Sunday, 19 February 2012

MT UMNO PADA 23 FEBRUARI 2012, WAKIL MT SABAH MESTI BERANI BERSUARA!

Empat MT yang diberi mandat. Jadi jalankan kerja

Mesyuarat bulanan MT UMNO akan diadakan pada 23 Februrai 2012 (Khamis) di pejabat UMNO jam 8.00 pm. MT UMNO dari Sabah mesti berani menyuarakan pendapat mereka. 

Suasana berterus terang sebelum ini yang menyaksikan pertelingkahan lidah "Face to Face" antara Musa Aman dan Lajim Ukin mesti diteruskan agar isi hati dan menyampaikan maklumat sebenar dapat dilakukan. MT UMNO dari Sabah harus berhenti dari mengampu ketua. PRUKe13 dah hampir jadi segala isu mesti diselesaikan secara dalaman UMNO. 

Apakah Lajim Ukin akan menghentam Musa Aman lagi?
Bagaimana dengan Shafie Apdal? Bung Mokhtar ?
Bung Mokhtar yang terkenal lantang mesti berani menegur Musa Aman. Shafie Apdal Naib Presiden jangan mengambil jalan tengah dengan kaedah "playsafe". Pemimpin UMNO mesti menyuarakan hal sebenar. 

UMNO Sabah mesti ada pemimpin yang berani bersuara untuk mencipta suasana "check and Balance" yang selama ini mencerminkan Musa Aman terlalu berkuasa dan tidak boleh ditegur. MT UMNO mesti membincangkan isu ini dalam MT pada 23 Februari ini.

1) RCI PATI yang belum diumumkan. Apakah kesannya kepada rakyat Sabah, khususnya terhadap perjuangan rakan-rakan parti komponen BN di Sabah.

2) Kerusi-kerusi panas di Sabah yang telah dikenal pasti. Perbalahan parti komponen, isu parti baru yang mungkin boleh menggugat, sikap pemimpin yang gemar hentam rakan.

3) Kedudukan UMNO Sabah di bawah kepimpinan Musa Aman yang telah lama, apakah kesannya kepada rakyat Sabah?  



1 comment:

Anonymous said...

jangan ketepikan pemimpin tetapi perbaiki sikap pemimpin tidak betul pada pemimpin tersebut.tanpa rakyat siapalah pemimpin maka hak rakyat menegur pemimpin agar pimpinan berada dilandasan yg betul.