Politik UMNO bergolak di Kimanis.Kubu BN ini yang diterajui oleh Adik Musa Aman dan menantunya bergolak kerana isu "politik orang tempatan" yang mahukan calon kelahiran tempatan bertanding di Parlimen Kimanis. Arifin Arif menantu Musa Aman mungkin agak selamat kerana berasal dari pimping membakut. Namun itu bukan juga jaminan. Selaku Pengerusi SEDCO yang dilantik oleh Mentuanya banyak projek SEDCO dilluluskan di membakut. Isu SEDCO memonopoli lesen pasir mungkin sedikit memberi impak yang tidak baik.
Bagi Anifah Aman pendatang Kimanis walaupun berjaya membawa PETRONAS di Kimanis ia belum tentu memberi talian hayat kepadanya. Rakyat Kimanis pasti melihat apa kesan projek ini kepada mereka secara keseluruhannya. Karim Bujang Adun Bongawan yang nampaknya orang paling tersepit adalah wakil rakyat paling rugi dalam sejarah perkhidmatannya. Paling lama tetapi sekadar wakil rakyat biasa yang kurang mendapat tempat.
No comments:
Post a Comment