Tuesday 14 May 2013

KABINET MALAYSIA BAKAL DIUMUM TERDEDAH!



Dato' sri Mohd Najib Tun Razak - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 1 tu confirmlah.
Tan Sri Muhyiddin Yassin- Timbalan Perdana Menteri

Lain-lain tunggulah jam 5 ya. Sms telah berlegar sana sini mengatakan Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Penerangan.......

YB Sabah dan Sarawak pula berharap mereka dilantik lebih ramai menjadi Menteri Kabinet. Surat khabar Berita Harian dan Utusan pun sudah membuat spekulasi. Bah tunggu sahajalah....

65 comments:

Mumbai said...

hehe.. Khairi Jamaluddin jadi menteri belia dan sukan la..

Mumbai said...

The Prime Minister included three new Ministers from Sabah – Tan Sri Joseph Kurup (Pensiangan), Datuk Ewon Ebin (Ranau) and Datuk Rahman Dahlan (Kota Belud) – when he named his new Cabinet at 5.30pm Wednesday. Datuk Seri Najib Tun Razak also retained three other Sabah Ministers – Datuk Shafie Apdal (Semporna), Datuk Anifah Aman (Kimanis) and Datuk Dr Maximus Ongkili (Kota Marudu).

Mumbai said...

This is two up from the previous Cabinet where Sabah only had four Ministers, and is seen as a reward for Sabah for delivering 23 parliament seats for the Barisan Nasional. Najib, in unveiling his Cabinet, also named newcomers, Datuk Mary Yap (Tawau) and Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) as new deputy Ministers while retaining Datuk Rahim Bakri (Kudat) and Datuk Rosnah Shirlin (Papar).

Mumbai said...

Both Shafie and Anifah have been retained in their old portfolios – Minister of Rural and Regional Development and Foreign Minister respectively. However, Maximus was given the Energy, Green Technology and Water ministry instead of the Science, Technology and Innovation portfolio he held previously.

Mumbai said...

Kurup who was a deputy Minister of Natural Resources and Environment was promoted to Minister in the Prime Minister’s Office. Rahman was seen as the surprise choice as Federal Territories and Urban Well-being Minister, while the UPKO choice, Ewon, was named Minister of Science, Technology and Innovation.

Mumbai said...

As expected, Tawau and Beaufort MPs, who beat better-known candidates were also included in the cabinet, but as deputy Ministers. Mary Yap, with a ‘super headmistress’ background was named deputy Minister of the merged Education and Higher Education ministry helmed by deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mumbai said...

Azizah was named the Women, Family and Community Development deputy Minister. The two old faces, Rahim and Rosnah saw themselves having new portfolios as deputy ministers; Rahim is deputy at the Defence Ministry while Rosnah assists in the Ministry of Works.

Mumbai said...

Datuk Seri Najib Razak menamakan Kabinet baru hari ini yang didominasi oleh pemimpin kanan Umno dan muka baru dari Sabah dan Sarawak termasuk kejutan kemasukan pemimpin Transparency International, Datuk Paul Low.

Mumbai said...

Kemasukkan ahli veteran Umno dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam Kabinet dan indikasi jelas Najib memberikan tumpuan kepada pemilihan Umno yang akan berlangsung akhir tahun ini. Khairy sekarang ini merupakan Menteri Belia Dan Sukan; manakala Low adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Mumbai said...

Muka baru lain adalah ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan mengetuai Kementerian Perancangan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pengerusi Hindraf P Waytha Moorthy turut dinamakan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mumbai said...

“Saya menyifatkan ini sebagai Kabinet berimbang, mereka yang berpengalaman, teknokrat dan mereka yang mewakili golongan muda,” kata Najib membuka kata semasa mengumumkan Kabinet barunya sebentar tadi. “Saya percaya mereka yang berpengalaman akan mengimbang dari segi kesinambungan berdasarkan pengalaman mereka sama ada sebagai timbalan menteri atau menteri sepenuhnya.

Mumbai said...

“Mereka yang merupakan teknokrat akan menyumbang dari segi kepakaran khusus mereka yang amat penting untuk menyumbangkan idea-idea yang kreatif lagi bernas untuk dipertimbangkan kerajaan. “Mereka yang muda selain kebolehan mereka, dan juga dapat membawa cita rasa golongan muda kepada kerajaan,” tambah beliau lagi.

Mumbai said...

Timbalan Perdana Menteri kekal di sebagai Menteri Pelajaran 1 di dua kementerian digabungkan menjadi Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi dibantu oleh bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pelajaran 2. Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim Kabinet sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mumbai said...

Naib-naib presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein bertukar portfolio dimana Zahid berpindah ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) manakala Hishamuddin pula ke Kementerian Pertahanan. Sementara Datuk Seri Shafie Apdal pula kekal sebagai Menteri Pembangunan Wilayah Dan Luar Bandar.

Mumbai said...

Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kekal sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Dan Menteri Kewangan Kedua. Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel diletakkan sebagai Menteri Alam Sekitar Dan Sumber Asli.

Mumbai said...

Kabinet kali ini juga menyaksikan buat kali pertama dalam sejarah, parti komponen BN MCA tidak menghantar wakil. Bagaimanapun, jawatan Menteri Pengangkutan dikosongkan untuk parti itu akan tetapi dipangku oleh Hishamuddin.

Unknown said...

Dalam pengumuman tersebut, antara menteri yang mengekalkan portfolio masing-masing ialah;, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal); Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah); Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, (Datuk Seri Mustapa Mohamed) dan; Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman).

Unknown said...

Sementara itu muka lama yang bertukar portfolio pula termasuklah; Bekas Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) yang kini memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia; Bekas Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri Dr S.Subramaniam) kini Menteri Kesihatan.

Unknown said...

Barisan Kabinet pada kali ini juga tampil lebih dinamik disebabkan oleh gabungan muka lama dan yang muda

Unknown said...

Golongan yang lebih ''muda'' dalam kabinet pada kali ini adalah supaya merka boleh tampil dan memahami keperluan generasi muda.

Unknown said...

Manakala Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan barisan Kabinet yang lebih kecil dengan pengurangan kementerian daripada 24 kepada 23 kementerian.Ini adalah mungkin bagi supaya kecekapan yang lebih.

Unknown said...

Manakala Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan barisan Kabinet yang lebih kecil dengan pengurangan kementerian daripada 24 kepada 23 kementerian.Ini adalah mungkin bagi supaya kecekapan yang lebih.

Unknown said...

Beliau turut mengurangkan jumlah timbalan menteri kepada 11 orang dengan menggabungkan hampir 60 peratus muka baru dengan calon lama.

Unknown said...

Bukan itu sahaja Perdana Menteri turut melantik Pengerusi Hindraf sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ini menunjukkan Perdana Menteri adalah seorang yang adil bagi semua.

Unknown said...

Selain Tiong, dua anggota Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin, 57, anggota Parlimen Batu Sapi, dan juga Datuk Mary Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin, 62, anggota Parlimen Tawau, turut dikaitkan sebagai calon Kabinet.

Unknown said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menamakan lebih ramai wakil Sabah dan Sarawak dalam barisan Kabinet baharu, yang menyaksi enam orang dari setiap negeri dilantik menteri penuh manakala empat lagi masing-masing sebagai timbalan menteri.

Unknown said...

Ini menunjukkan Perdana Menteri memberikan kepercayaan dan membalas budi rakyat Sabah yang memberi kemenangan kepada Bn dalam PRU 13.

Unknown said...

Daripada 10 wakil Sabah, enam adalah dari UMNO, dua Parti Bersatu Sabah (PBS), masing-masing satu dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO). Ternyata Sabah dihargai dalam pentadbiran Najib Razak dan juga merupakan PM yang adil.

mantera said...

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan hari ini adalah barisan terbaik yang mampu berdepan dengan realiti politik masa kini.

Caldina said...

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan hari ini adalah barisan terbaik yang mampu berdepan dengan realiti politik masa kini.

Katanya Perdana Menteri menampilkan barisan pemimpin yang berwibawa melalui gandingan tenaga muda dan golongan berpengalaman.

mantera said...

Katanya Perdana Menteri menampilkan barisan pemimpin yang berwibawa melalui gandingan tenaga muda dan golongan berpengalaman.

Caldina said...

Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila barisan Kabinet itu turut diwakili tiga menteri dan tiga timbalan menteri dari Perak.

Mereka ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan serta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

mantera said...

Perdana Menteri faham dengan realiti politik masa kini yang memerlukan barisan Kabinet yang berintegriti dan boleh merealisasikan aku janji kepada rakyat," katanya.

Caldina said...

Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Ir Idris Haron menyifatkan barisan Kabinet itu sebagai dinamik, bertenaga dan tangkas dan mampu berdepan dengan cabaran yang lebih besar.

Selain itu, Idris berkata barisan Kabinet tersebut disifatkan boleh dipercayai dan dekat di hati rakyat.

mantera said...

Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila barisan Kabinet itu turut diwakili tiga menteri dan tiga timbalan menteri dari Perak.

Mereka ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

mantera said...

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan serta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

mantera said...

Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Ir Idris Haron menyifatkan barisan Kabinet itu sebagai dinamik, bertenaga dan tangkas dan mampu berdepan dengan cabaran yang lebih besar.

"Ia menampakkan keseimbangan dan kesediaan untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar di masa hadapan," katanya dalam kenyataan.

mantera said...

Sudah pasti negara maju berpendapatan tinggi menjadi sasaran dan program-program transformasi kerajaan akan menjadi enjin utamanya," katanya.

Selain itu, Idris berkata barisan Kabinet tersebut disifatkan boleh dipercayai dan dekat di hati rakyat.

Unknown said...

DI Britain, sistem kerajaan berkabinet boleh dikatakan sudah lama digunakan walaupun tidak setua sistem Commons yang bermula sejak akhir abad ke-13.

Ia dianggarkan bermula pada 1714 apabila Robert Walpole dilantik sebagai Perdana Menteri de facto dan de jure pertama. Banyak pihak lebih suka memulakan era Walpole sebagai permulaan sejarah kerajaan berkabinet di Britain.

Unknown said...

Di Malaysia pula, kemenangan Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan beliau dalam Parti Perikatan pada Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955 menjadi titik kemunculan kerajaan berkabinet. Bersama rakan-rakan gabungan daripada UMNO, MCA dan MIC, mereka diberi mandat dengan majoriti 52 kerusi daripada 53 kerusi yang dipertandingkan.

Unknown said...

Namun hanya apabila memenangi Pilihan Raya Persekutuan 1959, Tunku yang sekali lagi dilantik Perdana Menteri, baharulah membentuk Kabinet yang mempunyai 12 menteri.

Unknown said...

Pembentukan Kabinet Perdana Menteri terdahulu termasuklah Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009 mengikut aliran yang sama. Bagaimanapun bilangan menteri dalam Kabinet bukanlah satu perkara yang ditetapkan.

Unknown said...

Selain 12 orang dalam Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn mempunyai anggota Kabinet di antara 20 hingga 24 orang. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) mempunyai 28 ahli Kabinet sebelum beliau bersara pada Oktober 2003.

Unknown said...

Apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) membentuk kerajaan pada 27 Mac 2004, beliau mempunyai 33 anggota Kabinet.

Seperti dilihat, semua Perdana Menteri mempunyai bilangan anggota Kabinet yang berbeza dalam tempoh pentadbiran kerajaan mereka.

Unknown said...

Tiada Perdana Menteri yang pernah memberi penjelasan mengapa Kabinet beliau mempunyai anggota yang banyak, terdiri daripada menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha Parlimen kerana ia adalah hak keistimewaan subjektif dan pilihan bagi seorang ketua eksekutif.

Tiada siapa yang akan mempersoalkan jika beliau hendak membentuk kementerian baharu atau memberi tugas sebagai menteri kedua di kementerian tertentu. Sebagai contoh, Kementerian Kewangan mendapat Menteri Kedua semasa kepimpinan Dr. Mahathir.

Unknown said...

Begitu juga di bawah kepimpinan Abdullah. Di bawah pentadbiran Najib, pelantikan baharu masih diamalkan. Kebiasaannya Perdana Menteri melantik menteri-menteri mengikut keperluan kerajaan beliau. Dan kriteria pemilihan ini termasuklah populariti politik selain dari bakat dan tuah seseorang.

Unknown said...

Bagi Timbalan Menteri, istilah jawatan ini mula digunakan selepas pindaan Perlembagaan pada 1971 di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak. Sebelum ini ia dikenali sebagai menteri muda semasa di bawah kerajaan Tunku Abdul Rahman. Istilah lama menteri muda ini digugurkan kerana pengertian 'membantu' tidak sama dengan 'memangku'. Oleh itu jika seseorang itu hanya pembantu, ia tidak boleh diiktiraf sebagai timbalan. Perkara ini mengehadkan bidang seseorang menteri muda untuk menandatangani sesuatu dokumen rasmi.

