Monday, 30 January 2012

BENARKAH UMNO SABAH TIDAK BERGOLAK?

Oleh: Safee Salih


Benarkah BN Sabah sebagai 'fixed deposit'? UMNO Sabah di bawah Musa Aman dikatakan parti yang kuat dan mampu mempertahankan BN dalam PRU ke13 akan datang. Benarkah demikian? benarkah UMNO Sabah tidak bergolak. Umno Sabah didakwa sedang mengalami pergolakan dalaman yang serius apabila ramai pemimpin UMNO yang tidak sebulu dengan Musa Aman akan dicantas. 

Bermula dengan perang mulut Musa Aman dan Shafie Apdal di Sandakan, kemudian pemecatan Azman Ruslan sebagai ketua pemuda Umno negeri dan kini Musa Aman merah telinga apabila bertekak mulut dalam Mesyuarat MT UMNO baru-baru ini dengan musuh lamanya Lajim Ukin. Pecah tembalang Musa Aman bahawa air yang tenang di Negeri Sabah yang dibanggakannya rupanya berkocak kuat dalam Mesyuarat itu. Musa Aman tidak dapat berdiam diri dan mempertahankan dirinya. Bertemu buku dengan ruas. 


Selepas Shafie Apdal diam membatu, giliran Lajim Ukin pula
 menegur sikap Musa Aman. Kini Musa Aman tentu
akan cuba memusnahkan kerier Lajim yang dilihatnya
 mengancam kedudukannya




Panas baran Musa Aman tidak pernah padam. sebab
itu jika ada yang mengkritiknya pasti beliau melenting.
 


















Apakah tanda diam Shafie Apdal adalah satu langkah beliau mengatur strategi "tunggu dan lihat" atau mungkin Shafie Apdal berada di belakang semua ini?




Akhirnya semua perkara ini memeningkan Presiden UMNO.

Apa dah jadi ni? Terengganu, Perlis, Kedah, Selangor, Sarawak belum selesai sepenuhnya kini Sabah lagi.
Ditelan  mati mak, diludah  mati bapak. 

No comments: