Monday, 8 April 2013

MAMPUKAH ANIFAH AMAN KEKALKAN PARLIMEN KIMANIS?

Oleh: Gigi Geraham Kimanis


Satu lagi tempat kubu BN/UMNO di Parlimen Kimanis bakal di tumbangkan dalam PRU13. PR melalui PPS dikatakan akan mengetengahkan calon tempatan "orang kampung" di Kimanis untuk merampas kerusi Parlimen P.176.

4789 undi lawan majoriti 5453
Apa rakyat Parlimen Kimanis hilang cerdik?

PRU12 menyaksikan BN walaupun memenangi parlimen ini dengan majoriti 5,453 tetapi calon BEBAS, Jaafar Ismail memperolehi 4,789 undi dan PKR, Ismail Bungsu dengan undi 1,615 undi. ( Jumlah 6,404 undi). 

Senario PRU13 mungkin kali ini berbeza dengan isu calon orang luar dan isu-isu keluarga AMAN di Negeri Sabah pastinya angka majoriti BN bakal menyusut atau "digulung". 

Peperangan di Kimanis ialah peperangan wakil rakyat bukan orang asal dengan calon tempatan. Atau peperangan antara taburan wang dengan semangat orang tempatan menggulingkan orang luar yang membolot segalanya di Kimanis.

Kita akan lihat sejauh mana kematangan pengundi Parlimen Kimanis apakah sanggup memilih orang luar "dengan taburan wang" atau orang tempatan yang gigih.  Sama-sama kita saksikan.

Jika Jaafar Ismail calon PPS/ PR  bertanding tentu kali ini lebih sengit. Adalah tidak betul menyatakan BN sangat kuat. Jaafar Ismail tentu dapat merampas kerusi ini. 

Jangan biarkan keluarga "AMAN" berleluasa dan bermaharajalela di tempat anda sehinngga anda merempat dibumi sendiri. Anifah Aman sendiri tidak mempunyai tempat di daerah kelahirannya Beaufort. Sebab apa? rakyat Beaufort tidak mungkin menerima pemimpin seperti Anifah Aman. 

Apakah rakyat Parlimen Kimanis ini bodoh tidak berfikir? "Jangan Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan" . Lihat apa jadi dengan Datuk Karim Bujang.....wakil rakyat veteren yang dipinggirkan. Apa yang Karim dapat?

3 comments:

Penyokong TATAP BN said...

Begitu sempit sekali pemikiran saudara. Kenapa ada kebencian pada diri sehingga membuat komen yang tidak boleh diterima akal? Didalam dunia politik tanah air, pemikiran saudara terhad seperti katak dibawah tempurung. Kenapa saudara tidak berbangga terhadap Datuk Seri Anifah yang begitu gigih memperjuangkan nasib penduduk Kimanis, Bongawan dan membakut. Kalau dulu, apa yang ada pada Kimanis? Bukankah seperti Langkawi yang begitu sukar untuk dibangunkan. Sekarang cuba lihat Kimanis, sudah ada SOGT, banyak pembangunan kecil sudah mula berkembang dan Petronas juga sudah membina pusat latihan yang mana 80% akan di isi oleh penduduk Kimanis, Bongawan dan Membakut. Apakah kita tidak berbangga bahawa satu penghormatan sudah diberikan kepada orang Sabah sebagai Menteri Luar. Apakah kita tidak berbangga tentang orang Bongawan sudah dilantik menjadi Ambassador? Boleh kah kita mencapai impian ini kalau bukan Datuk Seri Anifah menjadi Menteri Luar? Apa yang saudara keciwakan tentang Ketua Menteri kita? Bukan kah Sabah sudah begitu maju? Pemimpin bukan dinilai daripada kawasan mana dia datang tetapi tentang prestasi kerja. Percayalah, pembangkang tidak akan dapat menerajui kerajaan Perseketuan. Pembangkang hanyalah bagaikan ayam kampong betelor sebiji, rioh sekampong!Suara pembangkang adalah suara fitnah, tuduhan tanpa fakta dan sengaja memperbesarkan perkara perkara yang kecil kecil. Aku mahu tanya saudara, kalau sekiranya sebuah sekolah di pendalaman memerlukan guru, adakah saudara tidak bersetuju kalau dihantar guru luar dari kawasan sekolah itu? Kalau ada pelabur asing mahu melabur dikawasan Bongawan dan memberi pekerjaan kepada orang tempatan, adakah saudara akan menolak? Pada pilihan raya akan datang ini, apakah saudara akan tolak pembangkang yang akan bertanding di Bongawan kerana calon itu dari Labuan sedangkan orang Labuan sendiri menganggap orang itu sombong dan tidak pernah balik Labuan dimasa dia berkecimpong dengan kemewahan yang diberikan oleh kerajaan pada hari ini? Jaffar Ismail memang orang Kimanis tetapi apa dia boleh buat kalau BN masih memerintah? Sejauh mana Jafar Ismail boleh menolong orang Kimanis? Percayalah saudara, BN tetap memerintah dan kalau orang Kimanis, Bongawan dan Membakut dan keseluruhan orang Sabah mahu pembangunan dan kemajuan, yakinlah kepada BN. Semua tuduhan saudara adalah tidak berasas. Kalau saudara seorang Islam, tentu saudara percaya pada dosa apabila menuduh seseorang tanpa bukti. Datuk Seri Anifah adalah harapan kita. Kalaulah saudara ini sebenarnya orang yang mencintai Kimanis, Bongawan dan Membakut,relakanlah seseorang yang betul betul berjiwa rakyat seperti Datuk Seri Anifah untuk memperjuangkan nesib penduduk kita.Wasalam

Anonymous said...

Sebenarnya saya sendiri pun cukup malu dipimpin oleh calon luar.siapa yang banar2 tinggal dibongawan Akan faham Dan nampak perubahan yang dibawa oleh calon luar.tidak dinafikan perubahan itu pasti Ada.tapi guna otak la ....skit kadai baru kana buat.hidup bn....jambatan baru..hidpppp bn.itu sajaka mampu dibuat oleh calon bn.berbanding dimembakut.....nda sampai pun 10 tahun.pembangunan yang pesat Dan tidakdsangka2.siapa?...CALON TEMPATAN TU GING.paling siuk pemimpin sendiri yang cakap dhotel meridian .perjumpaan bersama pengundi luar sekitar kk bulan lalu klu x Silap.buli 2 cakap pasal pembahagian royalti 20% pada 4 negeri petronas tinggal hanya dapat.20%.betul2 bikin malu....kalau dia cakap sama babu dilaut..nda pa jua.ani ia cakap di depan orang yang masi guna Utak untuk kerja Dan berfikir untuk hidup di luar...saya rasa betul2 diperbodohkan oleh orang luar.jadi..Pendek citer..undiORANG TEMPATAN.1lagi..aku rasa orang yang post 1st comment ni pon ter had utaknya.dan paling nda siuk calon lama ni kan pandai bedandam sama kampung2 tertentu.atu lagi paling panas mau didangar.pasal pengkalan nganya bha...cari citer tu dibgwn sendiri.hidup calon TEMPATAN!mohamad Alamin???awal2 kubur........anak jati bongawan.

Penyokong TATAP BN said...

Pandang tentang orang luar kah orang tempatan kah bukan lagi menjadi persoalan. Kalau kita fikirkan betul2, wakil rakyat dinilai dari prestasi kerja. memang betul Membakut sudah juga membangun. Saya begitu bangga dengan Datuk Ariffin. Seperti yang saya katakan awal awal lagi, dulunya Kimanis seperti padang jarak padang tekukur kini membangun pesat. Tuan hanya mahu menafikan tentang pembangunan disekitar Kimanis.CUBA saudara berfikir betul betul. Pembangunan SOGT telah menaikkan pelbagai usaha rakyat sekeliling. Pelbagai restoran telah dijalankan, orang orang kampong sudah mendapat kenikmatan berniaga kecil kecilan disepanjang jalan ke OGT, malah sehingga ke Bongawan.Spill over juga dinikmati oleh masyarakat sekeliling seperti di Papar, Bongawan dan Membakut. Namun apa jua yang saya katakan tentu tujuan saudara adalah untuk mempertikai dan memperkecil kecilkan usaha wakil rakyat BN. Saudara macan ada kemarahan atau dendam kerana pemikiran saudara begitu tekad sekali untuk bermusuhan dengan pandang positif membela kerajaan. Saya tidak akan meneruskan perbincangan terhadap orang luar atau orang temmpatan kerana saya adalah orang tempatan tetapi tidak memikirkan tentang perkara yang kecil kecil. Saya hanya meminta saudara fikirkan tentang apa yang perlu kita buat untuk kebaikan rakyat tempatan. Apa yang wakil pembangkang seperti Jaffar Lassim boleh buat. Yang lain pembangkang tu janganlah dibincang kerana mereka tidak relevan.Jangan lah saudara terlalu memikirkan yang pembangkang itu akan memerintah. Pembangkang tidak akan memerintah kerana mereka adalah umpama seekor ayam, bertelor sebigi rioh sekampong. Tidak akan cukup undi mereka untuk memerintah. Anwar Ibrahim hanya mahu membalas dendam. Dia kata dia tidak simpan hati terhadap doktor mahathir tetapi dia sudah jadi macam PAS, berdoa agar Dr mahathir mati cepat. Itukah doa seorang Islam?
Cuba saudara menjelajah sekitar Kimanis dan Bongawan dan bandingkan pembangunan yang ada? Apakah ada perubahan kalau dibandingkan dengan lima tahun dahulu? Kalau suadara masih menafikan, maka saudara adalah BUTA dan tidak mahu kenyataan. Kami semua mahu kemajuan, kami mahu nasib kamidibela oleh BN. Saudara tunggu apa lagi. TUNGGU APA LAGI, TATAP BN.