Saturday 31 March 2012

UMNO BAHAGIAN BEAUFORT TOLAK AZIZAH?

oleh: Haji Hussin

Kurang Keras Tapi Cukup Panas?

Apa mesej yang cuba ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Beaufort apabila Setiausaha Bahagian Beaufort mengumumkan UMNO Bahagian Beaufort tidak mahu mencadangkan Azizah Mohd Dun sebagai calon Dun Klias Beaufort? 

Musa dan Azizah bertemu- Kenapa pula Nurnikman
pemimpin buangan ini turut sama? 
Nampaknya polemik politik Bahagian Beaufort berterusan lagi sejak Azizah Mohd Dun menentang Lajim Ukin sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort semasa pemilihan 2 tahun lalu. Azizah yang dikatakan sebagai tunggangan Musa Aman bertarung merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian telah tewas dan hampir tewas sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian dengan jumlah 40 undi.

Semua orang tahu Azizah memang tidak sebulu dengan Lajim Ukin. Lantaran itu majoriti AJK Bahagian UMNO Beaufort sangat tidak menyenangi Ketua Wanita UMNO ini yang ghairah mahu menumbangkan Lajim Ukin yang dianggap Janang Gayuh oleh kaum Bisaya di Sabah.

Permusuhan Musa Aman dan Lajim Ukin di Sabah bukanlah sesuatu yang baru dan asing. Sejak Lajim Ukin digugurkan sebagai Timbalan ketua Menteri oleh Musa Aman, dan usaha menjatuhkan Lajim dengan pelbagai cara termasuk terbaru mengarahkan semua Pegawai Daerah di Parlimen Beaufort tidak menjemput Timbalan Menteri itu merasmikan majlis kerajaan (seperti penyerahan BR1M DLL) dan peruntukan PPN Sabah di Beaufort dibekukan. Kerja siapakah ini?

Kenapa Azizah mempersoalkan peruntukan PPN Sabah yang dikatakan tidak wujud dipohon oleh Lajim Ukin ini? Apakah niat sebenarnya sehingga arahan pembekuan oleh Musa Aman? (Sila semak dengan Matusin Pengarah PPN Sabah mengenai arahan ini). 

Arahan ini dikatakan telah diselesaikan apabila YAB PM mengarahkan projek pembangunan seperti masjid dan kemudahan infrastruktur di teruskan. Apakah Musa dan Azizah menganggap Lajim Ukin ini bodoh?

Mereka bukan seperti  Jumat Idris yang mengampu. Dapat
projek KKLW berjuta tapi menjilat Musa Aman. 
Oleh itu kemelut yang berpanjangan ini tentu ada sebabnya. Justeru pengumuman oleh SU Bahagian UMNO Beaufort itu bukanlah sesuatu yang menghairankan dan menjanggalkan tetapi sudah dijangka. 

Apakah UMNO Bahagian Beaufort takut dengan Musa Aman?

Apakah agaknya reaksi SB, BTN, Kemas dan JASA di Beaufort? 4 agensi dibawah ketiak Musa ini tentu tidak akan berpihak kepada Lajim Ukin dan kumpulannya. Baca saja komen di Facebook sewenangnya mereka menganyang Lajim, SU Bahagian dan UMNO Beaufort kerana mendedahkan di media massa secara terbuka.

Apa pilihan? Kalau sudah semua sumber Musa Aman kuasai? Hanya yang bermuka-muka dan tidak ikhlas dengan UMNO sahaja akan takut dengan Musa Aman. 

PM kena dengarlah..Kalau orang dah tidak suka jangan letaklah jadi calon. Kalau kalah yang menyesal UMNO juga. 


Kenyataan Balas Pengikut Azizah


Kata Munah orang kuat Azizah.


“Umno Bahagian Beaufort tidak wajar membuat kenyataan sedemikian kerana hanya presiden parti yang berhak menentukan calon.

“Apapun persepsi segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab kami yakin Ketua Wanita Beaufort bersedia dipanggil oleh YAB Presiden untuk memberi penjelasan atas apa sahaja perkara yang berlaku di Bahagian Beaufort sekiranya diperlukan,” katanya.

Bukan tidak bertanggungjawab tapi dah tidak tahan dengan perangai Kak Azizah ni yang asyik pentingkan diri sendiri. Mesyuarat Bahagian pun tidak hadir mentang-mentanglahdia orang Musa Aman dan Menteri Penuh Sabah. Info yang kita dapat keputusan tidak membuat pilihan Azizah diputuskan bersama dalam mesyuarat pun telah dimaklumi oleh Azizah sendiri dan beberapa orangnya yang mengangkat undi tangan. Bagi saya kenyataan terbuka SU Bahagian ini adalah wajar biar Azizah ini sedar siapa dia. 

Rupanya mereka ini faham kuasa PM yang menentukan calon. Baguslah selagi kefahamannya  bukan Musa Aman atau semua Ketua Menteri/ Menteri Besar di negara ini.


Rasanya dah tiada penjelasan kepada Presiden parti. Mungkin Presiden pun dah maklum mengenai Azizah anak Mohd Dun ini. Siapa tak kenal keturunan Mohd Dun di Beaufort? Apa sumbangan besar mereka kepada anak bangsa Bisaya di Beaufort semasa menjadi wakil rakyat?




2 comments:

Anonymous said...

Zizah oh azizah kau wanita tua... Pipi mu herot dan muka tension... Kau ingat kau bijak menyerang dari dalam. Lupa kau lajim tu siapa

Anonymous said...

Ketawalah orang-orang azizah apabila senarai bocor CM didedah kepada umum kononnya datuk lajim digugurkan ( jika ikut senarai cm). Apabila datuk lajim pusing 24 darjah mendekati SPF panas sabah dan cm sekali. CM dikatakan berusaha untuk jumpa lajim tapi lajim membakul sampahkan ajakan cm. Dengarnya PM pula yg trpaksa memujuk lajim... Dengarnya itu sebab isu SPF reda...