dari Kimanis.” - 
Asno Amat Muda - AJK Bahagian Umno Kimanis


Terpaksa Mengampu dan melapor kan kepada Isa Sabu MT angkat agar pertahankan Anifah?

Md Isa yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno merupakan ‘Bapa Angkat’ ke- pada Umno Bahagian Kimanis telah melawat Kimanis baru-baru ini. semasa lawatannya Setiausaha Umno bahagian itu, Haji Salleh Abd Wahid, melaporkan dan berkata Jawatankuasa Umno Bahagian itu mahu ketiga-tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) daripada parti itu di kawasan Parlimen Kimanis dikekalkan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Katanya mereka perlu dipilih semula untuk bertanding kerana masih diperlukan oleh parti dan rakyat di kawasan itu.
Ketiga-tiga wakil rakyat itu, ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang juga Menteri Luar dan Ketua Umno Bahagian Kimanis; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan, Datuk Karim Bujang dan Adun Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kimanis.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai hasrat Umno Kimanis itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu berkata, ianya merupakan satu sokongan padu yang cukup kuat daripada Umno bahagian itu terhadap ketiga-tiga wakil rakyat yang ada di kawasan itu.
“Sungguhpun saya tidak dapat membuat keputusan mengenainya, tetapi saya akan menyampaikan hasrat bahagian ini (Kimanis) kepada Presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat itu.
“Nampaknya perpaduan di bahagian ini tidak retak dalam memberikan sokongan kepada wakil rakyat yang sedia ada,” katanya.
Ditanya mengenai laporan akhbar sebelum ini bahawa kononnya adanya ahli Umno di bahagian itu yang mahu Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman ditukar pada pilihan raya umum datang,
Md Isa berkata, apa yang penting bukan sama ada anak tempatan atau tidak tetapi yang penting ialah sumbangan dan perkhidmatan yang boleh disumbangkan oleh wakil rakyat itu.
“Kesannya dari segi perkhidmatan itu cukup penting jangan tengok dari segi anak tempatan atau bukan anak tempatan di kawasan itu.
“Nampaknya dalam perjumpaan saya tadi dengan Umno Bahagian ini (Kimanis) mereka masih menyokong dan memerlukan perkhidmatan ketiga-tiga wakil rakyat mereka (Anifah, Karim dan Mohd Arifin) serta mendapat sokongan Jawatankuasa Umno Bahagian termasuk sayap parti, Wanita, Pemuda dan juga Puteri Umno Bahagian,” katanya.

Nota:

Mat ISa Sabu sebagai MT Bapa Angkat sepatutnya tidak boleh melaporkan laporannya kepada pihak luar. Fungsi Bapa Angkat ini ialah melaporkan hal sebenar kepada Presiden Parti. Jika laporan dalam seperti demontrasi di atas tidak dilaporkan dengan betul hal-hal beginilah yang akan merosakkan UMNO. Mesti dilapor dengan betul. dari segi sokongan AJK Bahagian, rakyat DLL. Inilah fungsi sebenar. Bukan melaporkan memang bersatu hati, UMNO kuat dan sebagainya. Mat Isa mana boleh bertindak bagi pihak UMNO Kimanis memperbetulkan kekusutan mereka. 


1 comment:

Anonymous said...

Mana keturunannya erti brhenti