Saturday 25 February 2012

INI YANG KITA ADA KERANA MUSA?




Datuk Hasnol Ayub di lantik sebagai, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah (IDS). Mengikut rekod, Mohd Hasnol bin Ayub, 44, merupakan anak abang kandung Musa Aman iaitu Datuk Ayub Aman yang berkelulusan Diploma Lanjutan Pentadbiran Perniagaan dan MBA daripada University of Wales,United Kingdom turut menjadi Pengarah Suria Capital Berhad dan Pengarah Urusan Jahsia Construction Sdn, Jahsia Sdn.Bhd, Pengarah Sabah Port Sdn.Bhd, S.P.Satria Sdn.Bhd, Pengarah Hikmat Bumimaju Sdn.Bhd dan menjadi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah sejak 2004. sila klik


Apakah Hasnol mempunyai kredibiliti mengetuai ‘Think Tank’ Kerajaan Negeri? Sekarang beliau adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Penampang. Inilah kan pemimpin yang kita adakan. Kalau tak kerana Musa Bin Aman agak-agak keluarga Musa Aman mana ada peluang duduk di kerusi yang indah-indah?  Itu yang mereka lupa mengenai diri mereka. 


Nota:

Kita dah ketandandusan orang yang berwibawa di Sabah agaknya.


1 comment:

Unknown said...

anda teda kenal Dato Ayub Hj Aman. beliau bekas menteri 2 kali, bah. keturunan Gunsanad yang berjaya menghapuskan pengganas Sulu dan Rundum!!