Saturday, 4 February 2012

Aduh Sharizat kenapalah tak faham-faham


Oleh: Yusran Kadir


Sharizat oh Sharizat. Sebelum rosak semuanya. 
Hari ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa pihak yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO dan menteri Kabinet mempunyai motif politik peribadi. Beliau berkata, pihak berkenaan juga tidak mewakili suara 1.3 juta ahli Wanita UMNO secara keseluruhannya.

Dulu dia kata NFC tiada kaitan dengannya. Kenapalah Sharizat Jalil ini buta hati dan mata. Bolehkah anda percaya tidur sebantal sekatil, nama syarikat pula suami dan anak-anak lepas tu anda katakan tiada kaitan. Apakah itu benar? Apakah dia tidak sedar betapa liabilitinya dia kepada UMNO. Kenapa minta PM buat keputusan untuknya buat keputusan. 

Para blogger UMNO dan pemimpin lain telah membantu menjawabnya tetapi percayalah perkara ini akan merebak juga nanti. Ia akan merebak siapa Menteri yang membuat keputusan dahulu dan lain-lain lagi. 

Kerana Nila setitik rosak susu sebelanga. Tan Sri Rafidah Aziz kritikan anda adalah betul. Siapa pemimpin yang bermasalah harus letak jawatan. Kenapa nak minta orang buat keputusan bagi pihak anda. 

Nampaknya PM terpaksa melalui keputusan yang sukar untuk sayap utamanya Ketua Wanita UMNO. 

Sabah punya ceritapun begitu jugalah. Kalau dah semuaparti komponen minta turun, maka turun sahajalah. Untuk selamatkan UMNO.





No comments: