Sunday 7 April 2013

TRAGEDI KUARI RUNTUH DI TANJUNG BATU KUKUSAN TAWAU SALAH SIAPA?



Penduduk di Kampung Tanjung Batu, Tawau telah hidup dalam ketakutan selama bertahun-tahun. Rayuan mereka tidak pernah diambil kira. Banyak kemalangan di kuari yang mengakibatkan kematian kehidupan yang tidak berdosa dari Kuari Otentik, tetapi tiada perintah yang pernah dikeluarkan untuk menghentikan kuari dari operasi. Akhirnya...



TAWAU 6 April - Lebih 60 penduduk daripada 12 keluarga terselamat apabila beberapa bongkah batu besar menghempap rumah mereka yang terletak bersebelahan dengan lereng bukit di Kampung Tanjung Batu Kukusan, Tawau. 



Dalam kejadian yang berlaku kira2 jam 11:45 pagi, bongkah-bongkah batu berkenaan bergolek ke bawah bukit dan menimpa rumah penduduk berkenaan selepas berlaku gegaran akibat letupan bahan peledak yang digunakan memecahkan batu di kuari itu.


Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata;

“Setakat ini polis merekodkan 65 mangsa daripada 12 keluarga daripada rumah terbabit dalam kejadian ini. Namun tiada kematian berikutan penduduk sempat menyelamatkan diri selain beberapa individu cedera.

“Siasatan awal mendapati runtuhan disebabkan letupan dilakukan pekerja kuari sehingga satu bongkah batu bergolek menimpa kawasan perkampungan penduduk yang terletak di lereng bukit,”


Polis mengarahkan pihak pengurusan kuari menghentikan operasi serta-merta bagi memastikan kejadian bongkah batu gergasi bergolek sehingga menghempap 11 rumah penduduk di Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu 

Siapakah syarikat yang melaksanakan projek kuari di kukusan ini?

Otentik Quarry, which operates on a piece of forest reserve of the Kukusan Forest Reserve, is located at the centre of a very populated area of Tanjung Batu in Tawau. There are more than 200 families living at the foot of the mountain or nearby. The distance between the residential area and the quarry is less than 500 metres. The quarry is only a few kilometers away from Tawau town. 




Selama ini kerana bimbangkan keselamatan dan kesihatan penduduk telah membuat banyak aduan kepada banyak pihak berkuasa tempatan, negeri dan juga untuk peringkat persekutuan. Pelbagai jawatankuasa ditubuh  untuk melindungi hak-hak mereka. Malangnya, tiada siapa yang mendengar dan tiada siapa mengambil apa-apa tindakan. Ahli-ahli politik didekati hanya memberikan janji-janji kosong.


Seperti biasa pemimpin BN kita. Terhantuk baru tengadah.

Selepas kejadian,  Pengerusi Barisan Nasional Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman datanglah "terhegeh-hegeh" melawat sekaligus menyampaikan sumbangan kepada mangsa rumah ranap akibat ditimpa oleh bongkah batu di Tanjung Batu Bukit Kukusan Tawau. Pemilik Kuari ini tentu bukan calang-calang orang jika sehingga sekarang kekal melakukan kerja kuari. Bila dah runtuh.........

Macam biasa bila dah kena baru datang- wakil rakyat DUN pun baru muncul.Taktik lama

Apa pula komen  Musa Aman mengenai syarikat yang melaksanakan Kuari ini?

Apa pula komen Jabatan Geologi? 

Apakah pula tindakan JTU Sabah yang mengeluarkan lesen kuari (batu & pasir), permit carigali dan pajakan perlombongan di negeri Sabah khususnya lesen syarikat kuari ini sehingga melakukan kerja-kerja letupan di kawasan berdekatan penduduk?

Apakah ini di bawah jawatankuasa Bencana Alam di Negeri Sabah?

Apa pula laporan EIA oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai mengenai pelaksanaan kerja-kerja kuari? 

Banyak benda nampaknya kena di bongkar? Apakah syarikat ini ada kaitan dengan pihak-pihak tertentu sehingga lesennya di kekalkan sehingga sekarang walau jelas berhampiran dengan penduduk kampung?

Tentunya panas. PRU datang. Apakah pengundi akan menunjukkan jalan?




1 comment:

Anonymous said...

Siapa berani nak kacau kan...... org besar di belakangnya.