BN Sabah akan mampu menang besar sekiranya Musa dan semua kroninya dapat di kurangkan dalam kepimpinan negeri. PM mesti mendengar suara rakyat. Bukan suara dua beradik ini yang mungkin ada duit berjuta tapi ia tidak akan mampu mengukuhkan BN.PM jangan termakan dengan ugutan sekiranya mereka tidak dipilih sebagai calon atau tidak diberi jawatan. Masa sekarang adalah menyelamatkan BN.
Ramalan Daim mengenai negeri paling selamat itu ada benarnya. Dengan tidak menyenaraikan Sabah dan Sarawak tentu ada yang tidak kena. Ramalan Daim jangan dipandang rendah sebagaimana ramalan Daim dalam 2008 bahawa 5 negeri akan tumbang. Najib mesti membuat keputusan. Bukan membiarkan dirinya dalam keadaan serba salah.
Sama-sama kita menyaksikan perubahan yang dinanti-nantikan.
No comments:
Post a Comment