Sunday 19 February 2012

RCI PATI MUNGKIN TIDAK JADI, TAPI ORANG YANG DAPAT MY KAD BAKAL BERTAMBAH?


Oleh: Orang Sabah Prihatin


Tertera Sijil Kelahiran lewat "Penama". Nombor Siri adalah
sama dicatat dalam Kad di bawah di ruangan No.Mykad SBXXXX/XX 


Ditengah RCI seperti "SURPRISE" nak di tubuhkan. Ada pihak yang telah memberikan info - Seorang pemegang passport Filipina (nanti ditunjukkan kemudian) telah mendapat Sijil Kelahiran Malaysia yang didaftarkan pada September 1991.


Persoalan:

1)    Apakah  terdapat pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang terlibat memberi cabutan Sijil Kelahiran (Pendaftaran Lewat) kepada pemohon? Tidak diteliti?

2)     Mengapa si “penama” mempunyai kad keahlian dari sebuah  
 pertubuhan terkenal di Sabah dan kad ini perlu di bawa oleh  si “penama” semasa berada di semenanjung. Apakah kelebihannya?

3)    Apakah kaitan sebuah pertubuhan di Sabah yang dinyatakan oleh “penama” ini ? kerana dalam kad keahliannya (siri number XXXX) jelas tertera nombor Sijil Kelahirannya.

4)    Sedangkan si “penama” jelas mempunyai Passport Filipina. Apakah ini satu usaha mendapat my kad?

5) Apakah terdapat pemimpin tertentu mendalangi kemungkinan kegiatan pemberian taraf kerakyatan?

Kad yang dimiliki oleh si "penama" Kenapa kad ini disimpan kalau dia bukan warganegara asal yang memang "penama" tidak layak sebagai keahliannya? Apakah ini kad khas untuk di Semenanjung saja? 

atau ada pihak lain yang mungkin telah MENYALAHGUNAKAN NAMA PERTUBUHAN ini untuk kepentingan PIHAK tertentu. Kita khuatir jika ada pihak mengambil kesempatan. Ada info menyatakan perkara ini sudah dilaporkan kepada seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Muka Depan. No Mykad adalah sama
dengan nombor Sijil Lahir "Penama"

Muka Belakang Kad


 Nota: Passport akan dipaparkan kemudian...

1 comment:

Anonymous said...

PBS,UPKO,SAPP,LDP,PBRS suara pemimpin tertinggi anda amat diperlukan.sudah tiba masanya anda ketepikan tekanan nasional dalam membendung isu ini.jangan berdiam diri lagi anda seolah-olah menghalalkan cara.sebagai generasi ke-2 selepas merdeka status bumiputra anak negeri yg tulen bergantung harapan dengan perjuangan parti2 komponen.apakah mandat perlembagaan 121 ketika ini?