Saturday 6 April 2013

Kemana "Anjing" Musa Aman mahu pergi?


Akhirnya PRU 13 datang. Yang dinanti sudah tiba. Baru sahaja parlimen di bubar sudah kedengaran pelbagai cerita. UMNO yang berikrar taat setia dalam perhimpunan agung baru-baru ini nampaknya hanyalah "pemanis mulut" apabila sudah ada ahli umno yang pro mana-mana pemimpin mereka menghantar memorandum tidak puas hati dengan pemilihan calon BN/UMNO. 

Kesetiaan yang dilaungkan hanyalah "lakonan sahaja" banyak lagi episod sabotaj selepas ini. 

Bagi Negeri Sabah tentu lebih menarik. Apakah "Winnable Candidate" atau "Win Cable Candidate" yang akan dipilih menjadi calon. Kedengarannya ada calon yang ditolak oleh akar umbi pun mahu diletakkan sebagai calon. Nampaknya winnable candidate itu adalah win cable yang mempunyai hubungan rapat dengan Musa anak Aman. Musa Aman telah menghantar calon-calonnya untuk perakuan PM. 

Kita lihatlah kalau-kalau Najib Tun Razak mampu mentafsir "winnable candidate" yang benar dimahukan rakyat atau terikut-ikut dengan syor Musa. Bagi Musa tentulah beliau akan mengekalkan "Kuda-kudanya" yang sentiasa menyokongnya. Musa memerlukan orang-orang yang ikut dengannya yang boleh memperakukan  tahi yang "busuk " sebagai "wangi".

Musa memerlukan "anjing' yang taat padanya bukan menggigitnya selepas memberikan segalanya. Tentu kali ini menarik kerana organ-organ Musa sudah bersiap di kawasan yang mereka minta tetapi belum tentu memenanginya.

RAHMAN AKAN MENEMBAK KEPALANYA SENDIRI.
KALAU JADI WAKIL RAKYAT BANYAK CAKAP TAK
GUNA JUGA. KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK
SENDIRI MATI KELAPARAN
Mari kita lihat kerusi panas seperti Parlimen Kota Belud. Apakah UMNO/ BN dan rakyat di kawasan Kota Belud itu akan memilih semula Abdul Rahman Dahlan (bukan asal KB)?  YB banyak cakap dari bikin ini tentu akan di gulung di KB kerana peranannya yang gagal memajukan KB. Bercakap ekonomi Malaysia tapi sayang ekonomi rakyat KB gagal dibangunkan. Pembangunan pun tidak seberapa.Jelapang padi tinggal hanya jelapang. Yang pasti tidak "gampang" untuk menang. Apa dia ingat pengalaman mengepelai Tandum Commerce Limited dan Mega Incentive Sdn Bhd di Sabah dalam saham komoditi maka dia pakar?

Mungkin sebab itu Rahman Dahlan tidak menolak kemungkinan untuk bertanding di Sepanggar. Kalau dah bahagian sendiri sudah menolaknya kemana haluan diri mahu di bawa? Menawan semula kerusi dari SAPP Sepanggar adalah sebagai alasan untuk lari. Semudah itu juga mungkin Ketua Bahagian Sepanggar akan memberi laluan kepada Rahman Dahlan. 

Jadi wakil rakyat banyak cakap dari buat kerja melawat kawasan maka rakyat akan tunjuk. Seperti kata orang "Bajau Tuaran" dan "Bajau Kota Belud" tidak semestinya sama. Begitu juga ornag Tuaran mana sama dengan Kota Belud. Yang sama satu bunyi saja."anjing menyalak" dan "Ayam berkokok"..





No comments: