Friday, 3 August 2012

BN akan tewas di Sabah?


Tenggelamkan Musa Aman Dahulu
oleh: Suhaimi M


Suasana politik di Sabah kini cukup panas. Isu Datuk Seri Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing ternyata memberi isyarat yang tidak baik kepada BN. Di segi “timing”-nya ia amat menggugat kedudukan Najib yang sedang mencari-cari tanda positif untuk pembubaran parlimen selepas hari raya ini.

Musa Aman, Pengerusi BN mungkin sudah membayangkan keperitannya walaupun dia berpura-pura menafikan betapa Datuk Seri Lajim Ukin tidak memberi impak kepada BN. Persepsi Musa Aman sebagai penyelesai masalah untuk menunjukkan kekuatan BN hancur begitu sekali. Sekaligus memberi kesan kepada Najib untuk mengekalkan persepsi Sabah “simpanan tetap” BN.

25 Parlimen dan 60 DUN
Kenyataan Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok semasa majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara telah memberi reaksi negatif kepada BN. Tidak hairanlah kenyataan pensyarah ini kurang didedahkan oleh media arus perdana.

Katanya BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang. BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut. Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.



Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan dan lain-lain


Majoriti nyawa-nyawa ikan. Jadi VK Liew jangan banyak cakap mengulas mengenai Lajim. Jaga  kawasan sendirilah
Ada banyak Parlimen di Sabah yang goyang bukan sahaja Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan. Malah tempat lain juga mengalami kerapuhan yang ketara. Dinasti keluarga Musa Aman di Parlimen Kimanis misalnya juga belum selamat. Anifah Aman adiknya di Parlimen dan Arifin Arif menantunya di Dun Membakut.Kita saksikan bagaimana mereka menabur duit atas jalan untuk menang!



Implikasi kepada Najib?


Kajian mutakhir Merdeka Centre bahawa ‘tahap keyakinan’ atau ‘Approval Rating’ pada paras 64%, (Jun) menurun 1% dari bulan Mei (65%) kepada Najib, sementara tahap keyakinan kepada parti dan Barisan Nasional yang dipimpin terus mengalami penghaksian sokongan ke paras 42%. Ini tentu sangat tidak menyelesakan bagi Najib.

Apakah benar isu terbaru dua Ahli Parlimen Sabah yang menyertai pakatan tidak memberi kesan kepada BN?  Najib yang bertindak 'cool' tapi nampak sangat dibuat-buat tentu pening kepala. Sama ada ia memberi kesan besar atau kecil tak penting tetapi misi menumbang Musa Aman adalah lebih jauh utama.

Sehingga hari ini  pendedahan pelbagai ‘skandal kewangan’ yang melibat Ketua Menteri Sabah Musa Aman belum mampu menggugatnya walau rakyat sudah mula mencari maklumat mengenainya. Perletakkan jawatan seorang Ketua Jabatan Komplian Global HSBC telah yang membuktikan rasuah transaksi balak dan pelbagai kegiatan ‘penyucian wang’ atau ‘money laundering’ di negeri terkaya dengan jumlah mencecah RM trillion itu nampaknya memerlukan strategi pendedahan yang lebih mantap sepertimana kes NFC yang berjaya menumbangkan Shahrizat Jalil.

Bertanding semua kerusi Parlimen dan Dun secara “Straight Fight”

PR mesti bertanding semua kerusi. Jangan bagi ruang satupun kosong. satu  lawan satu
Berdasarkan 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN tidak mustahil PR boleh menawan Sabah sekiranya PR meletakkan semua calonnya di kerusi Parlimen dan Dun dengan penyelarasan yang tepat. Pertandingan satu lawan satu adalah amat penting bagi menumbangkan BN dan Musa Aman.

Ternyata jika kita melihat trend 2008 dan juga isu-isu terkini di setiap kawasan adalah cerah untuk melihat BN berkubur di Sabah.

Dengan semangat dan sindrom ‘kebencian’ kepada Musa Aman yang semakin meningkat di Sabah dan keluarganya yang mengamalkan proksi melampau peluang untuk menumbangkan BN adalah cerah. Biarlah apapun kenyataan Musa Aman seperti kekukuhan parti, menafikan umno bergolak dan lain-lain lagi semua itu adalah sifat ‘menyedapkan rasa hatinya’.


11 Ogos 2012 Najib akan ke Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen keluar BN, Najib dikatakan akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu. Isu MP BN dan RCI nampaknya memberi kesan mendalam kepada rakyat Sabah.



12 Ogos 2012 pula Anwar Ketua Umum PKR pula akan datang membuat kejutan dengan ‘berita baiknya’ di Sabah. Rakyat Sabah akan mempunyai dua berita untuk diterima. Siapa agaknya yang mampu menenggelamkan isu antara satu sama lain. Kita saksikan nanti siapa yang lebih ‘pening’.

Apakah Sabah akan melakukan kejutan? Tahun 2008 tiada siapa menyangka BN akan kalah teruk. Apa sebenarnya berlaku dalam PRU Ke-12 pada 8 Mac 2008? Mengapakah sokongan ke atas Barisan Nasional (BN) merosot sehingga hanya menang 140 kerusi (63%) berbanding sebelumnya 219 kerusi (98%); terhakis sebanyak 79 kerusi (219-140). Sebanyak 55 kerusi (40%) dari 140 kerusi BN adalah dari Sabah dan Sarawak. Hari ini, BN mempunyai 137 kerusi selepas melalui proses Pilihan Raya Kecil dan keluarnya wakil parti SAPP dari BN.


Jadi apakah 25 kerusi Parlimen di Sabah PR tidak mampu memperolehi separuh kerusi parlimen? Jika benar PR menawan 14 kerusi maka hayat BN akan lumpuh di Sabah dan mungkin di Semenanjung Malaysia jika PR hanya perlukan 7  kerusi parlimen di Sabah untuk membentuk  Kerajaan Baru. Masa itu tumbanglah sebuah parti paling lama memerintah di dunia seperti LDP Jepun yang tumbang setelah 50 tahun memerintah. Apakah Malaysia tidak boleh begitu?


1 comment:

Anonymous said...

Masa akan tiba kerajaan bertukar........ musa lupa bahawa mereka dihujung tanduk