Unknown said...

Satu perkara atau tugas yang tidak boleh dilakukan oleh seorang timbalan menteri ialah menghadiri mesyuarat Kabinet walaupun semasa ketiadaan menteri. Jika menteri atas apa jua sebab tidak dapat menghadiri mesyuarat Kabinet mingguan, seorang menteri lain akan ditugaskan bagi pihak beliau, bukan timbalannya.

Bagaimanapun sebelum 1977, timbalan menteri dibenarkan memangku jawatan menteri dalam mesyuarat Kabinet.

Unknown said...

Dalam perkembangan semasa pentadbiran Najib, beliau telah memilih alternatif untuk tidak melantik setiausaha Parlimen dalam pentadbiran. Salah satu alasan yang diberikan terhadap keputusan ini adalah ia lebih baik bagi setiap menteri dibantu terus oleh timbalan menteri terutama kerja-kerja Parlimen.

Bagaimanapun ada tanggapan meminta supaya setiausaha Parlimen dikembalikan semula dalam pembentukan Kabinet selepas PRU-13.

Unknown said...

Pelantikan setiausaha Parlimen berbeza daripada pelantikan timbalan menteri yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong. Setiausaha Parlimen dilantik oleh Perdana Menteri dan mengangkat sumpah pelantikan di hadapannya.

Walaupun telah menjadi kebiasaan seseorang setiausaha Parlimen dilantik pada musim yang sama dengan Kabinet, Perdana Menteri tidak berkewajipan untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat pada tarikh yang sama dengan menteri dan timbalan menteri. Perdana Menteri boleh melantik setiausaha Parlimen pada tarikh lain.

zam said...

Lapan muka baru dan enam timbalan menteri dilantik menganggotai Jemaah Menteri Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

zam said...

Antaranya ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang dilantik Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dilantik Menteri Belia dan Sukan.

zam said...

Empat muka baru yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Trasperancy International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kwan.

zam said...

Dua muka baru dari Sabah ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

zam said...

Timbalan Menteri yang dinaikkan pangkat pula adalah bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun yang masing-masing dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

unknown said...

Malaysia sedang bertindak ke arah menjadikan dadah bukan sebagai bahan jenayah agar lebih mudah dan terbuka buat penagih dadah mendapatkan rawatan dan pemulihan.

unknown said...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata dasar kerajaan kini beranjak lebih kepada merawat pengguna dadah daripada mendakwa mereka.

unknown said...

Beliau berkata hasrat Asean untuk menjadi rantau bebas dadah menjelang 2015 tidak begitu realistik tetapi mengambil perhatian bahawa perubahan pendekatan pihak berkuasa dapat mengurangkan bilangan penagaih dadah.

unknown said...

Dialog Perkongsian Pintar Global (GSPD) 2013 memanfaatkan Malaysia dalam bidang ekonomi dan hubungan antarabangsa kerana negara Afrika amat menyanjungi negara yang menjadi penanda aras kemajuan pembangunan mereka

unknown said...

Perdana Menteri berkata, negara Afrika menawarkan peluang pelaburan bernilai beratus juta ringgit kepada syarikat negara dan memberi komitmen untuk menyokong Malaysia dalam pemilihan negara anggota bukan tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tahun depan.

unknown said...

Pameran Teknologi, Barangan dan Perkhidmatan Malaysia yang dianjurkan MATRADE dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sempena dialog kali ini menghasilkan potensi perniagaan bernilai lebih RM600 juta.

unknown said...

Penyertaan kita dalam dialog seperti ini dapat memperkenalkan Malaysia dan mengukuh hubungan dengan negara Afrika.

unknown said...

Walaupun tidak seberapa maju seperti Malaysia, mereka boleh menjadi rakan yang ikhlas kepada kita.

unknown said...

Kita pula boleh membantu mereka mencapai kemajuan lebih besar dan mereka membuka peluang kepada Malaysia menyertai proses pembangunan

unknown said...

Algeria misalnya menjemput PETRONAS membida projek cari gali minyak di negara itu dan mahukan syarikat kedua-dua negara saling mengenal pasti peluang perniagaan lain.