Thursday, 22 March 2012

Mampukah PPR Lupak Meluas Batu Sapi Sandakan siap?


oleh: Jefri Batu Sapi

Projek PPR Lupak Meluas, Batu Sapi Sandakan sebuah projek rundingan terus yang diluluskan semasa Pilihan raya kecil Batu Sapi nampaknya sedang dalam usaha pembinaannya.

Projek rundingan terus kepada syarikat Para Cemerlang Sdn Bhd berjumlah RM 31,250,000 juta yang dipohon kelulusannya oleh Musa Aman Ketua Menteri Sabah tahun lalu nampaknya melalui kerenah birokrasi Majlis Perbandaran Sandakan. Bermula dari kelewatan mendapatkan kelulusan 'kebenaran merancang' dan masalah tanah.

Umum mengetahui Syarikat Para Cemerlang Sdn Bhd dibawa dan disokong oleh YB Samsudin, Adun Sekong orang kuat Musa Aman. Anda boleh menyemak surat sokongan Musa Aman di alamatkan kepada YAB PM memohon projek ini dibuat secara rundingan terus. Sama -sama kita nantikan projek harapan rakyat di Batu Sapi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


No comments: