Tuesday 13 March 2012

Pengorbanan Sharizat dan Tak campur tangan PM




Oleh: Arman Budiman


Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Salleh Ismail (suami Shahrizat) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta milik syarikat itu. Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan mengikut Akta Syarikat 2001 kerana melakukan kedua-dua perbuatan itu tanpa kebenaran mesyuarat agung. Salleh mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin RM500,000. Beliau dituduh menyalahgunakan RM9,758,140 untuk membeli dua unit kondominium dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat milik keluarganya, National Meat Livestock Corporation Sdn. Bhd


Peletakan Jawatan Shahrizat sebagai Menteri


Bukan sedikit yang memuji sebagai satu pengorbanannya kepada kerajaan dan parti. Dan tidak sedikit juga yang menyindir serta memerli tindakan Shahrizat. Begitulah dalam politik pandangan pelbagai 'warna'. Najib PM pun memuji juga. 

petikan:

Media massa, antara lain, memetik Mohd Najib sebagai berkata bahawa Shahrizat “mengorbankan diri demi Kabinet dan Umno.” Untuk itu, Mohd Najib memuji beliau. 
Perdana Menteri memberi tahu pemberita di Pekan petang semalam yang tindakan Shahrizat meletakkan jawatan apabila tempoh pelantikan beliau sebagai Senator berakhir 8 April ini adalah tindakan tepat.
 Mohd Najib menambah, walaupun tidak ada bukti setakat ini yang Shahrizat melakukan apa-apa kesalahan, tetapi kerana isu NFC telah mencetuskan kontroversi dan pertikaian, beliau bersedia mengundurkan diri daripada kerajaan.



 KADIR Jasin menulis dengan penuh sindiran persoalan yang dikemukakannya.



1. Perdana Menteri tidak campur tangan sama ada Shahrizat kekal dalam Kabinet atau meletakkan jawatan;
 2. Shahrizat mengambil pilihan “mengorbankan diri” demi Kabinet dan Umno” bukan kerana didesak oleh sesiapa;
 3. Kita tidak akan tahu sama ada Perdana Menteri telah mengambil keputusan sama ada menyambung atau tidak tempoh pelantikan Shahrizat sebagai Senator selepas 8 April ini; .
 4. Adakah peletakan jawatan Kabinet akan mengurangkan pengaruh Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno atau mengurangkan tekanan ke atas pergerakan itu bagi mempertahankan kewibawaan ketuanya?;
 5. Adakah anggota Kabinet lain yang ada masalah kewibawaan kerana mereka sendiri atau kakitangan mereka dibabitkan dengan kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan mengikut jejak Shahrizat; dan
 6. Adakah Perdana Menteri akan menggugurkan watak-watak bermasalah seperti itu daripada senarai calon “winnable” (calon boleh menang) beliau dalam pilihan raya umum yang menjelang?

Rasanya banyak lagi perkara lain selepas kita tahu perkara ini.

1. Rasanya isu kepimpinan UMNO di Terengganu belum lagi selesai?
2. isu kepimpinan Perlis juga belum selesai?
3. isu kepimpinan Negeri Perak juga belum selesai?
4. isu Sarawak juga belum selesai?
5. Isu kepimpinan negeri Sabah juga belum selesai? Musa Aman terus berkuasa?
6. Isu Kepimpinan negeri Kelantan juga belum selesai?
7. Isu Kepimpinan Negeri Selangor juga begitu?

Nampak Najib terlalu bermain game "playsafe". Program turun padangnya begitu kerap sekali, transformasinya begitu menyerlah. Daim kata Najib dalam landasan yang betul. Najib bergerak sendiri dengan gagah dan semangatnya. Tapi wakil rakyat BN sedia ada di kawasan ada yang dah ditolak, ada yang dah lupus tarikh, ada yang tidak turun padang, ada yang sangat-sangat dibenci. Jadi dilema rakyat dalam PRUke13 nanti ialah sama ada mahu mengundi BN atas Gambar Najib atau gambar calon BN mereka. Kerana yang bekerja dan berkhidmat untuk sebagai wakil rakyat nanti ialah 'wakil rakyat mereka di kawasan' bukan Najib di Parlimen Pekan sana. Jadi Rakyat dalam dilema. Gambar dacing dan Najib mungkin tidak berkesan lagi seumpana dalam 2008, Poster Abdullah Badawi dicetak lebih banyak berbanding poster calon.

Jadi.....


No comments: