Saturday 22 September 2012

KKIA terminal 2 dan Musa A320

Mutakhir ini: Cerita Airasia tidak mahu pindah bukan isu baru. Kali ini dengan kaedah 'ampu sana dan ampu sini' akhirnya Tony merayu kepada Kerajaan Negeri terutama Musa Aman untuk menyelamatkannya. Betapa hebatnya Tun M, Pak lah ke apa ke...Tapi Musa Aman juga yang hebat sehingga pesawat Air Asia dinamakan Musa A320.  hebat-hebat...



KOTA KINABALU: Keputusan berpindah ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dijangka menjejaskan operasi syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, yang kini beroperasi di Terminal 2 KKIA.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya akan kekal beroperasi di Terminal 2 KKIA dan tidak akan berpindah ke Terminal 1.

“Saya akan menjadi orang terakhir berpindah kerana pelbagai perkara perlu dipertimbangkan, termasuk cukai dikenakan di Terminal 1 KKIA meningkat dari RM33 kepada RM55 walaupun kita menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah.


“Berpindah ke Terminal 1 hanya akan menyebabkan operasi perniagaan AirAsia terjejas,” katanya pada Majlis Perbincangan Perniagaan Antarabangsa Sabah, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Persekitaran negeri, Datuk Masidi Manjun.


Tony berkata, kos rendah amat penting bagi AirAsia dan negeri ini boleh menjadikan Terminal 2 KKIA sebagai terminal yang terbesar jika dibangunkan kerajaan.


“Terminal 2 KKIA boleh dibangunkan dan diperluaskan bagi menyelesaikan masalah kesesakan di samping mampu mengurangkan kos serta menambah pendapatan kerajaan negeri terutamanya pertambahan kemasukan pelancong ke negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu, AirAsia berharap kerajaan dapat mempertimbangkan supaya Terminal 2 KKIA dapat dinaiktarafkan.


Sebelum ini, AsiaAsia merayu kepada Kementerian Pengangkutan untuk terus kekal di Terminal 2 KKIA walaupun mereka telah memberi komitmen untuk memindahkan operasi ke Terminal 1 pada pertengahan Jun tahun ini. 

Februari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata syarikat penerbangan itu teragak-agak untuk berpindah dari Terminal 2 ke Terminal 1 KKIA yang baru sahaja diperbesarkan kerana kosnya akan meningkat, sekali gus memaksanya mengurangkan penerbangan dan menyebabkan Sabah kehilangan kira-kira sejuta pelancong. 

Komen: 

Kalau dah cadang bangunkan Terminal KKIA2 tu dengan kos berjuta buat apa membina KKIA dengan kos lebih 1 bilion itu? ingat Airasia saja ke nak mendarat kat KK.

Dah jadi macam milik Airasia pula KKIA2 tu. Kalau Musa Aman bagi kelulusan dan merayu kepada Kerajaan Persekutuan mengenai tuntutan Airasia memang sah ada udang sebalik mee.

No comments: