Sunday 28 April 2013

HEBOH! "RAKYAT" SABOTAJ BN DI SABAH!!


DEMI RAKYAT- TUMBANG BN DAN TUMBANG MUSA AMAN

Terimalah satu hakikat dan betapa UMNO/BN sedang "bercakap-cakap" dikedai kopi atau di warung-warung betapa "Rakyat" kini bangun untuk menumbangkan BN. TV1, 2, 3 dan Astro barangkali tidak menyiarkannya tapi rakyat di kawasan amat sedar dan arif mengenainya. Undi protes jauh lebih besar kali ini. BN bersiaplah dengan sokongan rakyat. 

Himpunan Perdana Pakatan Rakyat 27 April 2013 di Beaufort dengan ribuan rakyat


PR akan memenangi Parlimen P.177 Beaufort (Dun Klias dan Kuala Penyu). Musnahlah ego pemimpin BN di Beaufort. Parlimen Papar, Kimanis, Keningau pasti dalam genggaman.




                        Anwar di Parlimen Kota Marudu



Dalam PRU 2004 Maximus Ongkili hanya memperolehi majoriti 3,189 dan tahun 2008 dengan majoriti 4,198, dengan kenaikan 1,009 undi sahaja pada seorang yang bertaraf Menteri Persekutuan. Jika pada tahun 2008 calon PR Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau boleh mendapat undi 7,830 dan Roslan Mohd Zain (Bebas) boleh memperolehi undi 1,109 tentu Maximus Ongkili BN pada tahun 2013 tidak boleh duduk diam dan memandang rendah betapa 8,939 pengundi benci dan rasa tidak puas hati rakyat Kota Marudu kepada Maximus. 

Anwar di Parlimen Sepanggar (Dun. Inanam)

Gelombang Rakyat: Rakyat menyokong PR di Parlimen Sepanggar. Ribuan rakyat di Inanam.
Pertandingan 4 penjuru di Parlimen Sepanggar tentu lebih sengit. Apakah Jumaat Idris dari BN boleh merampas semula kawasan ini? Nama-nama seperti Jeffrey Kumin @ John(DAP/PR) dan Chin Hon Kiong (SAPP) tentu akan menggegarkan lutut Datuk Jumat Idris Ketua Bahagian Sepanggar ini. Dengan kekayaan Datuk Jumat ini mampukah dia menang?

 ANWAR DI PARLIMEN PENAMPANG

Rakyat bangun. mereka sedar Dompok perlu di singkirkan. Tidak senang duduk sekarang Dompok!

TUMBANGKAN DOMPOK/BN

Jumlah Pengundi: 35,821
Peratusan Kaum: B/I:11.18 % B/B/I:55.32 % C: 32.79% L:0.71 % 
1. Tan Sri Bernard Giluk Dompok (BN) (13,400) 
2. Anthony Tibok (Bebas) (696)
3. Livired Missih @ Willybroad Missi (Bebas) (404)
4. Edwin @ Jack Bosi (PKR) (10,337) 
Majoriti: 3,063

TAHUN 2013
DENGAN PENGUNDI 43,502  KERJASAMA PAKATAN RAKYAT, TIDAK MUSTAHIL BERNARD DOMPOK BOLEH DITUMBANGKAN SEPERTI PRESIDEN SUPP TAN SRI DR GEORGE CHAN HO NAM DI DUN PIASAU SARAWAK KEPADA CALON MUDA 
LING SIE KIONG DAP. 



PAKATAN RAKYAT DI PARLIMEN LIBARAN



Juslie Ajirul tidak lagi akan mendapat kemenangan dengan mudah. Sahar Saka (Bekas AJK Bahagian dan Mohd Serman Hassinar AMK Sabah tentu tidak akan memberi ruang kepada orang kuat Musa Aman ini. 

Anwar dan Pakatan Rakyat di Tawau.

Ribuan rakyat Tawau. Ini kalilah!

61 comments:

sabahterkini said...

Gelombang rakyat vs gelombang biru. Apa rosmah akan membantu? Apa musa rasa selanat. Bawalah duit berjuta tu. kemaslah awal2 fail2 sulit dll tu sebab 6 hb tidak sempat nak ambil..

Borneo Bullet said...

aikk!! bukan pakatan mau gulung tikar sudah ka?

berapa ramai sudah ahli-ahli PKR keluar sertai BN.. ketua cabang yang lebih dulu angkat kaki..

Borneo Bullet said...

gelombang rakyat ka, gelombang biru ka.. yang pasti satu gelombang besar akan menghanyutkan harapan anwar ibrahim untuk menjadi perdana menteri.. jangan ingat bekas ketua2 cabang PKR tidak melakukan apa2 untuk tumbangkan anwar..

Sotong Kurita said...

ANWAR IBRAHIM: MALAYSIA'S SAVIOR OR DESTROYER

Anwar is never a fair political player by any standard, he may be able to fool some of the people in Malaysia some of the time, but he definitely cannot fool all the people in Malaysia all of the time.

Sotong Kurita said...

ANWAR IBRAHIM: MALAYSIA'S SAVIOR OR DESTROYER

To the discerning eyes, his political games are very obvious but to many, his deceptions are flawless. This is the shrewd political game that he played against Yong Teck Lee as the President of Sabah Progressive Party (SAPP) and Datu Dr Jeffrey Kitingan right from 1994 until today.

Sotong Kurita said...

ANWAR IBRAHIM: MALAYSIA'S SAVIOR OR DESTROYER

It is just unfortunate the less politically exposed Yong and Jeffrey cannot see through these deceits, and still they willingly come back for more. How persons like these can lead Sabah? We may as well stick it out with BN with all their idiosyncrasies; at least we know BN are bunch of idiots and not claiming to be otherwise. Unlike the PAKATAN and local oppositions who claim their struggle are for the people in Sabah, yet they are inconsistent and most time do not really understand what they are saying.

Sotong Kurita said...

ANWAR IBRAHIM: MALAYSIA'S SAVIOR OR DESTROYER

It is obvious that the ‘negotiation’ between Yong from SAPP and Anwar from Pakatan is doomed to failure right from the word GO. Whatever people may label Anwar to be does not matter, it all boils down to Anwar is a “Malay Bigot”. He cannot help it; this is how he was raised. Where ever he goes Malays and Muslims are his powerbase, not the multi-racial Malaysia that he claims to represent. The Indians, Chinese, Kadazans, Ibans and even the Malay kampong folks are just his tools that he can use to achieve his single overriding ambition, to sit at Putrajaya and lord over Malaysia.

Sotong Kurita said...

ANWAR IBRAHIM: MALAYSIA'S SAVIOR OR DESTROYER

The Western Coast of Malaya is where Anwar’s political strength resides specifically the urban areas - Not the East Coast of Malaya, Not Sarawak and obviously Not Sabah. Democratic Action Party (DAP) will complement and supplement the Urban Malay votes through Pakatan. In order to ascertain his Malay powerbase, he use PAS through Pakatan which servers a convenient vehicle to pull in the Malay votes especially the rural Malays.

Sotong Kurita said...

ANWAR IBRAHIM: MALAYSIA'S SAVIOR OR DESTROYER

What does Anwar bring to the table to realize his ambition? The Buku Jingga? Buku Jingga Sabah? Kuching Declaration? Pakatan Manifestoes? And the latest the Sabah Pakatan Manifestoes? Actually Anwar brings nothing to the table other than the injustice on him from the establishment that he was once part of and celebrated in, which he cunningly cloaked under the guise of injustice of the establishment over the people. Therefore, it was never the injustice over the people, who are marginalized, disenfranchised, left behind and overlooked in the main-stream development of this country – in short, it was never about the people or the country – it has always been and will always be, about himself.

Sotong Kurita said...

ANWAR IBRAHIM: MALAYSIA'S SAVIOR OR DESTROYER

He utilizes Orwellian Double Speak to fool some of the people, he talks about good governance and transparency; he talks about nepotism and cronyism when he himself and the party he led is shrouded deep in secrecy, intrigues and conspiracies. Obviously this fits right into the chauvinistic ideals of DAP and the religious zealots and mullahs in PAS. What they have not yet realized is that they are being led a person who is willing to destroy the country as long as he achieves his selfish ambition and to lord over Malaysia.

Sotong Kurita said...

ANWAR IBRAHIM: MALAYSIA'S SAVIOR OR DESTROYER

It is an open secret that he is willing to sell cheap to the International Monetary Fund (IMF) and the World Bank when Malaysia was in dire financial crisis. Therefore, it is not unbelievable conspiracy that he is willing to negotiate with terrorist, the likes of Nur Misuari and the Kirams which resulted in the death of our security forces. To achieve his personal ambition, whatever happened to Malaysia is just collateral damage and probably he may feel “deep collateral guilt”.

mantera said...

Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Semporna bertindak keluar parti selepas hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang didakwa gagal memperjuangkan konsep keadilan.

mantera said...

Timbalan Ketua Cabang PKR Semporna, Mohd. Jakarah Asmad mengisytiharkan mereka keluar PKR dan menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

mantera said...

Kami bertindak keluar kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang tidak mendukung konsep keadilan yang kononnya menjadi asas perjuangan mereka sejak ia ditubuhkan.

mantera said...

Saya tidak nampak bagaimana ia boleh berlaku adil kerana dalam soal pemilihan calon pilihan raya pun mereka tidak berlaku adil kepada ahlinya sendiri dengan mengenepikannya dan meletakkan calon luar yang tidak pernah buat apa-apa.

mantera said...

"Kami juga keluar kerana manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjurus ke arah kebaikan dan memberi banyak manfaat kepada rakyat. Tiada sebab untuk kami menolaknya," katanya

mantera said...

Beliau turut mengumumkan beberapa ranting PKR dalam cabang Semporna turut dibubarkan.

"Ranting yang dibubarkan ialah ranting saya sendiri iaitu Kubang Pinang, Pukas Atas, Bait, Umadal, Terusan dan ada lagi beberapa ranting yang memaklumkan pada saya bahawa mereka akan bubar," katanya.

mantera said...

"Rupanya PKR bukan mengamalkan keadilan. Mereka kurang konsisten dan tidak menepati janji sehingga ramai ahlinya keluar.

mantera said...

Semakin ramai ahli PKR keluar daripada parti itu termasuk mereka yang mengasaskannya dan menyertai BN, bukan saja di Semporna tetapi di seluruh negara,"

sabahterkini said...

Gelombang rakyat vs gelombang biru. Apa rosmah akan membantu? Apa musa rasa selanat. Bawalah duit berjuta tu. kemaslah awal2 fail2 sulit dll tu sebab 6 hb tidak sempat nak ambil..

sabahterkini said...

Senyum tengok orang pkr yang keluar tu!!!!!! Memang patut kena reject...... Kalau umno 61 kena reject. PR belum kira lagi... Adalah setakat ini 5 dan dua tiga org kuat ansari. Lain2 tu biasalah ketua cabang tidk jadi calon dan memang nak duit segera musa aman. Kan mereka ambil duit di pejabat umno baru ini..... Ambil ambil. Politik umno macam kita ni bukan dari umno hahahaha

sabahterkini said...

Macam Saidil ketua cabang tu..... Haga ambilah.... Rasa mcm terberak pula bila umno ambil dia. Syukur syukur lepas ni jadi sampahlah 5 ketua cabang tu....

sabahterkini said...

Borneobullet, mantera, harry tengok tu yang ramai datang... Mereka tidak dibayar datang mcm umno/bn utk ramaikan orang....... Mereka dtang dgn satu misi menumbangkan BN. Setakat 5 ketua cabang, 1 ketua cabang beaufort, kumpulan ansari yang bebas dan beberapa lagi kutu berangak tu tidak mencetuskan isu sangat. Malah rakyat lgi faham bahawa umno/ bn sudah membeli mereka. ( itu persepsi rakyat sekrang).... Lagipun PR sudah menjangka tindakan mereka. UMNO memecat 61 ahlinya ( kononlah) dgn perkataan serius" tidak boleh masuk umno selama-lamanya"...... Tapi kalau ada kepentingan mcm 5 orang ketua cabang tu boleh....macam Ramli Ukin juga.... Boleh......begitulah adnya cerita pelanduk dan sang kancil versi baru umno porno ni

Unknown said...

Nampaknya siapa yang diam selepas ini bila sudah tewas pada PRU13 ini.ahaha :D

Unknown said...

Kerajaan BN nampaknya telah pun mempertahankan kerusi yang ditandingi di Sabah dan juga persekutuan.

Unknown said...

Mari kita sama-sama mengenali siapa 'Huguan Siou' di Sabah. Datuk Seri Panglima (DSP) Joseph Pairin Kitingan (dilahirkan pada 17 Ogos 1940 di Papar, Sabah) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-7. Pairin juga menerajui PBS dalam memenangi tiga lagi pilihanraya negeri pada 1986, 1990, dan 1994.

Unknown said...

DSP Pairin Kitingan merupakan Pemimpin Utama dan 'Huguan Siou' atau ketua komuniti untuk suku kaum Kadazandusun di Sabah, dan beliau pernah memimpin Kerajaan Negeri Sabah bermula April 1985 hingga Mac 1994. Beliau memegang jawatan ini selama sembilan. Kini beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan memegang kedua-dua jawatan ini sejak Mac 2004.

Unknown said...

Pairin mulai giat dalam politik sejak tahun 1975. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Tambunan pada tahun 1976 di bawah parti BERJAYA, sebuah parti yang dipimpin oleh Harris Salleh. Pairin tidak puas hati pada kepimpinan parti ini dan membantah sesetengah daripada polisi parti ini. Beliau berasa bahawa parti ini telah terkeluar daripada perjuangan asalnya. Akhirnya beliau terpaksa meninggalkan parti ini pada tahun 1984.

Unknown said...

Sejarah yang pasti tidak pernah dilupakan dalam politik Sabah yang mana satu kejutan politik yang berlaku di negeri Sabah yang tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini ialah semasa DSP Pairin membuat tindakan Drastik keluar dari BN beberapa hari sebelum hari pengundian pada tahun 1990. Apa yang berlaku selepas PBS keluar daripada BN? Hasil daripada keputusan pilihanraya pada tahun tersebut menyaksikan PBS berjaya memenangi 14 Kerusi Parlimen dan baki 6 kerusi dimenangi oleh parti USNO. Kemenangan tersebut menyaksikan PBS telah menjadi parti pemerintah di negeri Sabah.

Unknown said...

Berikutan daripada pergolakan politik semasa yang berlaku dalam arena politik negeri Sabah termasuk parti PBS, pada 23 Januari 2002, DSP Pairin telah mengambil keputusan untuk kembali semula ke pangkuan BN. Ramai yang tidak mengetahui bahawa DSP Pairin telah melakukan kunjungan hormat ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia.

Unknown said...

Walaupun DSP Pairin menikam BN dan Tun Dr. Mahathir dari belakang (1990), tetapi sepanjang pertemuan itu (2002), Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi layanan 'First Class' yang menyentuh hati DSP Pairin. Tun Dr. Mahathir tidak sekalipun mengungkit perbuatan DSP Pairin, malah sehabis pertemuan itu, Tun Dr. Mahathir mengiringi DSP Pairin sampai ke pintu luar pejabat Perdana Menteri.

Unknown said...

Perkara tersebut menyebabkan DSP Pairin menitiskan air mata. DSP Pairin tidak menyangka betapa mulianya hati dan budi pekerti Tun Dr. Mahathir Mohamad, jika dibandingkan dengan tindakannya yang terdahulu 'menikam' BN dari belakang.

Unknown said...

Keputusan DSP Pairin yang keluar dari BN pada tahun 1990 itu bukanlah keputusan peribadi beliau. DSP Pairin tidak melakukan keputusan “one man gang” tetapi ianya adalah keputusan Ahli Majlis Tertinggi PBS pada malam itu di Seri Gaya, di mana sebagai Presiden, DSP Pairin memegang keputusan secara konsensus. Bukannya kuasa veto.

Unknown said...

Hari ini, DSP Pairin menerima penghormatan yang tinggi di dalam kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, juga sangat dihormati dalam Barisan Nasional dan di kawasan Parlimen.

Unknown said...

Walaupun pada masa sekarang DSP Pairin hanya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sedangkan beliau pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, namun sifat “negarawan” beliau terserlah di peringkat negeri dan nasional.

Unknown said...

"Apa yang menarik sekali berkaitan dengan DSP Pairin Kitingan ialah beliau dalam mana-mana ucapannya tidak akan cuba memalukan seteru politiknya, tidak akan menghina orang lain, tidak bersifat pendendam walaupun dikutuk habis-habisan"..

Unknown said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) komited dalam memastikan lebih ramai penduduk asal di negeri ini memiliki tanah sendiri menerusi kaedah geran berkelompok yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lepas.

Unknown said...

Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata jika BN mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 ini, kerajaan akan berbuat demikian untuk terus memakmurkan dan mengutamakan kepentingan rakyat di negeri ini.

Unknown said...

"Kita mengutamakan orang asal, bukannya syarikat-syarikat dari luar seperti diamalkan beberapa pemimpin sebelum ini, tuan-tuan boleh periksa fail di Jabatan Tanah dan Ukur.

Unknown said...

"Saya tidak pernah bagi tanah kepada syarikat luar, sebaliknya kita bagi (tanah) kepada rakyat supaya mereka dapat memiliki tanah sendiri," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan geran berkelompok kepada 150 penduduk dari Kampung Bombong 1 dan 112 penerima dari Kampung Sungai Magandai, di sini Rabu.

Unknown said...

Mengenai permintaan penduduk tempatan untuk mengusahakan tanah milik Lembaga Pembangunan Perhutanan Sabah (SAFODA) di daerah ini, Musa berkata beliau akan mengarahkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal membuat kajian mengenai perkara itu.

Unknown said...

"Kita akan selesaikan masalah dan beri tanah itu kepada rakyat yang sudah lama tinggal dan berkebun di situ...kita menghormati mereka. Mereka sudah lama tinggal di situ dan adalah menjadi keutamaan kepada kita untuk memberikan tanah itu (kepada rakyat)," katanya merujuk isu yang dibangkitkan penyandang Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Unknown said...

Tanah seluas 4,707 hektar itu yang sebelum ini diberikan kepada Syarikat Begaraya ketika era pentadbiran bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee walaupun ia sudah diduduki oleh penduduk asal kampung itu.

Unknown said...

Dalam pada itu, katanya permohonan tahan empat kampung berhampiran iaitu Kampung Sonsogon Magandai, Sonsogon Suyad, Sonsongan Paliu dan Binontungan Suyad menerusi kaedah geran berkelompok, sedang diproses.

Unknown said...

Parlimen Kota Marudu diwakili calon BN Maximus yang berdepan tiga calon dari Parti Keadilan Rakyat, Parti Reformasi Sabah dan Parti Maju Sabah.

Unknown said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pembangunan pesat dinikmati Sabah selama ini, antara lain adalah hasil peruntukan berbilion ringgit setiap tahun daripada kerajaan pusat.

Unknown said...

Beliau berkata ia dipermudahkan lagi menerusi kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan yang ditadbir Barisan Nasional (BN).

Unknown said...

Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata dasar dan pelbagai inisiatif kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas memberi manfaat langsung kepada rakyat juga merupakan faktor sokongan kuat rakyat kepada BN.

Unknown said...

Berdasarkan faktor berkenaan, beliau yakin BN akan dapat membentuk kerajaan baharu selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini, katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan kaum Tionghoa di sini Isnin.

Unknown said...

Sokongan berterusan rakyat kepada kerajaan BN selama ini adalah manifestasi daripada kebijaksanaan rakyat 'Negeri Di Bawah Bayu' ini dalam menilai kepimpinan yang diinginkan untuk membela kepentingan mereka, katanya.

Unknown said...

Katanya sokongan rakyat negeri ini terhadap Najib dan BN terserlah berdasarkan sambutan meriah rakyat terhadap lawatan pemimpin BN sama ada negeri atau pusat termasuk perdana menteri pada program pemimpin bersama rakyat.

Unknown said...

"Saya sudah menjelajah seluruh Sabah, ke Keningau, Tenom, Sipitang, Beaufort, Sandakan, Beluran dan banyak lagi.

Saya boleh rasa sambutan rakyat sangat meriah, sangat baik. InsyaAllah, kita (BN) sekali lagi akan bentuk kerajaan," katanya.

Unknown said...

Katanya Najib merupakan seorang perancang yang baik serta pemimpin yang penyayang dan dengan itu hubungan baik kerajaan negeri dan pusat yang sekian lama terjalin perlu dikekalkan demi kebaikan rakyat Sabah.

Unknown said...

Ketua Menteri berkata sumbangan masyarakat Tionghoa dalam pembangunan ekonomi Sabah dan Malaysia amnya tidak dapat dinafikan dan berharap masyarakat itu terus menyokong kerajaan BN yang sentiasa peka dalam menyediakan persekitaran kondusif untuk perniagaan.

Unknown said...

Musa yakin melalui kerjasama erat dan saling membantu antara kerajaan dan masyarakat Tionghoa, akan membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan kepada Sabah untuk dinikmati rakyat pelbagai suku dan kepercayaan.

Unknown said...

Katanya sejak beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, bantuan kerajaan kepada sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh, gereja serta kuil telah meningkat kepada sebanyak RM30 juta setahun berbanding sebelumnya antara RM1 juta hingga RM2 juta setahun.

Unknown said...

Ketika menghadiri program pemimpin bersama rakyat di Balung, Musa mengingatkan rakyat supaya menolak pakatan pembangkang yang hanya tahu menabur janji namun gagal menepatinya sehingga ada rakyat di negeri ditadbir pembangkang menyaman kerajaannya sendiri.--

Blackforest said...

Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wlfred Bumburing masing-masing tewas dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen dimenangi mereka atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Memang jelas lompat parti bukanlah jaminan akan mendapat undi.

Blackforest said...

Lajim yang bertanding atas tiket PKR tewas kepada Ketua Wanita UMNO Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun, manakala Bumburing yang turut menggunakan lambang PKR kalah kepada calon BN yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau.

Blackforest said...

Tindakan segelintir ahli yang sabotaj parti menjadi punca kemerosotan Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Blackforest said...

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, masalah itu dapat dielakkan dengan menubuhkan jawatankuasa disiplin parti di setiap bahagian sekaligus menjadi langkah pencegahan perkara sama berulang.