Apakah Mesyuarat MT UMNO pada 27 Januari lalu membukti kedudukan Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah mula terancam?
Mengapa Musa Aman dan kuncu-kuncunya takut dengan beberapa pemimpin di Negeri Sabah? Apakah akan ada gelombang kedua yang lebih besar selepas ini?
1) Apakah Shafie Apdal akan membiarkan Musa Aman sewenangnya merosakkan UMNO /BN di Negeri Sabah? Apakah Shafie Apdal akan menjadi mastermind kepada gerakan menumbangkan Musa Aman di Negeri Sabah sebagaimana gerakan menumbangkan Tajol Rosli Menteri Besar Perak dahulu yang tidak mahu turun-turun dan akhirnya?
2). Apakah Lajim bin Ukin yang sekarang lantang mengkritik kepimpinan Musa Aman akan membiarkan Musa Aman menghancurkan UMNO/BN di Sabah? seorang yang berpengalaman lama dalam politik Sabah dan mastermind kepada penguasaan UMNO 1994 . Setelah Ketua-ketua bahagian di Negeri Sabah berdiam dan berpura-pura menyokong Musa Aman. Mungkinkah ada kebangkitan selepas ini?
3). Apakah Tan Sri Pandikar Amin, Speaker akan berdiam diri? orang yang sanggup membubarkan parti AKAR ini tentu tidak akan membiarkan Musa Aman.
4). Bagaimana dengan Ghafur Salleh? dan Bung Muktar yang lantang dan sukar di kawal oleh Musa? Hajiji yang berdiam diri mungkin sesuai menggantikan Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO berbanding Datuk Salleh Said Keruak yang teruk. Bagaimana denga Rahim Ismail orang kuat Shafie Apdal? Osu Sukam yang mungkin akan kembali dan boleh meranapkan Rosnah Shirlin di Parlimen Papar. Karim Bujang yang disisihkan oleh Anifah Aman dan Amir Kahar yang mungkin boleh kembali di Dun Banggi. Apakah calon Abdul Mijul mampu menewaskan Amir Kahar?
No comments:
Post a Comment