Wednesday, 25 April 2012

APABILA PEMIMPIN SABAH MENAFI...




Dulu dua beradik, Musa dan Anifah menafi tentang penglibatan mereka dengan projek balak dan hubungan dengan Micheal Chia. Mereka nafi sehabis nafi walau sarawakreport terus menyiarkan hal mereka.

Kali ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandu, Noor Azman Azemi, yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis wanita, Zahida Rafik.

Shafie menjelaskan bahawa segala yang tertulis di dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman adalah tidak benar sama sekali. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Shafie turut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.


Nak selamat kena nafi dan jawap. Yang orang tidak sedar ialah pancingan orang yang membuar pendedahan secara perlahan-lahan. selepas Nafi mereka dedah lagi maklumat baru. sehingga orang itu akan tunduk dan serah diri. Lihatlah Sharizat yang akhirnya terpaksa turun. Dulu siapa percaya....

No comments: