Friday, 9 March 2012

Musa Aman dah mungkin tidak boleh dikalahkan?


Oleh: Fairus Aman 

Dalam Genggaman
Musa Aman mungkin sekarang sudah mula mengukuhkan kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Ketua Menteri Sabah. Dengan siri lawatan YAB PM/Presiden UMNO dan YAB TPM ke Sabah ia sudah tentu dapat memujuk PM dan TPM untuk mengekalkannya. Apakah mustahil bagi seorang bernama Musa Aman memperolehi RM200 juta untuk menanggung kos pilihan raya di Sabah? 

Musa Aman telah menggerakkan misi lawatannya dalam siri penerangan perdana isu semasa di negeri Sabah. Dibantu oleh Biro Tatanegara, JASA dan agensi lain dibawah genggamannya apakah musuh-musuhnya berjaya menumbangkannya?

Star, UBF, SAPP, SPF, Amanah, dan lain-lain lagi yang ada ternyata sekarang di atas kertas dan realiti amat sukar untuk menewaskan Musa Aman. Tentunya situasi seperti Harris Salleh yang tumbang dalam Berjaya tidak dapat disamakan sekarang. Dr Jeffery, Yong Teck Lee dan lain-lain lagi pemimpin 'kitar semula' nampaknya adalah seperti penambahan 'rempah ratus' politik di Negeri Sabah.

Muhyiddin sejak dulu dalam genggaman Musa...Shafie Apdal
pula asyik dengan caranya.
Politik dendam, memperkayakan proksinya dan 'pecah & perintah' Musa Aman sudah cukup mengukuhkan kedudukannya dan memecahkan strategi musuh politiknya. Berapa bilion projek yang dibawa Musa Aman melalui petronas? atau juga jutaan projek melalui proksi-proksinya?

Perdana Menteri atau Presiden UMNO 'flip flop' tentu tiada pilihan selain menurut kehendak keluarga Musa Aman ini yang hari ini dikatakan telah berjaya mendampingi 'Rosmah Mansur'. Kekuatan keluarga Aman satu di Sabah dan satu di Persekutuan tentu menggambarkan kepada musuhnya jangan bermain dengan keturunan "benggali" ini. 

Jadi kepada semua musuh-musuh politik Musa Aman, anda semua jangan bermimpi menikmati berkuasa di Sabah. 



No comments: