Showing posts with label sabotaj BN. Show all posts
Showing posts with label sabotaj BN. Show all posts

Sunday, 28 April 2013

HEBOH! "RAKYAT" SABOTAJ BN DI SABAH!!


DEMI RAKYAT- TUMBANG BN DAN TUMBANG MUSA AMAN

Terimalah satu hakikat dan betapa UMNO/BN sedang "bercakap-cakap" dikedai kopi atau di warung-warung betapa "Rakyat" kini bangun untuk menumbangkan BN. TV1, 2, 3 dan Astro barangkali tidak menyiarkannya tapi rakyat di kawasan amat sedar dan arif mengenainya. Undi protes jauh lebih besar kali ini. BN bersiaplah dengan sokongan rakyat. 

Himpunan Perdana Pakatan Rakyat 27 April 2013 di Beaufort dengan ribuan rakyat


PR akan memenangi Parlimen P.177 Beaufort (Dun Klias dan Kuala Penyu). Musnahlah ego pemimpin BN di Beaufort. Parlimen Papar, Kimanis, Keningau pasti dalam genggaman.




                        Anwar di Parlimen Kota Marudu



Dalam PRU 2004 Maximus Ongkili hanya memperolehi majoriti 3,189 dan tahun 2008 dengan majoriti 4,198, dengan kenaikan 1,009 undi sahaja pada seorang yang bertaraf Menteri Persekutuan. Jika pada tahun 2008 calon PR Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau boleh mendapat undi 7,830 dan Roslan Mohd Zain (Bebas) boleh memperolehi undi 1,109 tentu Maximus Ongkili BN pada tahun 2013 tidak boleh duduk diam dan memandang rendah betapa 8,939 pengundi benci dan rasa tidak puas hati rakyat Kota Marudu kepada Maximus. 

Anwar di Parlimen Sepanggar (Dun. Inanam)

Gelombang Rakyat: Rakyat menyokong PR di Parlimen Sepanggar. Ribuan rakyat di Inanam.
Pertandingan 4 penjuru di Parlimen Sepanggar tentu lebih sengit. Apakah Jumaat Idris dari BN boleh merampas semula kawasan ini? Nama-nama seperti Jeffrey Kumin @ John(DAP/PR) dan Chin Hon Kiong (SAPP) tentu akan menggegarkan lutut Datuk Jumat Idris Ketua Bahagian Sepanggar ini. Dengan kekayaan Datuk Jumat ini mampukah dia menang?

 ANWAR DI PARLIMEN PENAMPANG

Rakyat bangun. mereka sedar Dompok perlu di singkirkan. Tidak senang duduk sekarang Dompok!

TUMBANGKAN DOMPOK/BN

Jumlah Pengundi: 35,821
Peratusan Kaum: B/I:11.18 % B/B/I:55.32 % C: 32.79% L:0.71 % 
1. Tan Sri Bernard Giluk Dompok (BN) (13,400) 
2. Anthony Tibok (Bebas) (696)
3. Livired Missih @ Willybroad Missi (Bebas) (404)
4. Edwin @ Jack Bosi (PKR) (10,337) 
Majoriti: 3,063

TAHUN 2013
DENGAN PENGUNDI 43,502  KERJASAMA PAKATAN RAKYAT, TIDAK MUSTAHIL BERNARD DOMPOK BOLEH DITUMBANGKAN SEPERTI PRESIDEN SUPP TAN SRI DR GEORGE CHAN HO NAM DI DUN PIASAU SARAWAK KEPADA CALON MUDA 
LING SIE KIONG DAP. 



PAKATAN RAKYAT DI PARLIMEN LIBARAN



Juslie Ajirul tidak lagi akan mendapat kemenangan dengan mudah. Sahar Saka (Bekas AJK Bahagian dan Mohd Serman Hassinar AMK Sabah tentu tidak akan memberi ruang kepada orang kuat Musa Aman ini. 

Anwar dan Pakatan Rakyat di Tawau.

Ribuan rakyat Tawau. Ini kalilah!