Oleh: Kassim Abdullah Khir
Cara Media Melaporkan |
Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.
Pejabat Perdana
Menteri dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.
Ia adalah
mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5)
Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Pembatalan atau
pemecatan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Persekutuan adalah
telah dijangka dan bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana hak jawatan itu diserahkan
kembali kepada Perdana Menteri yang melantiknya.
Fasal (3) Perkara 43A
yang Perlembangaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri melantik
Timbalan-Timbalan Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis
Parlimen.
Oleh yang demikian jika
pun Perdana Menteri mahu memecat seorang Menteri atau ahli kabinetnya maka
perlu merujuk kepada fasal (3) ini semula dan dibaca bersama fasal (5).
Beginilah cara disampaikan |
Mungkin kini lega dan
tenanglah Najib Perdana Menteri mengusung beban dengan memecat Datuk Seri
Lajim. Melonjaklah Musa Aman dan adik beradiknya kerana pesaingnya dalam parti
sudah tidak ada. Seperti katanya;
"Jangan perlu
(tunggu) sampai diberhentikan. Sebagai 'gentleman' kita berhenti," katanya
kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Umno Zon 6 yang
merangkumi kawasan Parlimen Silam, Semporna, Tawau dan Kalabakan di Masjid
Al-Kauthar di Tawau baru ini.
Musa mengulas kenyataan
Jabatan Perdana Menteri hari ini yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, berkuatkuasa serta-merta. Sehubungan itu, beliau berkata tindakan
kerajaan Malaysia
yang diterajui Barisan Nasional (BN) adalah wajar.
Kesombongan Musa Aman dan Bingungnya Najib
sombong Musa |
Kenapa agaknya Datuk Seri Lajim seorang yang mempunyai
jawatan dalam parti dan juga kabinet persekutuan bertindak sedemikian rupa? Selepas
meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan, Pengerusi BN Beaufort, Ketua UMNO Bahagian
dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lajim memasang bom jangka dengan tidak
meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri dan ahli UMNO?
Mungkin Datuk Lajim telah membaca reaksi beruk – beruk politik
mengkritiknya sepertinya Fuad Zakarsi, Ahmad Maslan, Salleh Tun Said, Rahman
Dahlan, Rahim Ismail, Anifah Aman dan lain-lain lagi. Malah Datuk Seri Lajim
tidak sedikitpun memberi respon terhadap kenyataan mereka. Seperti beliau telah
tahu semua mereka telah memasuki jerangkap samarnya
Beliau membiarkan kesombongan Musa Aman dan rakan-rakan seperjuangannya
menghentamnya. Apakah kesannya?
Najib Perdana Menteri yang resah tidaklah pula mengumumkan
pemecatan Datuk Seri Lajim itu melalui sidang akhbarnya tetapi setakat
kenyataan media melalui pejabatnya. Mungkin Najib juga sedar kesannya jika
beliau sendiri tampil ke depan dengan bahasa yang lebih lembut “membatalkan”
walaupun maksudnya sama iaitu memecat atau menggugurkan.
Isu yang lebih penting ialah kesan penarikan Datuk Seri
Lajim mencerminkan negeri di bawah bayu ini sedang bergolak dan gagalnya Musa
Aman menyelesaikan masalah di Sabah . Ini
adalah satu permulaan dan dijangka trend ini akan berkembang di Borneo.
Jadi musnahlah persepsi Najib bahawa Najib mempunyai kawalan
penuh ke atas politik di Sabah . Seperti kata
Kadir Jasin dalam tulisannya” Sebaik
mana pun Perdana Menteri cuba
menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia
adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah .”
Kronisme dan Nepotisme
yang memualkan, PATI yang menjengkelkan, tanah adat di rampas
Datanglah ke Sabah .
Pijaklah bumi sabah. Dan tanyalah siapa
yang memilikinya. Berbanggalah Musa dan segala keturunannya bahawa segala
kemajuan dan pembangunan Negeri Sabah itu beliau yang membangunkannya atau
lebih tepat semua kroninya yang melaksanakan projek-projek itu.
PATI semakin ramai di Sabah
(diberi IC), RCI lambat ditubuhkan, tanah adat di ambil (dulu orang kampung tak
pandai demo, sekarang dah ada demo di pejabat Ketua Menteri kerana hal tanah). Lihat saja kes-kes Musa yang dilaporkan media disenyapkan.
Rakyat Sabah tidak bodoh. Masanya tiba untuk mereka bangkit
dan TUKAR kerajaan BN di Sabah sekarang.
Jika Majlis Pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS)oleh
Wilfred Bumburing di Tuaran mencecah 7 ribu orang dan Pakatan Perubahan Sabah
(PPS) di Beaufort melebihi 15 ribu orang bermakna ada gelombang besar sedang
melanda Sabah .
Apakah anda mahu menyaksikannya? Jadi eloklah Musa Aman
jangan membuang masa dan perlu memikirkan setiap hari langkah tepat bagi
menyelamatkan dirinya dari kegelapan. Kerana selepas itu semua kegiatannya
pasti akan dibongkar.
No comments:
Post a Comment