Sunday, 7 October 2012

Salleh pertikai laporan kajian populariti Musa Aman



Pungutan suara dan kaji selidik  mempunyai kelebihan pada tahap tertentu tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan betul maka ia boleh menjadi cacat dan tidak menghormati pihak-pihak tertentu, kata Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh ni satu masa akan kena sembelih oleh Musa Aman juga. masa
itu baru dia sedar apa yang berlaku.


Tanpa menyatakan banyak bahawa kajian Merdeka Centre adalah salah, beliau berkata jika sesuatu kaji selidik telah didorong oleh agenda, maka tidak banyak dapat dilakukan untuk menghalang mereka yang di belakangnya daripada memanipulasikan keputusan untuk menyesuaikan rancangan mereka.

"Malah kata-kata soalan (dalam kaji selidik) boleh mencetuskan respons tertentu dan membangkitkan seseorang daripada menyatakan perkara yang dia sendiri tidak berniat untuk menyatakan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di Kita Kinabalu semalam.

Salleh mengulas laporan online yang mendakwa tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri hampir 10 tahun, telah merosot di bawah paras 50 peratus.

Katanya beliau sendiri tidak fikir populariti Musa telah merosot mahu pun keputusan bagaimana membangunkan negeri itu mempunyai implikasi negatif terhadap rakyat negeri itu.

Kajian terbaru Merdeka Centre menunjukkan tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Musa telah merosot secara ketara dari 60 peratus pada November 2008 kepada 45 peratus pada September tahun ini.

Bernama

10 comments:

Anonymous said...

This is untrue!

Anonymous said...

i rather believe Salleh over this survey!

Anonymous said...

Merdeka Centre mengunakan method telefon dan SMS sebagai cara mengambil soal selidik, cara yang tidak dapat mengenal pasti identiti orang, kajian yang tidak boleh dipercayai.

Anonymous said...

Kajian yang rendah validasi sepatutnya tidak boleh dikeluarkan, ini senang mempengaruhi rakyat2.

Anonymous said...

Cuma satu kajian soal selidik pula ingin menentukkan populariti seseorang, lagi tidak menjalankan kajian dengan betul, Merdeka Centre ni memang pandai buat hal.

Anonymous said...

Mesti ada orang yang ingin sabotaj Musa, buat2 kajian yang kononya ada 832 orang jadi sample.

Anonymous said...

Merdeka Center mesti dibayar untuk menjalankan kajian ni, dengan tujuan menurunkan populariti Musa.

Unknown said...

Rasanya ramai lagi yang mempertikaikan akan perkara ini. Ini seperti ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Datuk Musa dengan kajaian yang tidak relevan ini.

Anonymous said...

Manipulasi data saja banyak ba tu.

Anonymous said...

Agenda politik saja survey merdeka centre