Friday 13 April 2012

MUSA MASUK PERANGKAP PEMBANGKANG?





5:36PM Apr 12, 2012- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, dakwaan rasuah terhadapnya oleh laman pembocor maklumat Sarawak Report hanyalah "kitar semula" dan bersifat "semberono".




"Saya nafikan semua dakwaan ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam tempoh dua minggu, Sarawak Report yang beroperasi di London membuat dua dakwaan terhadap Musa.

Dakwaan pertama menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasatnya atas dakwanya mengeluarkan lesen pembalakan kepada adiknya Datuk Seri Anifah.

Sarawak Report mendakwa mempunyai dokumen SPRM - yang bocor daripada siasatan terhadap Chia, hartawan balak yang selalu didakwa sebagai rakan Musa - bagi mempertahankan dakwaannya.



Dakwan kedua melibatkan dakwaan anak Musa - Mohammed Hayssam dan Hazem - didakwa menerima suapan daripada Chia.

Laman itu mendakwa mempunyai dokumen rahsia daripada SPRM dan rakan di Hong Kong bagi menyokong dakwaan itu.

Sarawak Report mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan meneruskan kes itu.

Pendedahan balas semula Malaysiakini dan Sarawak Report

Laman pembocor maklumat Sarawak Report  hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.


Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia.

Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan.

Akaun bank Chia juga menunjukkannya menerima ratusan ribu dolar AS daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong Borion Enterprise, yang antaranya dimiliki hartawan balak Sarawak Ting Pek King.

"Ia menimbulkan persoalan kenapa keluarga Ting Pek King membayar sejumlah besar wang kepada akaun bank Micheal Chia? Akaun yang juga digunakan untuk mendanai anak lelaki Musa Aman di Australia," katanya.





Apabila Rafizi Ramli dan PKR membuat sidang akhbar semula dalam bentuk pendedahan baru Fasa seterusnya ialah meminta respon rakyat. Jika rakyat mengadilinya kesannya sangat besar kepada Musa Aman, adik, keluarga dan proksinya....

1 comment:

Anonymous said...

isyarat yang cukup jelas tempoh 10 tahun itu sudah memadai mengumpul kekayaan untuk mencipta empayar family dan proxy-proxynya menjalani kehidupan yang baik tanpa sebarang gangguan.namun jika diteruskan kata hati yang rakus,tamak dan haloba ini maka tiada seorang pun rakyat sabah yang sanggup berdiam diri lagi mereka akan bangkit memusnahkan segala agenda yang tersembunyi.lebih baik menghalalkan cara daripada cara yang halal itu akhirnya menjadi haram.makanya turun lah dengan hati yang tenang dan aman.