Wednesday 27 February 2013

Pendatang berjuang di bumi kita.


Kumpulan penceroboh Filipina di Lahad Datu berikrar untuk mempertahankan diri sekiranya pihak berkuasa negara ini mengusir mereka dengan kekerasan daripada kawasan perkampungan nelayan yang diduduki sejak awal bulan ini.



“Kami bersedia mempertahankan diri,” kata Azzimudie Kiram, abang kepada Jamalul Kiram yang mendakwa sultan Sulu.

azlan
Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata yang menduduki kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari pekan Lahad Datu.

Azzimudie ketika dihubungiMalaysiakini pagi ini menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk bertempur dengan pihak berkuasa Malaysia.

“Kami mahu hidup dengan aman di tanah kami sendiri tapi mereka mahu mengusir kami dengan kekerasan,” kata Azzimudi dengan tenang dalam perbualan telefon tersebut.

“Kami mahu bercakap dengan pihak berkuasa Malaysia dengan aman sebelum kembali ke tanah kami,” katanya yang menambah, rakyat Malaysia sejak sekian lama mendapat hasil yang banyak daripada pendapatan Sabah.

Azzimudie juga berkata, beliau menyerahkan soal rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk ditangani Jamalul di Manila.

Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis berhasrat untuk menamatkan pertentangan tersebut, yang berlarutan sejak 12 Februari.

Alahai......Menteri KDN dan Musa Aman..........dahlah pintu masuk ke sabah tidak di kawal. lepas tu dah masuk tak dapat pula usir....alahai nasib menteri Malaysia.

No comments: