Saturday 3 March 2012

VK LIEW Vs MPS

Apa pilihan VK Liew ada?176 tentu lebih tragis. Nasib VK Liew
Presiden LDP jika tidak dah lama bungkus

Akhirnya Datuk VK Liew Ahli Parlimen Sandakan mengenai ketidakcekapan Majlis Pentadbiran Sandakan (MPS) yang menjadi punca kekalahan calon-calon BN pada pilihanraya. 

"Memang kita tidak dinafikan ekoran kelembaban pentadbiran MPS yang kurang perhatian mengenai kerja-kerja penyelenggaraan kebersihan dan kerosakan prasaranan boleh mencacatkan nama baik kerajaan BN kerana apa yang telah dibuat yang tidak memuaskan hati rakyat. Malangnya yang terkena impak ialah para pemimpin BN," 


James orang kepercayaan Musa. Orang inilah
yang akan menyebabkan calon BN Kalah.
Mungkin benar kata-kata VK Liew
Benarkah MPS begitu lembap sekali? Jika dakwaan ahli Parlimen ini benar ini bermakna Datuk Ir James Wong yang dilantik oleh Musa Aman ini harus bertanggungjawab. Ada maklumat menyatakan MPS banyak mendapat peruntukan dari kerajaan. Namun banyak juga projek yang diluluskan oleh persekutuan dipulangkan semula kerana atas alasan tidak sempat dilaksanakan.

VK Liew Ahli Parlimen BN Sandakan wajar mengkritik Presiden MPS orang kesayangan Musa ini kerana jika tidak beliau dan calon BN lain akan tumbang dalam pilihan raya ke 13 nanti. VK Liew sendiri tentu masih di igaukan dengan majoriti tipisnya 176 Undi Sahaja. Bayangan undi calon DAP 8,121 tentu masih dalam ingatan.

Calonkan saja Presiden MPS tu sebagai ahli Parlimen atau Adun. Maka dia akan tahu bagaimana rasanya menjadi wakil rakyat. 

No comments: